Pages

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Ikan cencaru bakar sumbat sambal kelapa

Salam semua...semoga sentiasa didalam barkah NYA walaupun negara kita tengah dilanda kemelut.
Salam Takziah untuk semua keluarga perwira-perwira negara yang terkorban sewaktu melakukan operasi di Lahad Datu.

Sesungguhnya yang kehilangan ahli keluarga lebih terasa kesedihannya berbanding dengan kita yang berada nun jauh di Semenanjung...menumpang juga kesedihan tersebut.Namun begitu ada juga orang-orang yang mempersendakan perkara ini.Kononnya ini satu sandiwara....Aduhai!!!...Tian Chua...fikirlah dengan akal fikiran takkanlah orang Malaysia nak memusnahkan negaranya sendiri.Takkanlah PM kita nak buat sandiwara dengan mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa...Ada saja statement pembangkang ni...untuk mengeruhkan lagi keadaan dan menaikkan amarah orang.

Saban hari hanya berita di TV dan akhbar harian yang menjadi tatapan.Sentiasa mengikuti perkembangan di sana...dan didoakan agar operasi menggempur yang dilakukan oleh polis dan tentera Malaysia berjaya mematahkan dan menangkap semua pengganas-pengganas tersebut.

Dikesempatan ini juga HL mendoakan agar sepupu HL Kapten Amir Ridhuan yang turut serta di dalam operasi tersebut serta berada di Sabah juga, sentiasa dilindungi NYA dari bala bencana dan berjaya menjalankan misinya dengan jaya sekali.Kegusaran dan kerisauan ibu dan ayahnya tidak mampu dibendung lagi bila memikirkan anak yang jauh bertugas disana.Semoga Kapten dan isterinya di Sabah sentiasa selamat.Seluruh keluarga di Semenanjung sentiasa mendoakan keselamatan Kapten sekeluarga.Teruskan perjuangan anda demi bangsa dan negara.Anda adalah seorang perwira...

OK...let's go to the topic today...

Hari ini just nak share masakan simple-dimple ni saja...
Ikan ni adalah hasil pancingan my other half.Ribut melanda dan hasil pancingan pun hanyalah ikan-ikan kecil ni sahaja.Normally kalau cuaca elok, ada beberapa ekor tenggiri dan talang yang dibawa balik.Tapi kali ini laut bergelora, so dapat ikan cencaru pun dah kira OK...Ikan baru memang segar dan manis.HL sendiri tak berapa pandai nak menggayakan masakan ikan cencaru ni, masakan ni sajalah yang HL tahu kalau guna ikan cencaru.Sumbat sambal biasa atau sambal kelapa...Senang dan mudahkan!!!...

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan cencaru (Di cuci bersih dan dibelah belakang)
1 cwn kelapa

4 biji cili merah
10 biji cili burung (kalau nak lagi pedas...sila tambah)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula
Sedikit air asam jawa

Cara-cara membuatnya:
Semua bahan-bahan diatas kecuali kelapa dimasukkan kedalam blender dan dikisar
Kemudian campurkan bahan kisar tersebut dengan kelapa dan digaul rata.
(Kalau nak warna kuning, masukkan serbuk kunyit sedikit kedalam bahan kisar)
Perasakan dengan garam dan gula.
Sumbatkan bahan tersebut kedalam ikan
Masukkan ikan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api sederhana
Selepas 15 minit, alihkan pemanggang
Biarkan hingga ikan betul-betul masak.
Selepas itu tutup api dan hidangkan ikan dengan nasi dan lauk iringan yang lain.








Sunday, 24 February 2013

Gulai Ikan Termenung (Kembung)



Apa khabar pengunjung blog HL semua?
Mesti semua sihat-sihatkan..harap-harap begitulah..kalau yang tak sihat tu, pergilah ke klinik berjumpa doktor.Itu yang terbaik dari dibiar penyakit itu berlarutan

HLmasih lagi dalam mood "kurenggg" nak membaking..Masih lagi terasa penat memunggah dan menyusun barang di rumah baru.Angkat almari, sofa , semuanya berat-berat..Buat sementara semuanya dibuat perlahan-lahan dulu, nanti lama-lama mesti selesai semua.Cuma ditahun 2013 ni, konsep English dibanned terus..HL dah tak larat nak mengemas, mengelap habuk bagai...so minimumkan semua sekali..mana-mana yang tak berkenaan dan HL rasa tak penting,semua masuk kotak dan simpan dalam stor.

Hari ini terasa macam dah lama tak post apa-apa masakan dalam blog ni.Rasa macam kurang sesuatu lak.Disebabkan hari ini HL just masak gulai ikan saja so HL post yang ni lah. HL rasa  masakan ni sure semua orang tahu buatkan.Pejam mata pun leh buat...tapi dari tak ada apa-apa..lebih baik adakan!!...Dah rindu sangat nak posting..gulai ikan pun kira ok la!!

HL guna ikan kembung saja, orang sini panggil ikan termenung.Sekarang ikan ini murah sangat...lambakan ikan kembung dipasaran so harga pun drop sikit.Kalau time mahal boleh mencecah sekilo RM10, tapi sekarang sekilo boleh dapat dalam RM1.80 saja.Kalau dijeti, ada yang jatuh sampai sekilo RM0.50 saja.Kalau dibakar ikan ni...memang sedap...cicah lak ngan air asam.Tambah ulam-ulaman kampung sikit.Memang bertambah-tambah makan nasi tu..
So, kita keresepinya kay!..Rasa macam tak larat nak menaip panjang-panjang..tangan still lenguh-lenguh  akibat mengangkat berat..

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
4 tsb minyak masak
6 biji bendi
2 biji tomato
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 tsp halba campur
Sedikit daun kari
4 tsb serbuk kari (dicairkan dengan sedikit air)
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
1 cwn santan cair
1 cwn santan pekat

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam periuk yang bersesuaian.Kemudian tumiskan bawang, halba campur dan daun kari.Biarkan sehingga layu dan kekuningan.
Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air.
Kacau rata dan biar sehingga rempah masak dan terbit minyak
Masukkan santan cair dan kacau seketika
Kemudian masukkan ikan  serta air asam jawa.
Bila dah mendidih masukkan bendi, santan pekat dan garam serta perasa
Kacau rata dan biar hingga masak
Kemudian masukkan tomato, biar seketika dan tutup api.
Bolehlah dihidangkan kari ini dengan nasi dan lauk-lauk iringan yang lain.
Kalau dibiarkan semalaman dan dipanaskan semula, sedap dicicah roti

Thursday, 14 February 2013

Masak lemak pisang dan ikan masin



Menjelajah ke blog K.Noor Brunei, teringat-ingat dengan masak lemak K.Noor.Kat rumah pula ada pisang yang dibawa from kampung, so mulalah menggodek-godek masakan ini.Tapi masak secara ala kadar saja sebab baru pulang dari kerja jadi bateri pun dah blinking.Penat seharian ditempat kerja masih belum hilang dan masa pun dah agak lewat.So masak simple- simple saja.
Pic ni pun simple sangat, bermakna tiada sebarang prop digunakan.Hari minggu saja kalau ada resepi nak dikongsi HL akan menyediakan prop...
Masak lemak K.Noor agak pekat kuahnya dan menarik sangat.Tapi ini hasil cubaan HL yang pertama...tak apa next time HL buat lagi... 
Sesiapa yang berminat nak mencuba masakan ini silalah jelajah ke blog K.Noor.Di sini juga HL kongsikan resepinya, untuk rujukan HL dimasa depan.

Bahan-bahannya:
3 biji pisang muda (saya guna 4 biji)-dibuang kulit dan dihiris nipis secara menyerong
1 cwn santan pekat
1/2 tsb lada hitam (ditumbuk)
3 biji cili hijau dibelah (saya tak guna sebab tak ada stok)
1 keping asam keping
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 keping ikan kurau masin (saya guna ikan tenggiri)-rendam dahulu
Daun selasih secukupnya (saya tak guna)
Garam dan bahan perasa secukupnya

Cara membuatnya:
Masukkan santan ke dalam periuk
Kemudian masukkan bawang merah dan lada yang ditumbuk
Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali-sekala
Masukkan pisang dan asam keping, masak hingga pisang lembut
Kemudian masukkan ikan masin dan perasakan dengan serbuk perasa.
Rasakan kuahnya, jika dah ok tak perlu tambah garam,jika tawar tambah sedikit garam
Bila dah masak, bolehlah dihidangkan dengan lauk-lauk iringan yang lain

Friday, 6 April 2012

Kari kepala ikan Tenggiri

                                             

Ngeri ngan mulut ikan ni..itupun kalau ikan Jaws..tapi ini ikan tenggiri yang my other half pancing.Berjaya menaikkan ikan jenahak, tapi selepas cabut undi...kena fair among friends....so dapat ikan tenggiri lagi.Saya pun dah tak tahu nak masak apa ngan ikan ni, dah blur tahap maksimum...so paling senang masak gulai, sinonim ngan orang Utara...Gulai ke Kari?????....tapi saya panggil gulai...guna santan..kalau kari mamak tak guna santan..Sedap tau kalau makan ngan nasi panas-panas, ada sambal belacan, ulam-ulaman..ikan temenung (kembung) goreng garing lagi....Hidangan yang simple dan express...

Bahan-bahannya:
1 ketul kepala ikan tenggiri (belah dua ditengah dan cuci bersih)
2 ranting Daun karipole (betul kot ejaan ni...or daun kari...nama fofular dia)
2 ulas bawang merah (dimayang halus atau tumbuk)
3 ulas bawang putih (dimayang halus atau tumbuk)
1 tsp halba campur
6 tsb serbuk kari ikan (saya guna Baba's)(cairkan ngan air)
5 batang bendi (lebih pun ok)
2 biji tomato (terpulang nak letak ke tak)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Garam dan gula yang secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Panaskan 2 sudu besar minyak masak lam periuk (periuk tanah pun ok)
Bila minyak dah panas, tumiskan bawang dan halba campur
Kacau sehingga kekuningan dan wangi dan kemudian masukkan daun kari
Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicairkan....biar sehingga pecah minyak
Selepas itu masukkan santan cair dan bila dah agak mendidih, masukkan ikan
Masukkan bendi...bila dah masak , masukkan santan pekat dan tomato...
Masukkan garam dan gula...bila rasa dah ok bolehlah tutup api

Saturday, 17 March 2012

Lemak cili padi ikan tenggiri

 Bahan-bahannya:
1 ketul ikan tenggiri (dicuci dan ditos)
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 tsp jintan manis*
15 biji cili api*
*kisar bahan-bahan ini dengan sedikit air

1 inci halia ( dihiris halus)
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
1 batang karot (dihiris seperti batang mancis)
2 cwn santan
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya;
Ikan dicuci dan ditos kemudian dilumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian letakkan diatas kuali dan bakar diatas api sederhana.Balikkan ikan sehingga masak dikedua-dua belah.
Bawang putih, bawang merah, cili api dan jintan manis dikisar dengan sedikit air
Masukkan 3 sudu besar minyak kedalam periuk, bila minyak dah panas tumiskan bahan kisar,halia dan kacau sehingga naik bau
Tambahkan sedikit serbuk kunyit, kacau sebati
Kemudian masukkan serai yang dititik dan asam gelugur
Masak lagi sehingga pecah minyak
Masukkan ikan, carrot dan santan, kacau sehngga sebati
Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris halus
Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah dihidangkan



Wednesday, 29 February 2012

Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri


Ikan tenggiri yang dipancing...



Ikan Tenggiri yang dipancing oleh my other half..besar sgt...dlm 3 kilo lebih..Semua 17 ekor yang berjaya dipancing oleh team2 dia orang...So kena divide , sorang dapat dalam 3 ekor. Seekor hantar balik kampung and yang seekor lg sedekah kat jiran-jiran.So dalam fridge ada lagi sekor...
Saya buat asam pedas ni dalam 2 ketul saja, kalau buat banyak takut tak habis pula...so buat cukup-cukup saja. Pada saya asam pedas ni memang sedap, ada rasa pedas dan masam-masam...Tambah-tambah kalau boleh hirup kuah dia...makan pula ngan nasi panas-panas dengan ikan cencaru yang dipancing juga, saya rebus saja ikan cencaru tersebut, nak bakar bagai dah tak sempat pasal penat kerja tak hilang lagi dan anak-anak dah lapar sangat...  ada pula budu, cencalok dalam menu...semua saya makan..macam-macam negeri ada dalam hidangan...so ini resepi asam pedas..cencaru rebus semua org tau..

Asam Pedas Tumis

2 ketul ikan tenggiri
20 biji cili kering (direbus dan blender hingga hancur)
1 tsp jintan manis*
5 ulas bawang merah*
*tumbuk hingga hancur
Segenggam daun kesum
2 btg serai dititik
2 biji tomato
5 btg bendi (saya tak letak pasal tak der stok)
1" belacan (Belacan "Kola Perlis" mmg sedap..)
2 keping asam gelugor
Sedikit garam dan serbuk perasa
2 cwn air

Cara-cara membuatnya:-
Panaskan 2 sudu tsb minyak didalam periuk.
Tumiskan bahan tumbuk, serai dan cili yang diblender sehingga masak dan naik minyak
Kemudian masukkan 2 cwn air, asam gelugor,belacan... kacau sebati dan biar hingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan ikan dan daun kesum
Bila ikan dah hampir masak masukkan tomato,bendi, garam dan serbuk perasa, kacau sebati dan biar hingga masak
Bila dah masak, tutup api..dan sendukkan dalam mangkuk..hidang ngan nasi panas-panas..


Friday, 17 February 2012

Pekasam ikan Puyu Aziah


Pekasam ikan puyu saya beli daripada Aziah, kawan satu ofis.Ikan puyu ni sebesar ibu jari je...bayangkan emak Aziah betapa rajinnya dia menyiang ikan yang kecil-kecil ni.Saya sendiri rasa tak sanggup...Pekasam ni sedap sgt..homemade...Dimakan dengan lauk-lauk sampingan sebagai juadah tengahari..Saya goreng saja sehingga garing dan kemudian campurkan cili dan bawang merah yang diracik..goreng hingga garing...sedap sgtt...masa nak goreng ikan ni, tak perlu cuci serbuk pekasam ni..just goreng terus sehingga garing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...