Pages

Sunday 29 January 2012

Pavlova


Resepi pavlova ini saya ambil dari blog irma Lama juga saya ambil masa nak buat...bila tengok ramai orang feed back kata pavlova ni sedap, so saya cuba buat juga...sebab saya nak rasa sendiri kesedapannya..betul!!..mmg sedap tambah2 lagi bila dimakan dengan buah-buahan yang agak masam.
Saya salin resepinya disini untuk rujukan saya di kemudian hari, thanks a trillion to irma atas resepi yang sedap ni...

Bahan-bahan:-
4 biji putih telur
1 cwn gula castor (saya guna 3/4 cwn shj)
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka masakan
1/2 tsb tepung jagung

Topping
1 cwn whipped cream (240ml)
1 1/2 tsb gula halus @ gula icing
1/2 tsp esen vanilla

Cara-cara membuatnya:-
Pukul telur putih sehingga berbuih
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula dan terus memukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga menjadi soft peak form.
Pada masa ni pastikan adunan berkilat, bermakna gula dah betul-betul hancur dan kalau nak confirm..terbalikkan mangkuk dan kira sehingga 10..kalau adunan tak jatuh..confirm dah jadi soft peak form
Masukkan esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati
masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul dengan senduk kayu shj sehingga sebati
Kemudian lukis acuan bulatan 7" atas parchment paper (kertas minyak)
Bentukkan meringue mengikut bulatan
Preheat oven selama 15 min
Kemudian setkan suhu 140'C dan bakar selama 1 jam (saya bakar selama 1 j 20min, terpulang pada oven masing-masing yer!)
Bila dah masak, warna meringue menjadi coklat muda dan kulitnya terasa garing
Tutup api dan biarkan meringue didalam oven, biarkan pintu renggang sedikit
Tunggu sehingga sejuk barulah dikeluarkan dan tanggalkan kertas minyak tersebut

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
masukkan gula dan esen vanilla, pukul lagi dalam 2-3 min
masukkan whipped cream dalam plastik dan simpan ditempat beku
Bila nak makan barulah keluarkan whipped cream dan picit atas pavlova, hiaskan dengan buah-buahan tersebut.(saya guna strawberry dan kiwi)

Saturday 28 January 2012

Kek karamel



Hari ini saya nak share resepi kek karamel ini, resepi ini saya ambil dar blog masam manis.Saya membuatnya pun dah agak lama, kiranya ini resepi tertangguh.First time mencuba, tak jadi langsung,karamelnya tidak beku.Lepas itu saya terjumpa resepi ini di blog masam manis, dengan penerangan yang amat detail saya follow satu-satu....cuma cara lorekan lapisan kek saja saya tak pandai buat...tak kisah lah yer!Yang pasti cubaan ke-2 menjadi..dan sedapppp sgt..Thanks a trillion to masam manis atas resepi yang amat enak ini dan penerangan yang detail sekali...
Saya salinkan resepinya di sini...

Bahan-bahannya:
Untuk gula hangus
2 sudu besar gula pasir dimasak didalam loyang sehingga gula cair dan menjadi perang.
Kemudian sengetkan loyang tersebut sehingga gula menutupi keseluruhan ruang.
Padam api dan ketepikan...

Bahan untuk karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut
Kacau telur dan esen vanilla
Kemudian satukan kedua-dua bahan dan kacau lagi sehingga sebati
Kemudian tapiskan adunan kedalam loyang gula hangus tadi
Ketepikan...

Adunan kek (Bahan 1)
70g gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih
Kemudian masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda

Adunan Kek (Bahan 2)
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(Kedua-dua bahan ini diayak bersama)

Matikan mixer bahan 1 tadi, dan masukkan bahan 2 sedikit demi sedikit.Kaup balikkan sehingga sebati dan bergaul sempurna.Ketepikan...

Meringue
6 biji putih telur
70g gula castor
1 tsp krim of tartar
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tartar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga jadi soft peak foam
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan meringue ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balikkan sehingga sempurna dan bergaul rata
Bahagikan adunan kepada 3 adunan, letakkan pewarna yang anda suka
Kemudian tuangkan adunan kek ini ke dalam loyang dan selang selikan warna adunannya.
Kek ini perlu dibakar cara bain marie
Saya bakar kek ini dengan suhu 160'C selama 1 jam 20 min...atau sehingga betul2 masak.
Selepas dah masak, keluarkan loyang berisi air dan biarkan kek didalam oven dan renggangkan pintu oven.
Bila kek dah sejuk, bolehlah terlangkupkannya didalam bekas,karamel akan berada diatas...
Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih terasa keenakkan kek ini....





Friday 27 January 2012

Slice Cheese Cake


Kek ini saya terjah di blog jintanmanis .Masa mula-mula lihat diblog jintan manis teruja sangat nak mencuba.Saya pernah buat satu ketika dulu,tapi saya tak ingat ambil resepi dari mana....So kali ini bila saya baca feed back orang lain tentang kek ini, saya cuba buat juga....Alhamdulillah! menjadi rupanya,sangat lembut, gebu dan tidak manis sgt (saya sekeluarga tak suka sangat makanan manis)  So memang memenuhi citarasa kami sekeluarga...Keluar saja dari oven..tak sabar-sabar nak makan...saya rasa anda semua juga patut mencuba buat kek ini...Kek ni boleh habis dalam sekelip mata saja..So saya salin resepinya disini untuk rujukan..

Bahan-bahannya:
5 keping slice cheese (saya guna jenama Anchor)
200ml susu segar
70g butter
70g tepung gandum (di ayak dahulu)
70g gula castor (kalau nak manis sikit, tambah gula dalam 10g)
4 biji telur gred B (asingkan putih dan kuning)
1 tsp esen vanilla

Cara membuatnya:
Loyang perlu dialas dengan kertas minyak dan preheatkan oven...15min
Carik-carikkan cheese dan masukkan dalam susu.
Kemudian masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan sehingga cheese larut.Kacau sentiasa
Masukkan butter dan kacau sehingga larut kemudian tutup api dan biarkan sejuk sebentar
Asingkan putih telur dan kuning telur.
Putih telur dipukul bersama gula sehingga menjadi meringue (soft peak foam)
Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheese tadi.Kemudian masukkan tepung dan pukul lagi.Pastikan adunan tidak berketul.
Kemudian masukkan meringue tadi  sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung,kaup balikkan sehingga sebati.Masukkan esen vanilla.
Curahkan adunan dalam loyang dan bakar cara bain marie.
Setkan suhu pada 170'C dan bakar selama 20 min kemudian turunkan suhu 140'C dan bakar lagi selama 40 min. (saya guna suhu 160'C selama 20 min sebab saya guna loyang springfoam hitam and then turunkan suhu 140'C dan bakar lagi selama 30 min)
Bila dah masak, keluarkan loyang berisi air.
Biarkan kek di dalam oven, renggangkan pintu oven, bila kek dah sejuk baru keluarkan dari loyang.

Kek ini boleh dihias ikut kreativiti masing-masing tapi saya makan begitu saja, mmg lembut dan gebu...
Tak rugi anda mencuba....!!!....

Thursday 26 January 2012

Butter Cake




Butter cake ni sebenarnya dah agak lama saya buat, walaupun pertama kali mencuba, menjadi juga...itu yang seronoknyaaa...Especially bila kek ni baru dikeluarkan dari oven..sedapnyaaa!!!Resepi ni saya ambil dari blog irma.Boleh juga refer ke blog mamafami.Terpulang pada diri masing-masing yer!
So saya salin resepinya di sini yer!...

Bahan-bahannya:-
5 biji telur ayam Gred A (Sila basuh dan lap hingga kering yer!)
180 g gula kastor (saya guna 150g shj)
200g tepung naik sendiri (saya guna tepung superfine,tepung naik sendiri dah kehabisan) (boleh juga guna tepung gandum + 3/4 sudu teh baking powder, ayak yer tepung ngan baking powder)
250g butter (saya guna butter SCS macam yang Irma propose...mahal gak yer!)
1/2 sudu teh esen vanilla
chocolate rise secukupnya untuk tabur atas kek @ kismis

Cara membuatnya :-
Lenserkan loyang dengan butter, kemudian alaskan dengan kertas minyak
Preheatkan oven...15 min
satukan butter dengan gula dalam mangkuk adunan, putar dengan kelajuan perlahan selama 2 min.Bila dah sebati putar lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan.Pastikan gula dan betul-betul hancur.
Turunkan kelajuan mixer dan masukkan telur satu persatu.Selepas masuk semua telur, barulah putar lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan sebati, putar dalam masa 2-3 min shj yer!
Kaup tepi dinding mixer agar semua adunan sebati.
kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi dalam 2 min.
Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit, selepas habis tepung, barulah naikkan kelajuan mixer dan putar lagi selama 2 min.
Kemudian bila dan siap, tuangkan adunan dalam loyang bakar dan tabur chocolate rise...
Bakar selama 40-45 min.Saya guna suhu 160'..terpulang pada oven masing-masing..
Bila dah masak, kek akan renggang dari loyang...so kalau tak renggang tambah masa bakar dalam 5-10 min.Selepas itu keluarkan kek dari oven dan sejukkan selama 1/2 jam dan bolehlah keluarkan kek dari loyang.
Lepas tu bolehlah dimakan.....sedap, lembut dan gebu especially bila guna butter mahal...


Wednesday 25 January 2012

Cheese Cake with blueberry filling






Resepi cheese cake yang amat sedap ni saya cedok dari blog irma.Setelah berkali-kali try test..at last menjadi juga..memang sedap cheese cake irma ni...dah ramai agaknya yang mencuba.Saya guna biskut digestive sebagai base dia..pastu ikut sebijik-sebijik apa yang irma petua.Memang sedappp...ramai yang memuji...
Thanks a trillion to irma atas resepi yang amat sedap ni..so saya letak di sini supaya senang saya nak buat rujukan di kemudian hari..Resepi Irma..dia guna buah blueberry..tapi saya tak guna bila saya usha tengok harga buah blueberry...mahal juga yer!
So saya buat cheese cake tanpa buah blueberry tapi saya letak bluberry filling as topping dia and susun buah-buahan seperti strawberry dan buah kiwi.Strawberry tu..beli di Cameron Highland...and then saya curahkan chocolate cyrup...hmmm!!!!...sedap bangat....!!!!!!!....cake diatas tu hanya untuk makan-makan saja...tak bisa lagi dibuat jualan...so ini resepinya...

Cheese Cake Irma
1 bungkus biskut Digestive or biskut marie  (saya guna biskut Digestive) terpulang banyak mana nak guna
2 ketul cheese Philadelphia
2 sudu besar butter
3 biji telur ayam Gred A (sila cuci yer b4 guna) lap sehingga kering
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil almond extract (saya tak guna)
1 1/2 cawan blueberry (saya tak guna)

Cara membuatnya...
Biskut dihancurkan guna blender kering.Lepas tu campurkan dengan butter tadi...Kemudian cuba kepal-kepalkan..kalau dah boleh kepal kepal tu..kira ok lah..kalau tak boleh..biskut masih berderai..sila tambah butter lagi sehingga boleh kepal...
Kemudian masukkan didalam baking tin yang di alas dengan kertas minyak untuk masakan..tekan-tekan sehingga rata.Saya guna baking tin yang boleh dibuka bahagian tepinya.Kalau tak faham boleh rujuk di sini
kemudian masukkan dalam freezer sehingga untuk digunakan..alas bahagaian atas dengan plastik umtuk mengelakkan bau makanan lain melekat...
Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese sehingga sebati dan berkrim..jangan terlebih pukul yer!
Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan tepung..pukul lagi..
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul lagi..selang satu minit.hingga sebati...jangan masukkan 3 biji sekaligus.
Masukkan esen vanilla dan almond extract (kalau nak guna) saya tak guna pasal tak ada...kaup balikkan hingga sebati
Kemudian masukkan dalam baking tin yang di alas dengan kertas minyak tadi..
Setkan oven pada 160' dengan masa membakar 50-55 minit.Ikut oven masing-masing..oven saya mmg ini yang saya setkan suhunya.Bakar guna teknik water bath yer!..selepas masak keluarkan bekas berisi air panas tersebut dan tinggalkan cheese cake di dalam oven dan renggangkan sedikit pintu oven...saya biarkan selama 1/2 jam saja..pasal dah mengantuk....lepas tu masukkan dalam peti sejuk.Lepas tu boleh keluarkan kertas minyak yang di jadikan alas cake dan hias ikut kreativiti masing-masing yer!...
Pesanan....letakkan bekas di dalam oven baru dituang air panas...untuk mengelakkan tumpahan air panas yang boleh mengakibatkan kecederaan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...