Pages

Tuesday 11 September 2012

UPSR (11-13th Sept 2012)


Minggu peperiksaan dah bermula dengan UPSR dulu, dan akan diikuti dengan PMR dan SPM.Tahun ini giliran Nur Alia Maisarah dan Nurafifah, Alia akan menduduki UPSR (sedang bertarung sekarang....) dan hujung tahun ni giliran kakak pula menghadapi SPM.Yang berdebar-debar mama dia...tapi tak tunjuk pun...buat-buat relax saja.Ye lah pasal dulu-dulu pun saya dah merasai pengalaman begini..time nak peksa saja...mulalah gabra semacam.... cita-cita nak masuk asrama penuh..biasa la zaman kanak-kanak dulu tak macam sekarang.Anak-anak dulu berlumba-lumba nak yang terbaik untuk masuk asrama penuh.Anak-anak sekarang kalau disuruh ke asrama..macam-macam alasan..sebab mereka lebih seronok berada dirumah bersama ngan family.
Harap-harap Alia mampu menjawab soalan dengan tenang..(memang tenang pun pasal still boleh tengok drama TV lagi walaupun tahu esok ada peksa)...Insyaallah!!!...kejayaan bakal menjadi milik Alia kalau berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tak kiralah dapat berapa pun sebab mama tahu Alia dah berusaha dengan bersungguh-sungguh...But hopefully 5A dalam genggaman.Insyaallah!!!...Nak jadi yang terbaik kenalah berusaha lebih...
So, untuk anak-anak diluar sana yang juga menghadapi peperiksaan hari ini dan juga untuk ibu-ibu yang mendoakan kejayaan anak-anak mereka...Insyaallah!!!!...mereka pasti tak akan mengecewakan harapan kita semua.
Selamat maju jaya untuk anak-anak sekelian dan jawab soalan dengan tenang serta sentiasa berdoa untuk yang terbaik.....

Monday 10 September 2012

Kek Lapis Keju Coklat


Memang dah lama sangat saya mengidam nak melapis kek macam kek DayangJack ini.Kek ini memerlukan komitmen yang agak tinggi juga, kesabaran dan kesungguhan.Barulah menjadi...tapi bagi saya yang pertama kali mencuba ni, nak melapis tak berapa pro lagi, lapisannya tak sama semuanya...terketar-ketar tangan ni sewaktu nak meratakan adunan didalam loyang.
Saya buat berselang seli sebab saya nak sangat dan teruja nak tengok jalur-jalur tu..tapi saya guna tepung gandum pasal tiada tepung hong kong. Namun finishingnya agak kering sikit. Tapi boleh la...untuk amatur seperti saya ni. Tak kisahlah...next time boleh cuba lagi...banyak resepi yang Dayangjack share dalam blognya...bolehlah mencuba lagi lepas ni.
Banyak lagi sebenarnya nak cuba..tak apa sabar-sabar...kita buat satu-satu dulu...yang penting selagi ada blogger nak share resepi mereka selagi itulah ilmu pengetahuan akan bertambah.Terima kasih tak terhingga untuk DayangJack atas perkongsian ini.
Saya sharekan disini resepinya untuk dikongsi-kongsi sesama kita pula...Cubalah...sedap tau!!!....

Kek Lapis Keju Coklat
Sumber : DayangJack

Bahan-bahannya:
Bahan A
7 biji telur Gred A
250g tepung hong kong (saya guna tepung gandum 220g)
180g gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
75ml air ais

Bahan B
250g mentega berkualiti (pada suhu bilik) (saya guna Anchor)
140g cream cheese (pada suhu bilik) (saya guna Philadelphia)
7 sudu besar susu pekat manis

Bahan C
50g serbuk koko (diayak)
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit coklat emulco

Cara membuatnya:-
Panaskan oven selama 5 minit.
Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
Dalam bekas lain, pukul bahan B hingga berkrim
Satukan Bahan A dan B, kemudian putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu adunan dibiarkan kosong dan satu adunan lagi dicampur dengan bahan C. Putar hingga sebati
Bakar adunan kek  lapis demi lapis. Mula-mula adunan coklat dahulu.Anggaran 5 sudu besar satu lapisan, ratakan sehingga memenuhi permukaan loyang.
Bakar dengan suhu 180'C selama lebih kurang 5 minit.
Keluarkan dari oven dan tekan permukaan kek dengan penekan kek. Kemudian masukkan 5 sudu besar adunan tanpa coklat keatas lapisan pertama tadi. Ratakan sehingga memenuhi permukaan loyang.Kemudian bakar dan ulangi proses ini sehingga habis.
Bila telah selesai semuanya, bakar lagi kek dengan suhu 160'C selama 6 minit.
Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven.






Saturday 8 September 2012

Nasi Beriani Ayam


Disini saya ingin berkongsi resepi nasi beriani menggunakan multifunction pressure cooker .Mula-mula tu rasa tak confident juga...maklumlah first time nak masak nasi beriani.Boleh ke aku buat ni..silap-silap haribulan nasi mentah lak.Tapi kalau tak cuba sure kita tak tau resultnya kan...So apa lagi kenalah mencuba juga...Dan hasilnyaaa......memang memuaskan hati.Nasi betul-betul masak dan kembang dengan sekata...
Nanti saya beritahu cara guna periuk ni..sebelum tu saya bagi resepi dulu.Resepi simple-simple dulu yer!...

Bahan-bahannya:

2 tsb minyak sapi
2 tsb minyak masak
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inch halia*

Bahan-bahan bertanda * perlu diblender dulu hingga hancur

1 helai daun pandan (disimpul)
Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga secukupnya
1 bungkus rempah beriani (saya guna rempah beriani Brahim's)
3 cawan beras Basmathi (cuci bersih)
3 1/2 cwn air
1/2 cawan air
100 g kacang gajus
1 tin kecil kacang peas
Bawang goreng
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya:
Masukkan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk
Kemudian tekan fungsi "STIR FRY" dan tekan ÖN"
Biarkan minyak panas
Selepas itu tumiskan bahan yang telah dimesin halus, kacau sebentar dan masukkan daun pandan
Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Kacau hingga naik bau dan kekuningan
Selepas itu masukkan rempah beriani dan air 1/2 cawan
Kacau lagi sehingga hampir kering
Kemudian masukkan 3 1/2 cawan air dan kacang gajus
Selepas itu masukkan beras
Tutup periuk dengan betul (Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan tombol dalam kedudukan PRESSURE)
Tekan OFF dan tukar kepada fungsi "HIGH PRESSURE" dan ON, tekan sehingga nombor 8, (sebab kita hendak masak selama 8 minit guna fungsi HIGH PRESSURE)
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Bila angka menunjukkan no: 0 dan bunyi beep...menandakan nasi dah masak
Pusingkan dan angkat sedikit tombol untuk mengeluarkan tekanan udara yang terperangkap
Biarkan sehingga semua tekanan udara dibebaskan...(jangan cuba-cuba buka penutup kalau tekanan masih ada..)
Selepas semua tekanan udara telah bebas sepenuhnya, buka penutup dan gemburkan nasi kemudian masukkan kacang peas dan kismis.
Tutup periuk semula dan biarkan nasi selama 5-8 minit didalam periuk dalam fungsi WARM/PREHEAT
Bila nasi telah betul-betul masak , masukkan ke dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan hirisan daun bawang ,daun sup dan bawang goreng
Nasi ini boleh dimakan dengan lauk pauk iringannya yang sesuai

Periuk ini juga mampu menyelesaikan banyak masalah untuk kaum-kaum wanita yang selalu sibuk dengan masa yang amat padat.Juga sesuai untuk surirumah yang gemar memasak.
Fungsinya juga agak memudahkan kerja seharian kita, boleh menggoreng, menumis, memasak (seperti dapur biasa), merebus, mengukus (STEAM), memasak dengan api perlahan (SLOW COOK), memasak dengan tekanan tinggi atau rendah (HIGH PRESSURE/LOW PRESSURE) juga memanaskan makanan (PREHEAT).


Gambar ehsan dari en. GOOGLE

Periuk ini menggunakan elektrik sepenuhnya dan harganya juga agak berpatutan.
Periuk ini boleh didapati daripada pengedar-pengedar AMWAY yang berdekatan dengan anda atau juga daripada saya..... e-mel saya untuk keterangan lanjut lavenderblue70@rocketmail.com.
Selesaikan masalah anda yang padat dengan aktviti seharian dengan masakan-masakan yang lazat dengan menggunakan masa yang singkat dan menjimatkan.
Apa tunggu lagi.....
Banyak lagi resepi yang akan saya share disini dengan menggunakan periuk ini...Insyaallah! saya akan masukkannya satu persatu nanti...





Tuesday 4 September 2012

Kek Lapis chocolate cheese

Kek Lapis Keju Kukus
Sumber : Facebook..saya tak ingat siapa pemberi resepi ini...anyway thanks a lot for the recipe..mmg heaven..dgn chocolate yang digabungkan dengan cheese..satu kombinasi yang hebat.

Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak Bahan A diatas api hingga larut, kemudian angkat dan biarkan sejuk)

Bahan B
1 cwn tepung naik sendiri
Bahan C
3 biji telur (pukul sampai kembang...blender pun boleh)

Masukkan Bahan C dalam bahan A tadi, kacau hingga sebati
Kemudian masukkan Bahan B kedalam adunan dan kacau lagi hingga sebati..sekiranya tepung berketul-ketul sewaktu mengacau adunan..guna pemutar dan putar adunan  dengan kelajuan paling minima.

Bahan Cheese
250g cream cheese
60g gula kastor (boleh kurangkan kalau tak suka manis...saya kurangkan menjadi 40g sahaja)
25ml air
1 biji telur
25g tepung gandum

Pukul Bahan Cheese kecuali telur sehingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.Ketepikan...

Cara membuatnya :
Panaskan pengukus, balut tutup periuk dengan kain untuk mengelak air menitik ke atas permukaan kek
Masukkan separuh sahaja adunan coklat kedalam loyang, kukus selama 10 minit...atau sehingga separuh masak
Kemudian masukkan adunan cheese ke dalam loyang diatas permukaan coklat tadi
Kukus lagi selama 10 minit
Masukkan lagi baki adunan coklat keatas permukaan cheese.
Teruskan mengukus sehingga kek betul-betul masak
Keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...