Pages

Monday 30 July 2012

Rendang Ayam Pedas


Ramadhan ke-9.Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di dunia.Para ibu setiap hari mesti sibuk menyediakan juadah untuk berbuka kan..samada di masak sendiri atau dibeli di bazar ramadhan yang sentiasa sibuk dan meriah dengan lauk-pauk berbagai pilihan. Tunjuk saja yang berkenan, maka pertukaran akan berlaku. Pendek kata macam-macam ada di bazar ramadan, daripada makanan harian sehinggalah bermacam jenis air minuman, kuih-muih, lauk-pauk dan berbagai nasi.Rambang mata dibuatnya,tak tau mana satu nak pilih.

 Begitulah juga hari-hari terpaksa fikir nak masak apa hari ini...selak buku resepi...walaupun dah khatam berpuluh-puluh kali. Tak cukup ngan buku, boleh surve blog blogger-blogger masakan juga. Banyak blog berkaitan masakan kalau kita rajin surve internet, sambil-sambil itu kita juga menyokong mereka dari jauh sebagai blogger yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada pembaca blog masing-masing.Tak pernah kering ngan idea

 Hari ini saya pun dah pening nak masak apa...nak masak yang simple-simple saja untuk bersahur nanti.Waktu berbuka tidak makan nasi jadi nasi hanya dihidangkan waktu sahur sahaja.Waktu berbuka banyak makan seperti mee, bihun dan kuih muih.Setelah puas menyelak buku resepi dan berjalan-jalan dari pintu ke pintu rumah blogger masakan, akhirnya singgah lagi di rumah CMG. Mat ni bermacam-macam idea ada. Sedap-sedap lak tu hidangan dia.....Jadi saya buatlah rendang ayam ni walaupun tak berapa menjadi sangat tapi sedappp...maklumlah bila dah malam-malam ni memang payah nak dapat barang-barang  untuk melengkapkan hidagan, saya masak kira apa yang ada sajalah... 
 Resepi untuk rendang ni boleh lihat di rumah CMG.Tapi saya letakkan disini juga untuk peringatan dimasa hadapan.Senang untuk saya refer nanti.Saya punya rendang versi tak lengkap...ikut bahan yang ada sahaja.Cuma rasanya memang sedap samada nak dimakan dengan nasi atau roti ke, dengan ketupat atau lemang pun boleh....Terima kasih untuk CMG yang tak jemu-jemu berkongsi dengan pembaca-pembaca diluar sini.Semoga murah sentiasa rezeki CMG dengan keikhlasannya itu...
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong ikut suka, cuci bersih dan toskan)
1 kotak santan
2 keping asam gelugur
1 camca besar penuh gula melaka
3 helai daun limau purut (saya tak guna, tak der stok)
2 helai daun kunyit (disiat-siat dan dimayang halus)
400ml air
2 1/2 camca besar kerisik (saya tak guna, tak der stok)
2 camca besar rempah rendang Baba's
Garam secukupnya

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 batang serai (dihiris halus)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga terbit bau harum.Masukkan rempah kari rendang , kacau rata dan terus menumis sehinnga pecah minyak.Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.
Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata sehingga mendidih.Tambah kerisik, asam gelugur dan sedikit garam. kacau lagi dan masak dengan api kecil sehingga rendang pekat dan ayam masak.
Masukkan gula melaka dan tambahkan garam secukup rasa.Kacau dan masak sekejap lagi. Terpulang pada diri sendiri samada nak rendang berkuah atau kering.Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata dan matikan api.




Friday 27 July 2012

Teh Freeda-Kesiannnn....



Kesiannnn Teh Freeda...entah dah berapa lama dia menanggung sakit ni...tiba-tiba anak beritahu telinga Teh Freeda berair...so apalagi tangkap Teh Freeda, balut ngan kain batik...kalau tak balut dia nanti dia suker nak gigit2 tangan...tak sakit tapi saya sure terkejut.
Lepas tu apalagi kelebek la saya sambil anak saya suluh telinga Teh Freeda ngan torchlight...kalau tak suluh...tak nampak la..rabun katakan!!!!...pastu saya ambil cotton butt campur ngan pencuci telinga, untuk kucing tau...mula la mengoperasi mencuci telinga Teh Freeda. Bila diganggu tempat yang agak sensitif...Teh Freeda mesti mengiau...sakit kot!Saya tak tahu pasal bukan telinga saya...pastu saya ada nampak kesan luka seperti digigit sesuatu...memang sah Teh Freeda mesti dah kena gigit ngan "sekenit". Serangga ni kalau menggigit...Masyaallah!!!...sakit tak tau nak habaq!!!!....Sekenit ni suka duduk kat tempat tersembunyi...kat celah telinga, dalam telinga...sakit ooooo!!!!, bawah ketiak...pendek kata tempat sensitif pun boleh juga...Tempat asal sekenit ni kat rumput-rumput seperti dalam hutan, di padang-padang...saya pernah kena "love bite" dia...sakitnyaaaa.....dah tu kalau nak buang dia, susah sangat pasal dia dah seronok dok hisap darah kita...sampai kembung perut dia..sakit tau kalau dia gigit.
Mesti ada yang tak kenal ngan sekenit kan...try google...jaga-jaga kalau dia menggigit...bila dah kenyang susah nak buang pasal gigi dia (ye la kot!!!) melekat kuat sambil menghisap darah...cam dracula..tapi dracula tau nak berenti...sekenit ni jenis tak tau nak berenti...
Lepas dah cuci telinga Teh Freeda, nampak macam okay dah sikit...Sekenit tu mungkin dah mati kekenyangan...Semalam check telinga Teh Freeda lagi...dah sembuh sepenuhnya...Agak-agak telinga Teh Freeda pekak tak pasal menanggung sakit kerana "love bite" sang kenit tu dah berminggu-minggu...Kesiannnnn anak bulus ku....!!!....nasib tak kering kontang darah dia...

Thursday 19 July 2012

Red Velvet Cupcakes And Death by A Chocolate Cupcakes




Salam..Agak lembab sikit blog ni sejak kebelakangan ini, anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM hujung tahufn ni, so agak busy dan teramat-amat busy dengan tugas seharian, siang hari di pejabat, bila di rumah menjadi surirumah merangkap driver anak-anak...menghantar ke tuition dan ke  mudian menjemput balik dari tuition.Hampir setiap hari ada tuition, so sometimes rasa teramat penat sangat....
Dalam hati ni rasa berdebar-debar sangat, anak-anak yang nak exam, emak pula yang lebih-lebih.UPSR cuma beberapa hari saja lagi, dari 12 Sept hingga 14 Sept...beberapa hari saja lagi tolak cuti, cuti raya lagi....Hopefully Alia akan mendapat markah yang sentiasa dihajatinya dan disebut-sebutnya selalu..Insyaallah!!!!....Selepas itu kakaknya pula Afifah akan menghadapi SPM...gigih belajar untuk mencapai markah yang dihajatinya...banyak peningkatan yang ditunjukkannya sepanjang tahun ini...Semoga kedua-dua anak ini berjaya di dalam exam mereka.
Lepas tahun ni kemungkinan tidak ada lagi peperiksaan seperti ini...tapi cara lain pula...macam-macam perkembangan persekolahan sekarang, tak sama macam generasi dahulu...anak-anak sekarang pun ramai yang cerdik pandai.Bonus untuk mereka juga....
Dalam pada itu sempat juga saya menyiapkan cup cakes permintaan daripada Alia sempena hari jadinya 20 July ini, untuk diberi kepada kawan-kawan sekelasnya dan guru-guru yang mengajarnya.Lagipun ini tahun terakhir Alia di sekolah tersebut, selepas ini belum tahu hala tuju lagi.Masing-masing akan bawa diri menuju destinasi seterusnya...
Saya hanya sempat ambil gambar cakes sahaja, yang lain-lain memang tak sempat pasal dah terlampau mengantuk sangat.Baking cakes dengan oven yang teramat kecil, benar-benar mencabar diri.Sebanyak 60 biji choc cakes saya buat, lepas tu nak packing lagi. Yang ni untuk murid-murid sahaja, untuk cikgu ditunda pasal dah terlampau mengantuk.Pukul 3 pagi baru siap semua.Saya ambil resepi untuk choc cakes daripada sini dan red velvet daripada sini.Semua kejadiannya memang amat-amat sedap sekali...Pada pendapat saya la...Choc cakes saya planning memang nak hias bagai ngan buttercream, but at last saya biar kosong saja pasal saya dah tak terdaya nak membancuh buttercream.Ingat nak tidur saja...
Pada pendapat saya, kalau nak mencuba resepi daripada seseorang, cuba sahaja...dah hasilnya kalau tak menjadi atau kurang menjadi, jangan salahkan pemberi resepi..sebab air tangan masing-masing berbeza...memang adunan sama, ikut sukatan yang diberi..tapi cara olahan mungkin berlainan.So, rasa tetap sama,  cuma kejadiannya mungkin berbeza...sebab cara mengadun atau cara membakar yang berbeza...Cara mengadun bancuhan perlu diambil kira, kalau resepi kata "kaup balik"..gunalah cara tu, janganlah pula pergi putar sampai 15 minit atau lebih...nanti jadi lain pula.Kalau dia kata tepung gandum, guna tepung gandum...kalau kata putar 2 min atau 3 min..ikut sahaja..Insyaallah menjadi...Kalau tak jadi juga...pandai-pandailah buka ÿou tube"...kat situ akan ditunjukkan cara pembuatannya...Sometimes kita lupa sesuatu...kalau fail, cuba lagi..sebaik-baiknya search banyak resepi dan cuba...Setakat hari ini saya banyak mencuba resepi daripada internet, tak ada yang mengecewakan lagi.Kalau ada pun, saya cuba kaji dimana silapnya dan saya cuba sampai jadi juga...

Saturday 7 July 2012

Rainbow cupcakes


 


Salam sejahtera untuk semua...Cupcakes ini saya follow resepi red velvet, cuma saya omit cuka..Lagipun dah hujung-hujung waktu ni saya nak clearkan semua isi dalam fridge saya pasal bulan puasa dah dekat kan....n....anti nak kena refresh semula.
Sila bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau lebih...lepas tu letak color yang disukai.Yang lain-lain semua sama sahaja macam RV.Saya suka guna cup besar gedabak ni...cepat dibakar dan cepat habis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...