Pages

Thursday 17 October 2013

Doakan untuk dia...

Please pray for her...
Mak cik saya sedang berada di ICU , KMC Alor Setar kerana komplikasi buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis

"Berilah kesembuhan untuk beliau..kerana hanya pada MU sahaja kami berserah dan memohon doa....." 


Nasi tomato & ayam masak merah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA





Thursday 3 October 2013

Kelas Western Food dengan Chef Amer-29 Sept 2013

Salam semua...lama sangat kan saya tak bersiaran...terlalu lama...masa pun semakin hari di rasakan semakin singkat..pejam celik-pejam celik dah nak hujung tahun pun..
Mesti ramai yang dah planning kan..cuti sekolah pun tak lama jer lagi...sure ramai yang dah booking hotel di pusat-pusat peranginan kan.Musim cuti sekolah ialah musim berjalan-jalan atau musim kenduri kahwin
Sebenarnya rindu sangat nak menulis di sini...tapi banyak sangat insiden yang tak diundang sepanjang hibernasi ni.Mana dengan serangan sakit gigi yang amat teruk...sepanjang bulan puasa asyik menahan sakit ja...Memang betul cakap orang sakit gigi memang sakit paling teruk...Ini lah first time saya sakit...
Bila dah cabut...semua sakit hilang...

Ini saya nak cerita pasal kelas masakan barat yang gempak daripada Chef Amer.Best la kelas dia....memang tak jemu dan Chef Amer juga pandai buat lawak...Banyak tip-tips yang Chef perturunkan...Terima kasih Chef....Pada hari tersebut kami di ajarkan dengan 13 resepi oleh Chef..dari meyediakan bahan-bahan masakan sehingga siap tiap-tiap hidangannya.
Kali ini kami belajar buat sos , menyediakan lamb chop dan chicken chop juga dengan 3 jenis spagetti dan penyediaan salad.
Memang marvellous lah resepi Chef...tak sia-sia dengan pelaburan sebanyak RM300 tersebut...Ilmu yang dicurahkan amat berguna sekali









Untuk makluman semua, pada 23 dan 24 Nov 2013 akan diadakan kelas kek komersial 3 di tempat yang sama di Bertam Perdana 2, Kepala Batas, Prai dan dianjurkan oleh Haslynda Delights.Sesiapa yang berminat, sila pm K.Linda di FB dia atau call 019-4085500....Cepat-cepat call K.Linda untuk booking tempat...rugi tau kalau tak rebut peluang ni...Bukan senang nak menuntut ilmu dengan sifu hebat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...