Pages

Wednesday 23 May 2012

Alfatihah untuk Norma...

Alfatihah untuk Norma....kadang kala saya mengikuti kisah Norma sebab saya tak mampu untuk menahan kesedihan setiap kali saya membaca kisah Norma di blog  moon.Dan hari ini Norma telah pergi buat selamanya...semoga suami dan ahli keluarganya yang lain tabah dengan dugaan ini.Alfatihah...Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Pada waktu ini saya masih lagi mengingati kawan saya yang telah pergi mengadap Ilahi....Noriza ...sentiasa dalam ingatan...Alfatihah untuk mereka..

Monday 14 May 2012

Puding Roti



Resepi ni saya ambik from kak Nani.Tengok pic macam sedap jer...bila dah jadi memang sedap...especially bahagian yang berkerak...saya suker sangat!!!....
So sapa-sapa yang berminat nak mencuba sila lah....resepi ini saya buat separuh dari resepi asal kak Nani.
Oh ya! Kak Nani juga ada menjual collagen dust, saya perasan sejak mengamalkan makan collagen ni, sakit belakang dan tangan saya berkurangan...Tidak lagi mengalami kesakitan macam dulu.Collagen ni diperbuat dari sirip ikan yu...so sapa-sapa yang allergic tu...kena minta nasihat doctor dulu.Tapi sepanjang saya mengamalkannya, tidak ada apa-apa alahan dan kesan sampingan yang memudaratkan.Pada yang berminat sila hubungi Kak Nani yer!!!!...

Bahan-bahan:
5 keping roti Gardenia Butterscotch
1 cwn susu segar
1 cwn diary whipping creamm,
1/2 cwn gula castor
3 biji telur Gred A
1 tsb esen vanilla
4 tsb butter
1 tsb gula perang
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
Kismis secukupnya

 Sos Custard
500ml susu segar*
Gula mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki*
2 tsb Tepung jagung*
1 tsp esen vanilla
*Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau.
Kemudian masak diatas api sehingga mendidih.Masukkan esen vanilla.
Kacau sentiasa agar tidak berketul dan sehingga likat .

Cara membuatnya:
Untuk Puding.....
Panaskan oven selama 5 min.
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserol
Susunkan roti
Campurkan susu, whipping cream, gula, telur dan esen vanilla dalam satu bekas dan kemudian pukul sehingga sebati
Kemudian tuangkan bancuhan ini keatas roti
Biarkan roti terendam selama sejam
Selepas itu taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis diatas permukaan roti sebelum dibakar
Bakar pada suhu 160'C selama 30 min.Kalau inginkan permukaan roti agak garing tambahkan lagi 10 min.
Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
Puding ini sedap dimakan dengan sos custard.

Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu dan yang bakal jadi ibu...Sesungguhnya tiada yang yang lebih istimewa apabila kita bergelar seorang ibu.Pemberian daripada seorang anak, tidaklah diharapkan sangat,cukuplah sekadar mengingati dan menghormati serta menyayangi..Itu yang terbaik.. Saya menerima hadiah istimewa....special sangat walaupun hanya sekuntum bunga plastik.ye lah..anak umur 9 tahun...mesti teruja sangat bila cikgu dia jual bunga sempena hari ibu.Langsung dibelinya untuk dihadiahkan kepada ibu dia....Thank you adik Nur Aneesa atas pemberian istimewa ini....terharu sangat.Really appreciate it....

Buttermilk


Buttermilk dah ada dijual di kedai kek Sayang di Sg Petani.Sebelum ini cukup susah nak dapatkan benda alah ni.Buat rv guna buttermilk ni memang gebu sangat kek dia.Permintaan agak tinggi tapi terhad menurut tauke kedai tu.Saya tak lepas peluang...grab juga sekotak.

Thursday 10 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL - (27 apr-6 mei 2012)



Tiba-tiba teringat belum publish lagi story tentang ini.Rosak bahasa bila campur aduk macam ni kan.....Tapi rosak lagi bahasa anak2 muda sekarang..terlampau banyak singkatan..sampaikan anak remaja saya sms ....saya terpaksa ambil masa nearly 10seconds or more utk faham apa maksudnya..dan saya pernah menegur anak saya kerana guna shortform yang buat saya jadi keliru....Tetapi disebabkan sudah jadi kebiasaan mereka, hari ini berpesan..esok semua lupa..dan saya still lagi dapat sms short form..kesian kat mak dia ni....!!!
Tempohari  saya sempat lagi menyertai rombongan Persatuan Penulis Perlis (PEP) menghadiri Pesta Buku Antarabangsa di KL.Tak sangka sama sekali betapa ramainya pengunjung, ribuan manusia menghadirinya.Paling bangga bila ramai orang-orang Melayu meminati buku.Berpusu-pusu manusia keluar masuk bangunan PWTC, sehingga nak berjalan pun ambil masa nearly half and hour dari satu booth ke satu booth.Berada didalam dewan karangkraf saja pun dah berpinar biji mata...Rambang mata memilih dan menilik buku.Paling suka dapat autograph from penulis Ombak Rindu..sapa lagi kalau bukan Fauziah Ashaari.
Syarikat penerbitan Nukilan Unggul Publications juga sempat mempromosi karya sulung mereka...seperti novel diatas....dihasilkan daripada PEP karya asal daripa Ummi Zainab.Semoga banyak lagi karya-karya mereka dimasa akan datang untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di Malaysia.
Bila berada didalam kelompok mereka..penulis-penulis ini...Ya Allah!...betapa bezanya duniaku dan dunia mereka...terasa serba kekurangan...maklumlah kita ni banyak hentam kromo saja, asal jadi....sedangkan mereka sentiasa cuba untuk memartabatkan bahasa....Kadang-kadang alam sekeliling bisa merubah jiwa seseorang....
Ingatkan sempat untuk mengintai demo sulaman riben daripada Suzana Hamzah atau berjumpa dengan Prof. Dr Muhaya.. (senior saya masa sekolah menengah dulu)..favourite juga ni....Tapi semua tak berkesempatan sebab anak-anak saya sibuk dengan aktiviti memilih buku masing-masing.Terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan kerana didalam kesibukan ini takut terlepas pandang.Tangan saya juga tak lepas mengenggam tangan si kecik...takut hilang dalam ribuan manusia.Dalam control pun, anak saya yang besar hilang juga dari pandangan, nasib baik dah besar, dia tunggu didepan pentas dan ada telefon.Senang nak jumpa....
Bagi orang-orang KL mungkin ini pandangan biasa untuk mereka, tapi untuk saya,luarbiasa...sebab saya sudah terlalu lama tidak dihimpit masalah terpaksa beratur panjang untuk membeli barang-barang, traffic jam sampai 3 atau 4 jam..atau mungkin lebih...Sekarang rasa release sangat sebab saya keluar dari masalah kesibukan...pergi keja pun rasa smooth saja...no traffic jam.
Tapi kenapa tak jumpa yer buku-buku masakan Mat Saleh.Tak habis menjelajah kot!!!...
Hopefully tahun depan ada rezeki..nak pergi lagi la PBAKL ni...Best sangat!!!....

Friday 4 May 2012

Oreo cheesecake with blueberry filling




Order from my kakak ipar for majlis pernikahan adik iparnya...Untuk cheese cake ini sy still guna resepi yang sama,basenya saya guna biskut oreo dan toppingnya guna blueberry filling, strawberry, anggur dan cokelat snickers.Pastu saya mekapkan lagi rupanya dengan dark choc.....
Hopefully memuaskan hati pengantin....

Wednesday 2 May 2012

Selamat Hari Pekerja (1 May 2012)

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti untuk semua rakyat Malaysia.Hari ini adalah hari cuti , tak kira untuk sektor awam atau swasta.Pelajar sekolah juga turut bercuti..itulah untungnya jadi rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...