SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts
Thursday, 17 October 2013
Monday, 4 March 2013
Saturday, 8 September 2012
Nasi Beriani Ayam
Disini saya ingin berkongsi resepi nasi beriani menggunakan multifunction pressure cooker .Mula-mula tu rasa tak confident juga...maklumlah first time nak masak nasi beriani.Boleh ke aku buat ni..silap-silap haribulan nasi mentah lak.Tapi kalau tak cuba sure kita tak tau resultnya kan...So apa lagi kenalah mencuba juga...Dan hasilnyaaa......memang memuaskan hati.Nasi betul-betul masak dan kembang dengan sekata...
Nanti saya beritahu cara guna periuk ni..sebelum tu saya bagi resepi dulu.Resepi simple-simple dulu yer!...
Bahan-bahannya:
2 tsb minyak sapi
2 tsb minyak masak
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inch halia*
Bahan-bahan bertanda * perlu diblender dulu hingga hancur
1 helai daun pandan (disimpul)
Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga secukupnya
1 bungkus rempah beriani (saya guna rempah beriani Brahim's)
3 cawan beras Basmathi (cuci bersih)
3 1/2 cwn air
1/2 cawan air
100 g kacang gajus
1 tin kecil kacang peas
Bawang goreng
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan
Cara membuatnya:
Masukkan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk
Kemudian tekan fungsi "STIR FRY" dan tekan ÖN"
Biarkan minyak panas
Selepas itu tumiskan bahan yang telah dimesin halus, kacau sebentar dan masukkan daun pandan
Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Kacau hingga naik bau dan kekuningan
Selepas itu masukkan rempah beriani dan air 1/2 cawan
Kacau lagi sehingga hampir kering
Kemudian masukkan 3 1/2 cawan air dan kacang gajus
Selepas itu masukkan beras
Tutup periuk dengan betul (Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan tombol dalam kedudukan PRESSURE)
Tekan OFF dan tukar kepada fungsi "HIGH PRESSURE" dan ON, tekan sehingga nombor 8, (sebab kita hendak masak selama 8 minit guna fungsi HIGH PRESSURE)
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Bila angka menunjukkan no: 0 dan bunyi beep...menandakan nasi dah masak
Pusingkan dan angkat sedikit tombol untuk mengeluarkan tekanan udara yang terperangkap
Biarkan sehingga semua tekanan udara dibebaskan...(jangan cuba-cuba buka penutup kalau tekanan masih ada..)
Selepas semua tekanan udara telah bebas sepenuhnya, buka penutup dan gemburkan nasi kemudian masukkan kacang peas dan kismis.
Tutup periuk semula dan biarkan nasi selama 5-8 minit didalam periuk dalam fungsi WARM/PREHEAT
Bila nasi telah betul-betul masak , masukkan ke dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan hirisan daun bawang ,daun sup dan bawang goreng
Nasi ini boleh dimakan dengan lauk pauk iringannya yang sesuai
Periuk ini juga mampu menyelesaikan banyak masalah untuk kaum-kaum wanita yang selalu sibuk dengan masa yang amat padat.Juga sesuai untuk surirumah yang gemar memasak.
Fungsinya juga agak memudahkan kerja seharian kita, boleh menggoreng, menumis, memasak (seperti dapur biasa), merebus, mengukus (STEAM), memasak dengan api perlahan (SLOW COOK), memasak dengan tekanan tinggi atau rendah (HIGH PRESSURE/LOW PRESSURE) juga memanaskan makanan (PREHEAT).
Gambar ehsan dari en. GOOGLE
Periuk ini menggunakan elektrik sepenuhnya dan harganya juga agak berpatutan.
Periuk ini boleh didapati daripada pengedar-pengedar AMWAY yang berdekatan dengan anda atau juga daripada saya..... e-mel saya untuk keterangan lanjut lavenderblue70@rocketmail.com.
Selesaikan masalah anda yang padat dengan aktviti seharian dengan masakan-masakan yang lazat dengan menggunakan masa yang singkat dan menjimatkan.
Apa tunggu lagi.....
Banyak lagi resepi yang akan saya share disini dengan menggunakan periuk ini...Insyaallah! saya akan masukkannya satu persatu nanti...
Selesaikan masalah anda yang padat dengan aktviti seharian dengan masakan-masakan yang lazat dengan menggunakan masa yang singkat dan menjimatkan.
Apa tunggu lagi.....
Banyak lagi resepi yang akan saya share disini dengan menggunakan periuk ini...Insyaallah! saya akan masukkannya satu persatu nanti...
Saturday, 21 April 2012
Nasi mandy
nasi mandy dan ayam
nasi mandy dan kambing
Ini adalah nasi arab atau nasi mandy yng memang sedang hangat dipasaran sekarang.Rata-rata ada restoran nasi arab sekarang ini.
Bagi sesiapa diluar sana yang kepingin makan nasi mandy disekitar Sg Petani, restoran ini terletak di Legenda Heights, bersebelahan dengan kedai perabut New Era.Di belakang ofis Ambangan Heights...
Harganya berpatutan dan ayam dan kambingnya juga dimasak dengan lembut dan aromanya yang lazat....So sesiapa yang mencari nasi mandy, cubalah ke sini.....
Iklan ini tiada apa-apa tau, sekadar berkongsi tempat makan saja....
Nasi Daging
Sumber : masam manis
Bahan-bahannya:-
1 kilo daging lempu (dihiris kecil-kecil dan rebus dengan 3 cawan air sehingga empuk)
3 cawan beras basmathi faiza (basuh, rendam sekejap dan toskan)
4 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 tsb minyak sapi (saya guna planta)
1 paket rempah kurma baba's (bancuh dengan sedikit air)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 inci kulit kayu manis
1 biji tomato (dicincang)
1 tin kecil kacang peas (boleh diganti dengan kismis)
Garam secukupnya
Cara-cara membuatnya:-
Panaskan minyak sapi dalam periuk untuk masak nasi.Kemudian tumis semua bahan-bahan yang dihiris halus
Masukkan juga kulit kayu manis dan serai .
Selepas naik bau, tumiskan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak
Kemudian masukkan air rebusan daging,daging, susu cair, garam dan tomato yang dicincang
Biar hingga mendidih kemudian masukkan beras
Alihkan periuk kedalam periuk elektrik
Masak nasi hingga kering air barulah masukkan kacang peas, gemburkan nasi dan biar hingga nasi masak sepenuhnya.
Bila dah masak, nasi ini boleh dihidangkan dengan air asam tomato.
Wednesday, 29 February 2012
Nasi Ayam Ipoh
Sekarang ni rasa masa semakin limited...banyak keja nak buat, nak settle..
Resepi-resepi yang saya letak lam blog ni pun semuanya edisi tertangguh.Tak boleh nak buat on the spot disebabkab kekangan masa.
Hari ni saya salin resepi nasi ayam Ipoh from blogger fofular ni...sapa lg klu bukan masam manis.Rajin betul Ita snap gambar yang cantik-cantik, mesti set-up giler2 punya...Cantik2 pic dia, org yg melihat pun teruja ngan kerajinan Ita...Betul!...tergoda ngan pic2 fr Ita, harap-harap Ita akan bertambah semangat untuk memasak dan mempamerkan persembahan masakan Ita yang 5 star tu...
Saya rasa dah 3 kali saya masak nasi ayam ni..sedap sgt..anak-anak semua suka...anak-anak saya cukup suka makan nasi yang ada color macam kuning2 sikit..may be dia orang rasa special dan sudah tentu rasanya sedap sangat kan....
Before ni buat nasi ayam ni, saya tak snap pic..kali ni saya snap juga..untuk simpanan sendiri and untuk rujukan diluar sana..Sesiapa saja yang berminat boleh cuba masak nasi ni...betul!..saya tak tipu..memang sedap...
Saya copy paste saja yer resepinya disini dan terima kasih tak terhingga untuk Ita atas resepi ini...
Nasi Ayam Ipoh....
Sumber : Quinnie Dan Masam Manis
Sup Ayam
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
Ayam Bakar atau Goreng
1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Nasi Ayam
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Cili Merah
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Sunday, 19 February 2012
Nasi Lemak halba sambal bilis dan telur dadar
Bangun pagi, teringin nak makan nasi lemak, nak keluar beli rasa malas sangat. Anak-anak lak ada aktiviti disekolah so kena sediakan sesuatu yang boleh mengeyangkan mereka sehingga lunch.Bahan semua ada, masak nasi lemak ajelah...paling simple...Tapi saya rasa ada juga yang tak pandai masak nasi lemak kan..kan..kan!!!!...Don't wori, belajar dulu lama-lama pandai le!...Saya dulu pun tak reti masak, bila ada minat, buat apa pun jadi...first time nak buat cekodok pun saya terpaksa selak resepi...sekarang dah terer dah!..
Ni resepi nasi lemak yer!
Bahan-bahannya:
2 1/2 cwn beras..(cuci bersih yer!)
3 cwn santan ( guna cwn utk sukat beras juga)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
1 btg serai
1 helai daun pandan (disimpul)
1 tsp halba (dicuci dan toskan)
1 tsp jintan manis (dicuci dan toskan)
1 tsp garam halus
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kemudian masak nasi seperti biasa sehingga masak.Bila nasi dah masak, gemburkan nasi...Kemudian sediakan sambal ikan bilis atau apa saja sambal dengan telur dadar atau telur rebus...
Selamat menjamu selera....
Saturday, 18 February 2012
Nasi jagung
Nasi Jagung Berserai
Sumber : CMG
Resepi nasi ni saya ambil from blog Cik Mat Gebu lagi.Cuba masak nasi ni untuk anak-anak...Mereka kata sedap sgt.Kadang-kadang idea memasak ni mmg tumpul terus..so kena la jenguk2 umah jiran..apa yer CMG masak..menarik juga nasi ni...Bila hari minggu memang saya akan cuba juga buat sesuatu yang lain dari hari biasa.Al maklumlah saya bekerja, so bila balik kerja saya teramat-amat penat...makan pun semua simple-simple.
Hidangan tengahari ni adalah resepi tertangguh juga..niat di hati nak update blog ni kalau boleh hari-hari.Tapi tak kesampaian juga...saya cuma update bila saya ada masa terluang saja.Kalau sibuk sangat or penat sangat..memang saya perlukan masa untuk rehat betul-betul.Blog pun akan sepi juga...
Ok disini saya salin resepinya yer!!!...
Bahan-bahan:-
4 cwn beras basmathi (cuci dan toskan)
1 cwn air dari jagung dalam tin*
1 cwn susu cair*
4 cwn air*
(* disatukan)
1 helai daun pandan-disimpul
1 cwn jagung dlm tin
1 cwn kacang peas dlm tin (yg ni saya tambah)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Bahan-bahan tumis:-
1 biji bawang besar dadu (saya blender pasal anak-anak tak suka bawang, bila blender mereka tak perasan)
1 inci halia- diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk
1 btg serai-ditik
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung atau minyak masak
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga harum
Masukkan beras dan gaul rata, goreng sekejap.Kemudian alihkan ke dalam rise cooker.
masukkan jagung, daun pandan, air+susu+jus jagung.
Masukkan sedikit garam, kacau dan biarkan nasi masak...
Bila nasi dah masak..gembur-gemburkan nasi tersebut...
Boleh dimakan dengan sambal ayam ..
Subscribe to:
Posts (Atom)


