Pages

Sunday 23 December 2012

Serimuka @ Pulut Sekaya












Assalamualikum..
Selamat bertemu kembali..
Sori la..pic dimasukkan dahulu, betul-betul not in good mood..ketidakselesaan bila banyak buat keja rumah and banyak bergerak.."slipped disk" and sakit belakang yang agak kerap kebelakangan ni yang membuatkan tak berapa selesa nak duduk menaip entri .Lebih suka bersandar dengan selesa sambil menonton TV especially bila dah addicted ngan korean drama..syok juga yer! Patut la ramai dok ralit depan TV bila menonton ceta Korea. Tak tahu lah sebab apa sakit ni datang kembali..may be pengurangan kalsium yang agak kritikal.Biasa la bila jarang amalkan minum susu Anlene...
Sambil itu dalam tempoh percutian yang agak panjang ni..panjang le juger bagi yang bekerja..nak menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki lagi.Agak sibuk ngan persiapan anak-anak untuk menyambung persekolahan, shopping compleks waktu ni memang banyak sale..hujung tahun katakan...so ambil kesempatan untuk membeli persiapan persekolahan mereka.Tahun ini 2 orang saja yang bersekolah, kakak pula baru habis spm..So, boleh save sikit bayaran baby sitter, tapi lepas kakak menyambung pengajiannya, terpaksa fikir soal baby sitter lagi...
Sambil relax-relax dirumah, terasa nak buat sesuatu..paling best buat kuih ni..agaknya sebab ni kot saya sakit belakang..maklumlah pulut ni kan berangin sikit..Tak kesah la..yang pastinya sedappp sangat...buat satu loyang saja..ngam-ngam untuk satu famili.Rasa-rasa serimuka yang dibuat sendiri lebih sedap berbanding dibeli sebab kita boleh menggandakan kuantiti bahagian atasnya..Abaikan permukaannya yang kedut seribu tu, saya tak tutup permukaannya sewaktu dikukus..malas kot!!...Tapi color hijaunya cantikkan..saya suker!!!...
Resepi ni saya terjah ke sini, saya suka cari resepi kuih-kuih melayu disini...tapi saya buat ni versi biasa saja..cuma ikut bahan yang ada saja.Yang penting sedap..resepi CMG jarang mengecewakan saya...kalau jelajah keseluruhan blog CMG macam nak cuba semua masakannya..bukan blog CMG saja saya terjah..banyak blog-blog lain saya terjah..kalau tak BW rasa macam tak lengkap...
Okaylah...resepi saya letak juga disini untuk rujukan tapi saya dah edit sikit ikut kesesuaian...

Bahan-bahannya:-
Bahan lapisan bawah
300g beras pulut
200ml santan cair
1 helai daun pandan disimpul
3/4 tsp garam halus

Bahan lapisan atas
300ml santan
4 biji telur gred A
4 helai daun pandan, dipotong kecil (diblender dengan santan dan ditapis untuk diambil airnya)
180 g gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

Cara membuatnya:
Pulut dicuci dan ditoskan
Alas loyang bulat berukuran 9" dengan plastik dan sapu sedikit minyak pada plastik tadi
Masukkan pulut kedalam loyang dan masukkan santan serta daun pandan serta sedikit garam
Kukus selama 25 minit, selepas itu gemburkan pulut dengan garpu, buang daun pandan tadi.
Tekan permukaan pulut sehingga padat.
Sambung kukus untuk 5 minit lagi
Untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, tapis untuk diambil airnya.
Kemudian bancuh dengan semua bahan-bahan untuk lapisan atas.Kacau dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas.
Tenggekkan atas air mendidih, kacau sehingga bancuhan agak pekat
Berhati-hati tuang atas permukaan pulut tadi dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus untuk 25 minit lagi
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan hidangkan....

Selamat Mencuba......



Thursday 13 December 2012

Hijau








Teh Freeda & Kenit









Ayam Bakar Yogurt & Pemanggang Ajaib



Assalamualaikum...
Hari ni nak share resepi ayam panggang yogurt dengan menggunakan pemanggang ajaib..memang famous pemanggang ni sekarang ni..kat TV pun selalu ada promotion dalam rancangan APA KATA WANITA...siap tunjuk cara memasak lagi..tapi saya jarang mengikutinya sebab selalu tak ingat bila masa siarannya.
Selama ni selalu lihat gambar saja, so bila dah memilikinya..saya akui pemanggang ni memang bagus dan sesuai untuk kegunaan seharian.Lagipun ada penutup yang boleh mengelakkan percikan minyak atau cairan panas so bagi anak-anak yang baru belajar masak pun tak rasa takut.Ye lah..budak-budak kan seriau ngan percikan minyak panas...Oleh sebab itu tudung periuk jadi perisai.
Berbalik pada resepi ni..saya adaptasinya daripada sini.Teruja sangat bila tengok ayam bakar Zila..tambah pula ada yogurt.Tapi saya tak sempat la nak adakan prop bagai..sebab kepenatan kerja dan semestinya memang tak sempat.So ambil gambar biasa-biasa saja.Kalau hari cuti may be different sikit..Itu pun kalau saya rajin nak masak...
So saya salin resepinya di sini kay!..Cuba-cubalah buat dirumah atau sewaktu berkelah ke..sedap tau!!!..

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dipotong empat dan dicuci bersih) * saya potong ayam kecil-kecil .
1 cawan yogurt
3 tsb minyak zaitun @ minyak masak
2 tsb jus lemon
Garam secukup rasa
2 tsb gula
1 tsb serbuk cili
1 tsb jintan kasar- ditumbuk
1 tsb jintan halus-ditumbuk 
1 tsb rosemary-ditumbuk
1 tsb ketumbar biji- ditumbuk
1 tsb lada hitam kasar-ditumbuk
1 inch halia - ditumbuk
1/2 tsb serbuk kunyit
2 batang serai - dititik

Cara-cara membuatnya:
Sediakan semua bahan-bahan..satukan semua bahan dan lumur pada ayam dan diperap selama 1-3 jam.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil, susun ayam yang hendak dibakar
Bakar sehingga masak dan garing..suhu oven 200Ç lebih kurang 50 minit.
Ikut kesesuaian oven masing-masing.
Saya bakar dengan pemanggang ajaib ni selama 30 min sahaja..
Bila dah masak, angkat dan hidangkan.









Thursday 15 November 2012

Ayam yogurt




Dah bersawang...memang betul-betul tak sempat langsung nak update blog sejak akhir-akhir ni. Keja kat ofis banyak sangat, coz tgh kejar dateline untuk hantar dokumen ke HQ.Tapi selepas sebulan berhempas pulas with my friend dah hampir siap pun, tinggal final checking saja...bestnyaaa!!!...lega sangat!
Lagipun kalau dah kontraktor asyik komplen saja, dah lama tak der payment.Rasa serba salah gak..kalau payment tak der, mesti keja kat site slow kan..So have to do something untuk settle the problem.
Saya update resepi yang dah lama tertangguh.Resepi ni kawan saya yang bagi pada saya, dia memang pandai masak style Pakistan ni.Dia pernah bawa ke ofis n sedap sangat...
Saya pun cubalah buat di rumah..Berebut-rebut makan nasi, yang tak suka yogurt pun makan bertambah.Memang sedap kalau dimakan dengan nasi atau dicicah dengan capati.
So ni resepinya..kay!

Bahan-bahannya:
Ayam separuh ( dipotong kecil-kecil dan diperap dengan yogurt selama 1/2 jam atau 1 jam)
Yogurt original
4 labu bawang besar (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
4 biji tomato (dihiris) 
2 tsb serbuk ketumbar
2 tsb serbuk cili @ cili kisar)
4 biji cili hijau @ cili merah
6 biji cili padi ( untuk lebih pedas, sila tambah)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam kuali atau periuk bersesuaian
Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar sehingga layu dan naik bau.Kemudian masukkan bawang putih,kacau sekejap
Masukkan tomato yang telah dihiris dan kacau hingga separuh masak.
Masukkan ayam yang diperap dengan yogurt, kacau hingga sekata.
Kemudian tambahkan serbuk ketumbar, serbuk cili, cili merah yang dipotong memanjang dan cili padi.
Kacau hingga sekata dan biar ayam masak hingga naik minyak.
Bila dah masak, tambahkan garam dan serbuk perasa,kacau lagi hingga sebati.
Tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi dan juga roti atau capati.




Durian crepe


Yeah!!!...akhirnya saya berjaya membeli durian ni..nak buat durian crepe yang tengah hot,  malatop-latop sekarang ni...




Honest to say...durian crepe memang sedap sangat...rugi kalau tak cuba...macam aiskrim tapi sedap lagi dari aiskrim durian...So today saya memaksakan diri membuat durian crepe ni selepas beberapa minggu tertangguh disebabkan ada hal kecemasan..Alhamdulillah semua dah ok..so boleh mencrepe sempena cuti maal hijrah..


Non diary whipping cream jenama RICH'S
                                    
Durian crepe saya yang memang besar gedabak macam bantal pengantin...

Sambil melayan novel ILUS from Melur Jelita..



Putih,gebu, sejuk..nyaman membasahi tekak dengan rasa durian yang heaven..sapa-sapa yang tak makan durian...memang saya tak boleh nak tolong..tapi kalau mencuba apa salahnya kan...

Sekarang kita tengok resepinya kay!

Bahan-bahannya:
Untuk crepe
20g tepung gandum
20g tepung ubi kayu
10g tepung kastard
10g tepung jagung
1 tsb minyak masak @ butter cair
1 tsb gula castor
secubit garam halus
1 biji telur gred A
40ml susu cair
150ml air
1 tsp esen vanilla
pewarna

Untuk cream
Non diary whipping cream jenama RICH
Isi durian secukupnya

Masukkan semua bahan untuk crepe kecuali minyak dan pewarna kedalam mangkuk dan kacau dengan whisk hingga hancur dan sebati.Kemudian masukkan minyak dan pewarna pilihan dan kacau lagi hingga semua sebati.Tapiskan adunan...
Panaskan kuali non-stick..
Bila telah panas, sendukkan 1 senduk adunan kedalam kuali dan ratakan menggunakan belakang senduk..
Biar hingga masak dan jangan diterbalikkan crepe tersebut
Bila telah masak, angkat dan sejukkan..
Ulangi proses sehingga habis

Putar non diary whipping cream hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya

Proses membalut bantal crepe..
Letakkan sekeping crepe dan biar bahagian licin disebelah bawah
Kemudian letakkan cream diatas crepe dan letak isi durian diatasnya..
Selepas itu letak cream diatas isi durian
Balut adunan sehingga berbentuk bantal
Sejukkan didalam peti sejuk..
Sedap dimakan sewaktu sejuk...

Resepi durian crepe juga boleh dilayari diblog-blog berikut..selamat mencuba!!!!...

Kek Pisang


Bahan-bahannya:-
2 cwn tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat*
*Ayak semua bahan bertanda
1 cwn gula castor
3 biji pisang (dilenyek)
1/2 cwn minyak mazola
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
sedikit chocolate rice

Cara-cara membuatnya:
Griskan loyang dan preheat oven selama 15 minit
Putar telur hingga kembang
Masukkan gula dan putar lagi hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanilla, putar hingga sebati
Masukkan tepung dan putar perlahan hingga sebati
Selepas itu masukkan chocolate rise dan minyak masak, kaup balik hingga sebati
Masukkan dalam loyang yang telah digris dan bakar selama 45 min dengan suhu 170' celcius

Thursday 18 October 2012

Bihun Goreng (Pressure Cooker Noxxa)





Bahan-bahannya:
2 tsb minyak untuk menggoreng
1 Bungkus bihun (basuh dan toskan---tak perlu rendam)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
2 camca besar cili kisar  (nak lagi pedas..sila tambah)
4 tsb sos cili
6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)
3 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
3 pokok sawi (cuci besih dan potong)
2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)
1 keping tauhu (goreng dan dadu)
2 biji telur (dibuat telur hancur)
Fish ball dan fish cake- boleh ditambah...
Segenggam udang kering-diblender kering
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang dihiris halus
Cili merah-dihiris halus
bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:-
Masukkan minyak kedalam periuk
Tekan fungsi "STIR FRY" dan ON untuk memanaskan minyak
Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap
Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap
Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)
Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..
Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata...
OFF kan fungsi "STIR FRY"
Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)
Tekan fungsi "STEAM" selama 2 minit dan tekan ON
Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEAT
Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)
Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)
Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
Boleh tambah cili kicap atau sos...terpulang pada selera masing-masing



Saturday 13 October 2012

Chocolate moist cake (kukus)



 Bahan-bahannya:
2 cwn tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
-semua bahan-bahan diatas dicampur dan diayak sekali...ketepikan...

3 biji telur
3/4 cwn gula castor
1 cwn air panas
1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak atau minyak sayuran (saya guna mazola)
1 tsp esen vanilla

Untuk topping:
1 bar cokelat masakan
2 tsb butter
2 tsp gula castor (atau susu pekat)- terpulang pada tahap kemanisan masing-masing...
-cairkan menggunakan kaedah double boiler...

Cara-cara membuatnya:
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8"x8" atau loyang bulat atau bundt pan yang bersesuaian dan sapu dengan sedikit mentega
Putar telur didalam bekas yg bersesuaian
Masukkan gula dan putar lagi hingga gula hancur
Kemudian masukkan tepung dan air panas berselang seli
Putar dengan kelajuan paling perlahan sehingga sebati
Bila telah sebati, masukkan susu pekat, esen vanilla..kaup balik adunan
Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik adunan sehingga sebati
Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega
Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek bila dikukus
Masukkan loyang kedalam pengukus dan kukus selama 1 jam @ 1 1/2 jam...
Bila telah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai..berhati-hati kerana kek ini teramat lembut dan gebu...
Bila telah sejuk, curahkan cokelat yang telah dicairkan keatas permukaan kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Saturday 6 October 2012

Ketam masak lemak dengan nenas


Sumber : Mat Gebu...saya alter sikit-sikit je!..anyway Thanks a lot to Cik Mat....
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam -( buang cengkerangnya dan insang..saya tak tahu apa orang panggil benda ni..saya panggil insang ketam..cuci bersih dan tos...dan potong dua ketam tersebut dibahagian tengah..ketuk kakinya)
1 biji nenas saiz sederhana-(dibuang kulit dan mata dia..kemudian hiris nipis...buangkan empulurnya kerana empulurnya yang menyebabkan lidah gatal-gatal)
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - disiat-siat
1 kotak santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air jika diperlukan

Bahan kisar halus
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
4 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)
2 hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup
5 tsb kelapa parut (saya tambah untuk memekatkan kuah)

Cara-cara membuatnya:
Masukkan ketam tadi kedalam periuk bersama-sama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor..gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna kemerahan.Masukkan santan serta air secukupnya,kacau sentiasa hingga mendidih
Masukkan nenas dan garam secukup rasa dan daun kunyit, kacau sentiasa hingga mendidih
Bila nenas telah lembut sedikit, selepas itu bolehlah dimatikan api dan dihidangkan....


Thursday 4 October 2012

Snow Cheesecakes




Kek ini diadaptasi daripada noorsha dan rasanya memang sedap sekali dengan lapisan cheese yang mewah.Jutaan terima kasih untuk empunya resepi....saya copy paste resepi ini yer!...





Snow cheesecakes
Sumber : noorsha
Kek Span daripada Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahannya:
Untuk Kek Span
100g gula castor
10g ovalette
4 biji telur gred A
100g tepung naik sendiri
20g tepung jagung
1 tsp baking powder
40g air
1 tsp esen vanilla
60g minyak sayuran
sedikit emulco strawberry, pandan & coklat

Untuk krim
250g cream cheese Philadelphia
1 cwn susu pekat manis
1/2 cawan butter
 Putar semua bahan hingga gebu

Cokelat ganache @ nutella
Parutan cheedar cheese

Cara membuatnya:
1. masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak dan emulco pilihan. putar pada high speed level hingga adunan menjadi putih dan gebu.
2. masukkan minyak masak dan gaul sebati dengan spatula sahaja..jangan gunakan mixer sebab adunan kek yang diputar tadi akan jadi bantat kalo kacau minyak guna mixer ni..
3.bahagikan kepada 3 adunan sama banyak dan masukkan sedikit emulco pilihan bagi setiap bahagian. kacau perlahan menggunakan sudu hingga sebati.
4. gris loyang 8x8 dengan butter, masukkan adunan pertama dan bakar pada suhu 130 - 150 C selama 10 - 15 minit. apabila masak, terbalikkan atas redai dan bakar pula lapisan seterusnya menggunakan loyang yang sama.
5. apabila sejuk, kek sedia untuk dihias.

1. letak lapisan kek pertama atas cake board.. noorsha guna lapisan coklat untuk kek yang pertama ni... sapukan cream cheese frosting diatasnya..nak mudah, guna piping bag untuk kerja2 ni.. paipkan keseluruhan permukaan kek dan kemudian baru ratakan dgn pisau khas.. paipan choc ganache diatasnya..klo x dee choc ganache boleh juga pipekan choc spread @ nuttella @ apa2 filling kesukaan..
2. lapiskan lapisan kek kedua. noorsha guna yg strawberry... buat cara macam yang pertama tadi... dan suadahi lapisan ketiga (pandan). sapu keseluruhan kek dengan cream cheese frosting.
3. tabur parutan keju cheddar dipermukaan dan ditepi2 kek tadi.sejukkan selama 3 jam sekurang2nya sebelum dihidang.. yummeyyyhh!!~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...