Pages

Monday 26 March 2012

Recycle Bag


Ini salah satu hobi saya yang paling saya suka sekali...Tajuk pun dah terkeluar dari main masak-masak.Hari ini kita main kaler-kaler lak...Saya paling suka deco painting ni tapi kekangan masa menyebabkan saya kurang aktif sejak akhir-akhir ni..Dua orang anak saya nak exam hujung tahun ini so agak sibuk sikit...But sometimes bila gian sangat nak pegang brush saya conteng-conteng ler juga.Banyak lagi barang-barang yang menjadi mangsa saya...akan diupload kemudian...Insyaallah!..

Friday 23 March 2012

Class Kek Hantaran





Hari ini sepanjang hari menghadiri kelas kek hantaran, berguru ngan Rani. Dah lama sangat berhajat nak belajar this favourite flower ngan Rani, tiba-tiba sahaja my friend chek moon ajak join.So apalagi...setuju ajelah...Ye lah..klu dok planning2, rasa-rasa tak menjadi...banyak benda juga yer yang kita dapat hasil dari berguru ni.Rani juga ramah orangnya..suka berbual..so apalagi semangat nak belajar tu lagi membuak-buak.
Mula-mula nak buat tu memang rasa kekok sangat, but Insyaallah..boleh training lg di umah lps ni.Teknik-teknik dah belajar cuma nak memahirkan aje lagi.
Memang puas hati tul dapat menghasilkan  kek secantik ini ...puji-pujian untuk diri sendiri lak!rasa macam tak caya..selama ini asyik tengok di blog orang je.Now dah depan mata..nak makan pun sayang...
Sesiapa yang berminat nak belajar leh contact Rani....

Tuesday 20 March 2012

Red Velvet Cupcakes




Nak menghabiskan baki-baki dalam peti sejuk...ada cheese lak tu...so apalagi bermulalah acara membaking..walaupun dah tengah malam.Buat red velvet lagi..tak habis-habis ngan RV. Saya pun dah lupa ini kali keberapa saya buat RV..memang tak jemu pasal last buat RV..creamnya tak menjadi.Saya tak puas hati selagi tak complete semua.
Kali ini saya try buat cupcakes lak.Saya pilih cup saiz besar pasal nak cepat..kalau cup besar, cepat la saya bakar kek ni.Alhamdulillah..saya tenung saja kek dalam oven..betul-betul ngam ngan saiz cup, pastu bila dah keluar dari oven..teksturnya saya suka sangat..lembut dan gebu....rasa-rasa dah ok ni.
Biar dulu sampai betul-betul sejuk, pastu godek-godek cream cheese lak.Saya sukat sikit-sikit, at last menjadi gak..puas hati tul!Bila makan..rasanya memang sedap pada citarasa saya...
Saya bawa kek ni keofis untuk dipersembahkan pada food tester setia saya..Ira,Ros,Syikin dan chek moon..so komen pun positif...lagilah saya suka..Thanks a lot my dear friends...Hopefully nanti ada lagi kek-kek yang nak saya persembahkan untuk depa2 rasa...Now tengah mencari-cari idea..kena ketuk pintu rumah blogger2 lain dulu...mesti ada kek yang sedap-sedap kan...
Resepi RV ni saya ambil dirumah Irma. Resepi ni lah yang saya guna dari dahulu sampai la ni...So kalau nak try..leh p melawat ke blog Irma, kay!...

Sunday 18 March 2012

Masak lemak cili api cendawan


Dalam peti sejuk ada lebihan sayuran dan cendawan shitake yang my other half beli kat atas Gunung Jerai.Atas Gunung Jerai ada tempat pembiakan cendawan ini, kalau beli di pasaraya agak mahal juga harganya...Beli direct ngan tauke ni, dapat diskaun sikit dan cendawannya memang fresh.So saya mulalah selak helaian buku 1 Hari 1 Resepi untuk mencari resepi apa yang sesuai ngan cendawan, dah jemu ngan sayur campur....Terjumpalah ngan resepi ni...so apalagi...kena cuba la kan!!!....Bila dah makan rasanya sedap juga yer!! Pedas lagi!!...Kanak-kanak panggil yellow kuah....

Sumber : 1 Hari 1 Resepi (ms 3) ....chef Hanieliza

Bahan-bahannya:
20 keping cendawan tiram (dikoyak) (saya guna cendawan shitake)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1/2 batang lobak merah (dipotong mancis)
5 biji jagung muda (dihiris nipis)
2 btg serai (dititik)
2 cwn santan
garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya:-
Masukkan bahan kisar dan serai kedalam periuk
Masukkan udang, lobak merah dan jagung muda
Masak sehingga mendidih
Kemudian masukkan santan dan cendawan
Kacau rata sehingga mendidih
Perasakan dengan garam dan gula
Bila rasa dah ok, tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Sayur Bening


Busy betul hari ni...hari pertama persekolahan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas seminggu bercuti.Bermulalah rutin biasa di hari Ahad..hari lain ada orang uruskan anak-anak...Anak-anak lak habis waktu persekolahan tak sama masanya.. jam 12.00 pegi antar adik darjah 3...dia kelas petang...pastu berkejar kekedai runcit..beli apa-apa yang patut...balik umah kejap pastu berkejar kesekolah lagi....ambil kakak yang tamat sekolah jam 1.10 pm, pastu balik rumah... siapkan kerja yang tertangguh...sambung masak lagi...Pastu jam 2.10pm...keluar pergi ambil adik yang darjah 6 lak...Pastu balik umah, teruskan keja masak-memasak...Lewat sikit masak2 ni pasal pagi2 lagi dah siapkan keja rumah yang lain..Jadi saya pilih masakan simple sajalah...simple tapi sedap...saya cukup suka jenis-jenis masak air ni...Dahulu saya tertanya-tanya juga apa lak maknanya "bening" ni...selalu saya jumpa dalam masakan Mat Gebu...so bila dah buat, baru saya tau...oooo... inilah maksudnya "bening"...makanan sihat ni...tanpa guna minyak...saya ambil resepi ni dari buku 1 Hari 1 Resepi daripada Chef Hanieliza....

Sayur Bening
Sumber : 1 Hari 1 Resepi ...chef hanieliza
Bahan-bahannya:
Bahan A
300 g kangkung
5 biji bendi
1 biji terung bulat
5 urat kacang panjang
1 batang lobak merah
2 keping asam gelugur
5 cwn air
1 tsp garam
Daub kesum

Bahan B (dikisar)
5 biji cili merah (kalau nak pedas tambah cili api)
1 inch belacan
3 biji bawang merah

Cara-cara membuatnya:
Kangkung, lobak merah serta kacang panjang dipotong dan dibasuh.Toskan...
Basuh bendi dan potong tangkainya
Terung dibasuh dan dipotong kecil
Masukkan semua bahan A dan bahan B kedalam periuk
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula...
Bila rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan....

1 hari 1 Resepi -Chef Hanieliza


Jalan-jalan di Popular Book Store, ternampak buku ni...asal tu memang dah berniat nak beli...pegang letak..pegang, baca dan letak lagi...Nak beli ke tak???....At last, ambik keputusan, nak belilah....banyak resepi dalam ni...seperti slogannya "senangnya memasak"...hopefully senang sangat untuk saya....Walaupun banyak masakan yang simple tapi kalau tak kena gaya, jadi susah juga...Ye lah macam anak-anak yang baru belajar memasak...ada juga yang tak tahu langsung nak masak air...nak goreng telur..lagilah!!!...Yang penting ini salah satu buku yang akan jadi sumber rujukan saya....
Buku ni adalah daripada sorang chef yang tersohor...Chef Hanieliza.Kalau yang belum ada tu...boleh beli untuk rujukan sendiri masa nak main masak-masak tu..., lagipun buku ni boleh disimpan sampai ke anak cucu...Berguna sangat....Itupun kalau tak dihanyut air bah atau digigit lipas, so kenalah simpan elok-elok kay!..Kalau ada yang terpinjam tu...pandai-pandailah pulangkan balik....

Saturday 17 March 2012

Lemak cili padi ikan tenggiri

 Bahan-bahannya:
1 ketul ikan tenggiri (dicuci dan ditos)
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 tsp jintan manis*
15 biji cili api*
*kisar bahan-bahan ini dengan sedikit air

1 inci halia ( dihiris halus)
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
1 batang karot (dihiris seperti batang mancis)
2 cwn santan
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya;
Ikan dicuci dan ditos kemudian dilumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian letakkan diatas kuali dan bakar diatas api sederhana.Balikkan ikan sehingga masak dikedua-dua belah.
Bawang putih, bawang merah, cili api dan jintan manis dikisar dengan sedikit air
Masukkan 3 sudu besar minyak kedalam periuk, bila minyak dah panas tumiskan bahan kisar,halia dan kacau sehingga naik bau
Tambahkan sedikit serbuk kunyit, kacau sebati
Kemudian masukkan serai yang dititik dan asam gelugur
Masak lagi sehingga pecah minyak
Masukkan ikan, carrot dan santan, kacau sehngga sebati
Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris halus
Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah dihidangkan



Choc moist cupcakes




Bahan-bahannya:
Untuk kek sahaja
Resepi asal : munira baharum
Bahan A
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak
*Semua bahan-bahan A diatas gaul sebati dalam periuk dan masak atas api perlahan, bila semua bahan dah sebati, tutup api dan rehatkan kejap

Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
* semua bahan B diayak...

Bahan C
4 biji telur gred A (blender)

Buttercream chocolate topping
250g butter
1 cwn gula icing
1 tsp vanilla esen
3-4 tsb susu cair
3/4 cwn serbuk koko
Sedikit hiasan tambahan....

Cara-cara membuatnya:
Bahan B dan Bahan C campurkan ke dalam bahan A, kaup balik sehingga sebati.
Masukkan ke dalam cawan kek saiz sederhana, isipadu separuh sahaja....
Bakar didalam ketuhar dengan suhu 175'C selama 20 min
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan letakkan diatas redai dan biarkan kek sejuk...

Untuk buttercream chocolate topping, cara-caranya....
Putar mentega, kemudian masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit kedalam adunan, putar lagi dalam 3 min atau sehingga mentega sebati ngan serbuk koko
Masukkan sedikit demi sedikit gula icing, kalau nak manis lagi...sila tambah gula yer!
Putar sehingga sebati
Masukkan esen vanilla, putar dalam 2 min shj
Kemudian masukkan susu cair
Putar lagi dalam 3 min shj....
Kemudian masukkan semua adunan buttercream dalam kelongsong plastik..lubangkan hujung bucunya...picitkan adunan buttercream keatas kek dan hias ikut citarasa sendiri....





Friday 16 March 2012

Family Day




Hari ini my other half company buat family day kat pantai Merdeka.Anak-anak yang paling seronok pasal boleh mandi swimming pool.Tak ramai sangat pengunjung ke pantai ni, may be orang ramai prefer ke tempat lain lagi dalam cuti sekolah ni.Kalau pertengahan minngu kerja atau sekolah, saya agak ramai pengunjung ke sini sebab saya pun jarang kesini walaupun rumah saya tak jauh mana pun.Biasa la adat manusia...yang depan mata jarang-jarang sangat dihargai...yang jauh juga yang dipuja-puja...
Company my other half memang selalu anjurkan majlis macam ni, bercuti ketempat-tempat yang menarik...Mungkin ini salah satu cara diaorang menghargai penat lelah bekerja...Ini adalah aktiviti diaorang yang pertama ditahun 2012 ni. Lepas ni akan menyusul aktiviti-aktiviti lain pula...Seronokkan....!!!!....

Bun Manis

   Doh yang selesai diuli oleh breadmaker.Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan agin yang terperangkap

                                         Proses pembakaran..180'C selama 20min

                                         Roti yang siap dibakar....guna taburan bijan

                      Topping sausage, daging burger, sayur campur, mayonis dan sos cili thai dalam 
                      piring Micasa ....

Resepi roti ni saya buat secara general saja, guna bread maker...kalau nak uli dengan tangan..pun boleh.Terpulang pada diri masing-masing.Resepi ni untuk semua jenis roti bun, kalau nak rasa yang berlainan, pandai-pandailah adun dengan perasa tersendiri seperti guna cheese, chocolate atau apa saja.Kali ini saya bakar dengan topping daging burger, sausage, sos cili thai, mayonis, sayur campur...ini saja yang ada dalam fridge.Macam topping pizza...Lebihan doh saya buat cheese bun tapi dah terlebih set time lak...terhangit sikit..lupa lak nak set time yang betul...terlebih masa bakar...So ini resepinya...secara general saja...

Bahan-bahannya:-
1 biji telur (pecahkan didalam cawan pengukur dan tambahkan air kedalam telur sehingga bacaan menunjukkan 320ml)
50g planta
100g gula castor
1 1/4 tsp garam halus
4 tsb susu tepung
600 g tepung high protein
1 paket (11g) yis mauripan
1/2 tsp bread improver (jika perlu)
1 tsp shortening
1 tsp bread softener

Cara-caranya:-
Masukkan air dan telur kedalam bekas.Kemudian masukkan shortening, planta, gula castor, garam, susu tepung.
Selepas itu masukkan tepung sehingga menutupi permukaan air.
Masukkan bread improver dan softener.
Akhir sekali masukkan yis.
Jangan kacau semua bahan-bahan ini.
Guna bread maker  sehingga menjadi doh.
Selepas siap doh, bolehlah bentukkan doh seperti dikehendaki dan sapu campuran telur dan susu cair di permukaan doh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 15-18min.

Thursday 15 March 2012

Miyao Toki (Mikasa) again....sales 9-12 march 2012





Betul-betul busy this weekend...terkejar ke sana sini. Musim kenduri dah tiba..sana sini kenduri... Hari Sabtu attend kenduri di Baling,  but before that sempat lagi terjah ke kilang Miyao Toki di Kulim, ada sales lagi. Ramainya orang sedang memilih pinggan mangkuk kegemaran masing-masing. Saya juga turut sama pilih yang mana berkenan di hati..Sehari before my ofismate Ira, Ros, Maz, Rina dan Syikin dah terjah pagi-pagi lagi.Puas hati tul dapat apa yang dihajati....4 hari 4 malam tak habis cerita pasal pinggan.So tak sabar-sabar tunggu sales lagi sekali bulan June nanti...after that rushing ke Alor Setar nak survey tiles untuk rumah baru.Nasib baik sempat tiba di Italia kedai tiles, dah hampir nak tutup.Pilih punya pilih...dapat diskaun gak untuk tiles 16"x16"..okaylah harga dia.Pastu rushing ke Perlis untuk arrange painting lak...Rasa lega sangat dapat siapkan rumah ni walaupun banyak habis in cash...Tak per lah...asalkan tak menyusahkan diri sendiri untuk turun naik tangga bank tu.....hati pun sonang...

Monday 5 March 2012

Red Velvet Cakes

                                             Buttermilk dan mascarpone

  RV in a glass...

Sedappp...kek ni!...Dalam banyak2 kek, saya suka kek ini...Saya guna buttermilk yang saya kirim chek moon beli kat KL, kalau nak cari di SP ni memang la tak der!Kalau Buttermilk tak der, leh guna yogurt ka, susu ka...kena campur ngan lemon juice sikit.Tapi saya suka buat RV ngan buttermilk...klu dah sesak sgt buttermilk memang tak der, baru saya guna options 1 or 2.
RV ni saya tak tahu edisi yang ke berapa pasal saya dah banyak kali buat kek ni...First time buat macam-macam jadi, ada yang tak masak, ada yang terlebih rasa cuka...macam-macam!Tapi saya sentiasa buat sampai saya dapat kek yang sedap...kena buat juga sampai menjadi macam resepi yang saya copy ni..irmadilondon
Hari ni kena buat juga RV ni pasal buttermilk dah nak expired tak lama lagi...kena perabih juga!Tapi topping cheese saya cair sikit pasal saya tak letak butter, dah settle godek2 cheese untuk topping baru terperasan yang butter still dalam fridge.Terpaksalah  guna cream cheese yang agak cair tu...tapi dah letak lam peti sejuk, dia beku juga..Kali ni RV saya memang menjadi..pastu bawa pegi office untuk food tester rasa...Kalau dah ramai yang kata sedap tu...memang betul sedap yer!Pagi-pagi morning dah breakfast ngan RV..class gitu!!!....Ada lebihan cheese buat dalam glass macam kat atas tu..Hiasan.. ikut kreativiti sendiri yer!...
So, inilah hasil saya godek-godek RV..

Bahan-bahannya:-
Bahan A
250g tepung kek or tepung gandum*
1 tsp baking powder*
2 tsp serbuk koko*
*diayak bersama
1/2 tsp garam halus

Bahan B
240ml buttermilk*
2tbsp pewarna merah*
*campurkan keduanya dan kacau sebati
kalau tak der buttermilk, boleh guna yogurt asli atau susu segar dicampur dengan perahan lemon atau 1tsp cuka.Biarkan sebati selama 10 min

bahan C
113g butter
300g gula castor (saya guna 280g sahaja)
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

bahan D
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping-cream cheese frosting
250 g cream cheese philadelphia
250g mascarpone
100 g butter atau shortening
1 tsp esen vanilla 
1 cwn gula aising
360ml whipped cream

Cara-cara membuatnya:-
Didalam mixer, pukul butter selama 3 min
Masukkan gula castor dan pukul lagi selama 3 min
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..selang dalam 1 min..pukul lagi hingga sebati
masukkan esen vanilla..pukul lg 1 min saja
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli, mula dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga
Masukkan garam halus, pukul perlahan
Dalam bekas lain, masukkan baking soda dan cuka, tunggu sehingga bunyi berdesir habis kemudian masukkan dalam adunan kek tadi
Pukul secara perlahan dan kaup balik sehingga sebati
Masukkan dalam loyang 8 inci untuk 2 adunan...2 kali bakar sebab oven saya kecil sangat
bakar selama 30 min dengan suhu 160'C
Bila dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai
Untuk topping...Pukul cream cheese,mascarpone dan mentega
masukkan gula aising dan esen vanilla, pukul lagi dalam 2 min
Bila dah sebati, masukkan whipped cream
Pukul perlahan hingga sebati
Sapukan adunan cream cheese ini diantara 2 belahan kek
kemudian lepa seluruh adunan kek dengan cream cheese ini atau boleh dihias cream ini ikut cara anda tersendiri.
masukkan dalam peti sejuk...
selepas itu bolehlah dimakan...


Sunday 4 March 2012

Sup Tulang Siam Style



Hari ini teringin nak makan sup tulang...konon-kononnya nak buat bihun sup, tapi tak menjadi lak...My other half pagi-pagi lagi pergi pasar cari tulang, tulang pun kena beli yang berkualiti...maksudnya tulang tu kena ada lebihan daging. Ada sesetengah peniaga jual tulang...betul-betul tulang, daging dah tak der...Barulah betul-betul makan sup tulang kan!!...Kalau beli tulang, belilah tulang yang dagingnya masih melekat, tulang rusuk paling sedap.Kalau gear box tu, tak sanggup lak rasanya nak masak...kalau nak makan boleh pergi makan kat kedai makan aje la! Kat area SP memang banyak gerai or kedai makan yang khas jual gear box.Memang sentiasa dapat sambutan...
Sup style siam ni normally saya selalu makan kat kedai makan siam belakang ofis saya. Hari ini saya masak sendiri sup style siam lak...Saya kena asingkan sup ini dari sup biasa pasal sup siam agak pedas sebab dicampur cili api.Sup biasa untuk anak-anak yang tak tahan pedas...
So ini resepinya ....

Bahan-bahannya:-
1 kg Tulang rusuk dan tulang belakang yang masih berdaging (cuci bersih dan toskan)
7 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
2 batang serai (dititik)
2 biji bawang besar (dihiris memanjang)
4 biji tomato(belah 4)
1 bungkus sup bunjut Adabi
10 biji cili api (diketuk) (kalau nak power pedas, sila tambah lagi cili api)
2 biji limau nipis (perah untuk ambil jusnya)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 tsb minyak untuk menggoreng bawang merah
Daun sup dan daun bawang secukupnya untuk hiasan (diracik halus)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya untuk merebus sup

Cara-caranya membuatnya:-
Didalam periuk yang sesuai masak air sehingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sup bunjut
Kemudian masukkan tulang, rebus hingga empuk.
Saya didihkan air dulu baru masukkan tulang atau daging supaya sup tak jadi warna hitam...Ini emak saya yang ajar...
Bila daging dah empuk, di dalam kuali lain, sila tumiskan bawang merah untuk jadikan bawang goreng
Kemudian masukkan bawang goreng tersebut sekali dengan minyak kedalam sup
Masukkan cili api, bawang besar, tomato dan jus limau
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Kacau sekejap dan rasa dan jika dah ok semuanya, boleh la  tutup api
Masukkan dalam mangkuk dan tabur dengan daun sup dan daun bawang




Thursday 1 March 2012

New Born

Congratulations untuk ibu-ibu baby comel ni...saat-saat yang paling bahagia sekali bila kita bergelar ibu..tak terkata perasaan gembira dan syukur sangat kan...ini ialah baby -baby my friend ....happy tak terkata dia orang ni bila yang dikandung 9 bulan dah selamat dilahirkan ..maybe lebih sikit dlm 2-3 hari sj..Baby ni semua selamat dilahirkan oleh ibu masing-masing  dlm jarak dekat-dekat saja antara satu sama lain...Tak ingat lak bila birthdate diaorang...

                                          WELCOME DEAR... TO THIS WORLD
                                            Baby boy  Adelina ...comeiiiii sgt!!!!!....

                                            baby Boy Salzulia...comeiiii!!!...

                                                   Baby Boy Aziah.....really cute!!!!

Semoga anak-anak ini sentiasa menjadi orang yang berjaya dimasa hadapan...membahagiakan kedua ibu bapanya...dan penghubung ikatan kasih keluarga....tahniah sekali lagi untuk adeline, sal dan aziah...nanti nak kenduri contact2 la tauke kek n catering kita...chek moon and Hana...
So, coming soon ada 2 org lg ofismate saya tunggu masa..Nurul n Siti....sabaq2 la yer!..tak lama jer dlm perut tu...pejam-celik..pejam-celik...tgk2 dah dok depan mata dah!...Tu lah nikmatnya bergelar seorang ibu...
Didoakan agar chek moon also akan menyusul mereka2 ini juga tak lama lg...Insyaallah!!!...Sapa-sapa diluar sana yang berminat nak menempah b'day cupcake or any celebration cupcake, pulut kuning ka... (area seangkatan dengannya..sg petani, kulim, perai, alor setar or penang) ...leh contact chek moon tel no:012-4780454 or my friend sorang lagi...Hana...pakar RV ni...kek dia semua sedap-sedap...Hana juga ada catering service untuk kenduri kendara...Sesiapa yang interested...Boleh contact2 diaorang ni...

Kek Batik Arora




Terbaca kat blog masam manis, dia memuji-muji kesedapan kek ini..langsung terus terfikir nak cuba juga buat kek ini...Kesedapan kat blog takkan sama ngan hasil real didepan mata..kat blog boleh tengok pic sj and berangan....mesti sedapkan ..hati berkata-kata..kena buat..kena buat...so balik keja, lepas masak bagai terus godek2 cik PC..cari resepi kek arora ni..perjalanan pun sampai ke rumah masam manis pula ambil daripada Cida.Rasa-rasa kat umah CMG pun ada...n then kat umah kak ummi kuantan, kat umah yatie pun ada...dasat tul penangan kek ni..tapi kek otai2 ni semua color2 dia mengancam..kek saya color tak berapa sangat, maklum la masih amatur, masa nak letak perasa pun was-was..banyak mana nak letak ni..tak kesahlah..letak aja nt lps masak baru tgk hasilnya, colornya kurang mengancam..soft gitu..
Tapi kepuasan itu yang penting..takut beb!..takut tak menjadi..
masa keluarkan dari oven..yes! dalam hati ada taman..menjadi gak yer!memang suka sangat...
Tapi saya makan sikit saja, takut lak psl dah kembang sangat ni...bertambah-tambah la kolesterol ku..So saya potong-potong dan isi dalam bekas bawa ke ofis...kat sini food tester ramai...chef-chef yang hebat semua ada di sini..komen-komen daripada mereka sangat-sangat diperlukan, barulah kita tahu hasil sebenar kita...semua kata sedap, Ira kata bau dia sweet sangat macam masuk kedai kek.. so thumbs up to me! lepas tu saya isi lagi dalam bekas, anak saya bawa ketempat tuisyen..habis licin...senang tul hati saya..akhirnya kek itu tinggal bekas saja!..saya suka kalau kek yang saya masak habis..tak membazir kan!!!...
Anyway kek ni saya masak on my birthday date..Happy Birthday to me..28022012...nasib baik bukan on 29th...kalau tidak saya muda belia lg..4 tahun sekali sambut b'day...
Okaylah, saya letak resepinya di sini yer!...

Bahan-bahannya:-
250 g mentega
100g gula castor
3/4 cwn susu pekat manis
250g tepung gandum*
2 tsp baking powder
* diayak sekali
6 biji telur
1 tsp ovalette
perasa pandan
perasa blueberry
perasa oren
perasa koko
perasa strawberry

cara-cara membuatnya:-
Preheat oven 160'
Alas dasar loyang 8" dengan parchment paper dan sapu mentega termasuk tepi loyang, kemudian tabur tepung gandum dan buang lebihan tepung.Ketepikan dan sediakan adunan kek..
Dalam bekas mixer, pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan memutih
Tambah susu pekat manis dan terus pukul hingga sebati
masukkan telur sebiji demi sebiji...sebiji selang satu minit..putar lagi hingga sebati, kemudian tutup mixer
masukkan campuran tepung tadi dan kaup balik hingga rata
Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan tambah perasa kedalam tiap-tiap adunan.
masukkan kedalam loyang secara tompokan hingga selesai
Bakar  selama 45 min
Bila dah masak cucuk bahagian tengah kek untuk pastikan kek masak, kalau lidi keluar bersih bermakna kek telah masak.
keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...