Pages

Sunday 27 January 2013

Laksa

Salam untuk semua..
Apa khabar semua?Diharap semua pengunjung blog HL sihat-sihat semuanya, sekarang ni gangguan penyakit sukar dijangka.Kanak-kanak juga amat mudah demam yang berpanjangan.Silap-silap boleh pusing lebih dari 3 klinik, belum tentu baik...so kena juga berikhtiar sampai anak-anak sihat.Risau kan..bila anak sakit.Itulah perasaan sebenar seorang ibu..amat susah hati kalau anak sakit.Ibu sanggup berkorban apa saja demi kesihatan anak yang disayanginya.Tapi yang berlaku sekarang ada juga yang sanggup membuang zuriat mereka.Dicampaknya sesuka hati...Simpati dengan baby-baby tersebut..Kalau tak mahu, berilah kepada sesiapa yang memerlukan..Masih ramai insan yang mengharapkan berlakunya "magic" dalam kehidupan mereka..
Okaylah cerita selingan kita hentikan.Teruskan ngan cerita ni pulak....
Tetiba saja teringat nak buat laksa, dah lama tak makan dengan sepuas-puasnya laksa buatan sendiri.Actually bukan laksa buatan sendiri..tak pandai nak menguli tepung untuk buat laksa.Laksa kena beli juga tapi kuah buatan sendiri..citarasa sendiri.Citarasa orang utara...laksa Kedah lain dari laksa Penang..walaupun dua-dua negeri from utara.Laksa Penang manis sikit ada campuran nenas, daun pudina dan petis.Tapi laksa Kedah ka..Penang ka..dua-dua sedap...

Saya guna laksa Mak Siti..laksanya keci-kecil tak gemuk.Saya tak minat sangat ngan laksa yang gemuk-gemuk.So, rebus dalam 2 bungkus..sebab haluskan so kenalah rebus 2 bungkus.Seisi rumah asyik berulang makan saja.Kalau nak tahu...pada yang tak tahu la...dulu saya pun tak tahu juga.Orang akan makan bihun goreng dengan kuah laksa.Saya pernah try...patutlah orang suka..memang sedap.So jadi kebiasaan makan bihun goreng ngan kuah laksa.Trylah kalau nak tahu apa rasanya..don't worry takkan keracunan punya...malah bertambah sedap.Itu pandangan saya la..pandangan orang lain..saya tak tahu..

So pakat-pakat mai kita tengok resepi dia pula...

Bahan-bahannya:
1 kg ikan kembung atau ikan sardin (ikan dibuang perut, dicuci dan direbus)(Saya buang mata ikan..kesian dia --buta---sebab mak saya kata mata ikan akan menyebabkan kuah laksa berwarna gelap, so saya ikut petua mak saya)
1 bungkus laksa (direndam dan direbus sehingga lembut dan toskan)
20 biji Cili kering (direndam dan diblender hingga halus)
5 butir bawang besar (diblender halus dengan belacan)
2 inci belacan
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum secukupnya
Asam keping secukupnya
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
Garam dan perasa secukupnya

Ulam-ulaman:
Bawang besar dihiris halus
Daun salad dihiris
Telur rebus (dibelah dua atau empat)
Cili padi (dihiris halus)
Cili merah (dihiris)
Limau nipis
Timun dihiris memanjang

Cara membuatnya:
Ikan yang telah direbus, dipisahkan isi dan tulangnya.Kemudian blender isi ikan dengan air sehingga halus dan masukkan dalam periuk yang agak besar. 
Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan masukkan dalam periuk yang berisi isi ikan tadi.
Kemudian blender tulang ikan tadi dengan sedikit air, selepas itu tapis dan masukkan dalam periuk.
Masukkan juga cili kisar , bawang besar yang diblender dengan belacan, bunga kantan, asam keping, lengkuas.
Rebus kuah laksa sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa .Biarkan mendidih sekejap lagi, selepas itu tutup api dan bolehlah dihidangkan laksa dengan ulamannya. 
So, selamat menjamu selera......

Saturday 26 January 2013

Tapai Pulut Manis






Salam untuk semua pengunjung blog HL...
Hari ini semua bercuti rehat..tak kemana-mana, berehat saja dirumah, lagipun sibuk ngan urusan mengemas, mencuci dan segalanya.Rutin biasa bagi yang bekerja, hanya hujung minggu boleh lakukan semua tugas tersebut..lagipun sekolah baru saja bermula so rasa masa amat tight sangat, anak-anak seharian sibuk dengan urusan sekolah dan kerja sekolah yang agak banyak sebab tahun ini bermula Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) so banyak masa perlu dihabiskan dengan mengadap buku saja.Kerja sekolah perlu dihabiskan, kalau tidak ada yang kena denda kang...
Actually dah lama teringin nak makan tapai ni..memang favourite dari dulu sampai sekarang.Selalu saya beli dikedai makan saja, tak boleh nak beli banyak-banyak..yelah! satu bekas dadih RM1.00, kalau 10 bekas dah berapa...kekadang ada juga yang dijual dalam balutan daun getah..klasik gitu!!!.Tak ingat berapa harganya..Tapi memang saya amat suka dengan tapai.so saya cuba buat sendiri tapai ni..dah lama tak merasa tapai buatan sendiri 
Resepi tapai ni simple saja yer!Semua orang boleh buat..So, let's go to the recipe...

Bahan-bahannya:-
1 kg beras pulut (basuh dan toskan)
1000ml air
1 biji ragi (dihancurkan sehingga halus)

Cara-cara membuatnya:
Masukkan beras pulut dan air kedalam periuk tekanan.
High pressure selama 7 minit. (Boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker biasa, saya biasa guna pressure cooker)
Bila pulut dah masak, keluarkan wap tekanan...kemudian buka penutup dan gaulkan pulut selepas itu tutup semula dan biarkan dalam fungsi warm selama 10 minit
Selepas itu, biarkan pulut betul-betul sejuk barulah ditabur ragi (gunakan penapis teh dan tekan-tekan ragi sehingga menutupi permukaan pulut)
Kacau pulut dengan senduk (jangan gunakan tangan yer!) sehingga bergaul rata dengan ragi
Masukkan dalam cup dadih atau balut dengan daun pisang dan biarkan semalaman barulah boleh dimakan


Thursday 24 January 2013

Kuih kaswi gandum




Kuih ini saya buat sebab anak saya yang kecil suka sangat makannya.Tiap-tiap hari dia akan beli di kantin sekolahnya.So bila saya mengodek-godek kat dapur untuk membuat kuih ini, dia suka sangat.Dan kami semua menyantapnya jam 11 malam sambil menonton TV.Orang lain rasanya sedang enak dibuai mimpi diwaktu dan tika ini.
Inilah kali pertama kuih yang saya buat selesai dalam beberapa minit sahaja.Thanks a lot kepada pemberi resepi...

Sumber : Ha Sue

Bahan-bahannya:
4 cawan air (saya kurangkan)
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
Bahan-bahan diatas dimasak dan sejukkan

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi

Garam halus secukupnya
Kelapa parut (ambil yang putih sahaja)(untuk mengelakkan kelapa cepat basi, kelapa parut ini boleh dikukus dahulu)

Cara membuatnya:
Panaskan kukusan
Sapukan sedikit minyak ke dalam loyang yang hendak digunakan, kemudian lapik dengan plastik
Masukkan tepung gandum dan tepung ubi kedalam bancuhan air gula dan kacau dengan whisk sehingga sebati
Kemudian tapiskan adunan kedalam loyang dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil, ini untuk mengelakkan air dari penutup periuk menitik ke permukaan kuih sewaktu mengukus
Kukus selama 30 minit atau sehingga kuih betul-betul masak
Apabila telah masak, angkat dan sejukkan kuih
Untuk memotong kuih,gunakan pisau plastik,  pastikan kuih betul-betul sejuk, barulah boleh dipotong mengikut citarasa sendiri
Kemudian salutkan kuih dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Sunday 20 January 2013

Roti Bun Kekacang Merah

 Ini ialah resepi asas untuk membuat doh untuk roti bun
Bahan-bahan untuk doh:
600g tepung high protein
1 biji telur & air (campurkan telur & air hingga menjadi 340ml)
1 1/4 tsp garam halus
2 tsb mentega @ marjerin
6-8 tsb gula castor
2 tsb susu tepung
1 tsp esen buttermilk
1 tsp bread softener
1 tsp bread improver
1 tsb @ 1 bungkus yis mauripan

Cara-cara membuat doh..ikut turutan..menggunakan breadmaker
Mula-mula masukkan campuran cecair ke dalam breadmaker.Selepas itu masukkan mentega,garam halus, gula castor, susu tepung dan buttermilk
Kemudian masukkan tepung sehingga menutupi permukaan cecair
Masukkan bread improver, bread softener dan akhir sekali yis mauripan
Setkan ke programme DOUGH dan start.
Proses ini mengambil masa selama 1 1/2 jam
Apabila  proses selesai, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
Boleh buat apa saja roti bun yang disukai dengan doh ini termasuk pizza
Masa pembakaran roti selama 20 min dengan suhu 180'C








Bakso









Bahan-bahannya:
1 bungkus Bihun atau mee (Rendam, tos dan celur bihun sehingga lembut @ mee dicuci dan dicelur)
1 kg tulang rusuk lembu (Cuci dan toskan)
1 packet Meat balls jenama Ramli ( saya guna separuh sahaja)
2 inch halia*
2 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
Bahan-bahan bertanda * dikisar dengan air hingga halus
1 inch lengkuas (dihiris nipis)
2 batang serai (dititik)
3 tsb serbuk rempah 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut (sup tulang)
Taugeh secukupnya (Cuci dan toskan)
Daun sup & bawang secukupnya (dihiris halus)
Bawang goreng secukupnya
Extra hot chili sos ABC
Saus manis ABC
Garam dan perasa secukupnya
4 tsb minyak untuk menumis
Air secukupnya (untuk merebus daging)

Cara-cara membuatnya:
Tulang direbus dengan air dalam periuk tekanan selama 30 minit
Sementara itu panaskan minyak di dalam periuk yang agak besar, kemudian tumiskan bahan-bahan kisar dan kacau rata sehingga naik minyak
Masukkan serai dan lengkuas
Bila tulang selesai direbus, masukkan tulang dan air rebusan kedalam periuk yang berisi bahan tumis
Masukkan juga sup bunjut
Rebus sehingga mendidih
Bebola daging boleh dicampurkan terus ke dalam sup tulang
Apabila sup telah masak,perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan bihun atau mee
Taburkan dengan taugeh,daun sup & daun bawang serta bawang goreng
Kemudian masukkan sos cili dan kicap manis ABC (berhati-hati sos cili extra ni amat pedas)

Thursday 3 January 2013

Pulut Kuning (menggunakan pressure cooker Noxxa)





Bahan -bahannya:
1kg pulut (direndam dengan serbuk kunyit selama 3 jam- utk mendapatkan warna kuning yg cantik)
1000ml air
200ml santan kelapa pekat
1 tsp garam
lada hitam biji & halia dihiris halus
bawang merah dihiris nipis

Cara membuatnya:
Basuh pulut dan toskan
Masukkkan pulut ke dalam inner pot
Masukkan air
Tekan fungsi high pressure selama 3 minit
Bila dah siap, angkat tombol untuk membebaskan tekanan yang terperangkap
Kemudian masukkan santan,lada hitam.halia dan bawang,kacau hingga rata dan tutup periuk
Biarkan dalam fungsi WARM selama 3 minit
Selepas itu bolehlah dihidangkan mengikut citarasa masing-masing

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013...untuk semua pengunjung blog HL dan juga kepada semua blogger- blogger diluar sana.Semoga kedatangan tahun ini lebih bermakna lagi untuk merealisasikan impian-impian yang belum terlaksana sepanjang 2012.Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu...yang penting untuk majukan diri untuk menempuh masa depan.
Sudah semestinya banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012..
Hari ini juga hari pertama persekolahan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu...Di Terengganu...ada sekolah belum bermula lagi kerana banjir.Di tempat saya tinggal ni...awan mendung saja..dengan hujan sekejap-sekejap.Tapi kanak-kanak tetap riang sebab berjumpa semula ngan kawan-kawan sebab dah hampir 2 bulan terperap dirumah.Maka bermulalah tugas 'bas sekolah'.
Sudah semestinya saya akan menggiatkan lagi tugas saya..saya suka baca blog orang lain...tak kiralah blog apa pun...semua jadi santapan minda saya.Harap-harap ianya berterusan selalu demi sokongan saya untuk para-para bloggers.
Tak sabar2 tunggu entri-entri terbaru...especially dalam bidang masakan ni...
Selamat Tahun Baru untuk semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...