Pages

Wednesday 8 February 2012

Apam polkadot


Yang ni pun laporan tertangguh juga, dah agak lama buat apam polkadot ni.Saya ambil resepi ini daripada hana , pic step by step juga ada. Boleh BW ke blog Hana.Macam-macam resepi ada.
Sekarang ni dah ada macam-macam dot dan paten..ada angry bird juga...Tapi yg ni saya nak share resepi asasnya sj, design atasnya boleh buat apa saja paten...nak lukis apa pun boleh..terpulang pada tuan empunya diri...
Rasanya mmg sedap, lembut dan gebu , boleh dipelbagaikan fillingnya juga..saya guna blueberry and strawberry filling.Bagi saya resepi hana ni dah teramat ok pasal apamnya walaupun dibiarkan seharian, dia tidak keras.Untuk filling boleh juga guna peanut butter, nutella atau kaya...
Anak-anak kecil mmg suka kalau ada kuih colorful mcm ni...berebut2...So,ini resepinya yer...

bahan-bahanya:-
Bahan apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220 g gula castor (saya guna 200g sahaja)
150ml susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovalette
1 tsp Esen vanilla

Filling blueberry or strawberry
Pewarna & mangkuk kertas secukupnya

cara-cara membuatnya:
masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan yg maksima dalam 6-8 min
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengkut citarasa anda
Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag
picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas size M yang telah disusun didalam acuan lompang
Kemudian letakkan  filiing secukupnya
Picitkan lagi adunan samada sama warna atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh, menutupi filling
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, biarlah berlainan warna jadi boleh nampak pebezaannya
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 min.Guna api sederhana sj.
Lapkan air dibahagian dalam penutup kukusan setiap 5 min supaya airnya tidak menitis atas apam.
atau balutkan penutup dengan kain kasa supaya air tak menitis atas apam
Bila dah masak bolehlah angkat dan sejukkan diatas redai, jangan biar di dalam pengukus nanti bahagian bawah apam akan menyerap lembapan yang berlebihan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...