Pages

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Request daripada one of my ofismate..suruh try buat kek ni.Actually HL dah lama dok usha blog blogger lain yang dah buat kek ni.Semua memuji-muji kesedapannya.Pernah juga ternampak dijual di Tesco, tapi tak terasa lak nak beli.
Kalau semua dah puji, sure sedapkan...So, hari ini dengan semangat  waja ni, HL menggodek-godek kembali mixer yang dah lama berehat. Lama dah rupanya HL tak membaking...Sibuk sangat ke????...atau penyakit M dah melanda..
Tapi yang pastinya penyakit M tu lah yang banyak sangat melekat-lekat kat semua dinding-dinding urat saraf ni.



HL refer resepi ni di 2 blog blogger tersohor ni, blog lain pun ada juga.Bila asyik study saja, kejap buka blog sini, lepas tu blog yang lain lak...Hampir kesemuanya HL study.So, resepi semuanya mempunyai persamaan.
Mudahnya kan.....!!!





Bak kata blogger ini masam manis "..menggelungsur laju dianak tekak"...he!he!...memang sedap pun.Kek mungkin kek chiffon biasa saja tapi bila digandingkan dengan krim kustard yang sejuk, memang tak berhenti-henti memakannya.Sekali makan terus 5 cups, alahai!!!!...penternakan lelemak sedang bermula...macam mana ni...Sempat ke Nur Ikien nak merasanya...Kalau tak sempat kenalah buat sendiri kan!!!!....
Sesiapa yang berminat nak membuat sendiri dan makan dengan sepuas-puasnya..bolehlah refer di sini dan juga di sini.HL buat boleh dapat dalam 12 cup kecil dan 9 cup besar.Cukuplah untuk satu family 5 orang.Kalau nak dalam kuantiti banyak, doublekan adunannya.
Boleh juga dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan bagi yang berminat mengambil tempahan kek.
Kek ini juga mungkin agak mahal disebabkan penggunaan telur yang agak banyak di dalam adunannya.Telur kan dah semakin mahal sekarang ini...
So, resepinya HL tak note down kali ini, boleh refer di link yang HL tulis kat atas yer!!...

Selamat mencuba...!!!

Thursday, 15 November 2012

Kek Pisang


Bahan-bahannya:-
2 cwn tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat*
*Ayak semua bahan bertanda
1 cwn gula castor
3 biji pisang (dilenyek)
1/2 cwn minyak mazola
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
sedikit chocolate rice

Cara-cara membuatnya:
Griskan loyang dan preheat oven selama 15 minit
Putar telur hingga kembang
Masukkan gula dan putar lagi hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanilla, putar hingga sebati
Masukkan tepung dan putar perlahan hingga sebati
Selepas itu masukkan chocolate rise dan minyak masak, kaup balik hingga sebati
Masukkan dalam loyang yang telah digris dan bakar selama 45 min dengan suhu 170' celcius

Saturday, 13 October 2012

Chocolate moist cake (kukus)



 Bahan-bahannya:
2 cwn tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
-semua bahan-bahan diatas dicampur dan diayak sekali...ketepikan...

3 biji telur
3/4 cwn gula castor
1 cwn air panas
1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak atau minyak sayuran (saya guna mazola)
1 tsp esen vanilla

Untuk topping:
1 bar cokelat masakan
2 tsb butter
2 tsp gula castor (atau susu pekat)- terpulang pada tahap kemanisan masing-masing...
-cairkan menggunakan kaedah double boiler...

Cara-cara membuatnya:
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8"x8" atau loyang bulat atau bundt pan yang bersesuaian dan sapu dengan sedikit mentega
Putar telur didalam bekas yg bersesuaian
Masukkan gula dan putar lagi hingga gula hancur
Kemudian masukkan tepung dan air panas berselang seli
Putar dengan kelajuan paling perlahan sehingga sebati
Bila telah sebati, masukkan susu pekat, esen vanilla..kaup balik adunan
Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik adunan sehingga sebati
Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega
Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek bila dikukus
Masukkan loyang kedalam pengukus dan kukus selama 1 jam @ 1 1/2 jam...
Bila telah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai..berhati-hati kerana kek ini teramat lembut dan gebu...
Bila telah sejuk, curahkan cokelat yang telah dicairkan keatas permukaan kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Thursday, 4 October 2012

Snow Cheesecakes




Kek ini diadaptasi daripada noorsha dan rasanya memang sedap sekali dengan lapisan cheese yang mewah.Jutaan terima kasih untuk empunya resepi....saya copy paste resepi ini yer!...





Snow cheesecakes
Sumber : noorsha
Kek Span daripada Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahannya:
Untuk Kek Span
100g gula castor
10g ovalette
4 biji telur gred A
100g tepung naik sendiri
20g tepung jagung
1 tsp baking powder
40g air
1 tsp esen vanilla
60g minyak sayuran
sedikit emulco strawberry, pandan & coklat

Untuk krim
250g cream cheese Philadelphia
1 cwn susu pekat manis
1/2 cawan butter
 Putar semua bahan hingga gebu

Cokelat ganache @ nutella
Parutan cheedar cheese

Cara membuatnya:
1. masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak dan emulco pilihan. putar pada high speed level hingga adunan menjadi putih dan gebu.
2. masukkan minyak masak dan gaul sebati dengan spatula sahaja..jangan gunakan mixer sebab adunan kek yang diputar tadi akan jadi bantat kalo kacau minyak guna mixer ni..
3.bahagikan kepada 3 adunan sama banyak dan masukkan sedikit emulco pilihan bagi setiap bahagian. kacau perlahan menggunakan sudu hingga sebati.
4. gris loyang 8x8 dengan butter, masukkan adunan pertama dan bakar pada suhu 130 - 150 C selama 10 - 15 minit. apabila masak, terbalikkan atas redai dan bakar pula lapisan seterusnya menggunakan loyang yang sama.
5. apabila sejuk, kek sedia untuk dihias.

1. letak lapisan kek pertama atas cake board.. noorsha guna lapisan coklat untuk kek yang pertama ni... sapukan cream cheese frosting diatasnya..nak mudah, guna piping bag untuk kerja2 ni.. paipkan keseluruhan permukaan kek dan kemudian baru ratakan dgn pisau khas.. paipan choc ganache diatasnya..klo x dee choc ganache boleh juga pipekan choc spread @ nuttella @ apa2 filling kesukaan..
2. lapiskan lapisan kek kedua. noorsha guna yg strawberry... buat cara macam yang pertama tadi... dan suadahi lapisan ketiga (pandan). sapu keseluruhan kek dengan cream cheese frosting.
3. tabur parutan keju cheddar dipermukaan dan ditepi2 kek tadi.sejukkan selama 3 jam sekurang2nya sebelum dihidang.. yummeyyyhh!!~


Monday, 10 September 2012

Kek Lapis Keju Coklat


Memang dah lama sangat saya mengidam nak melapis kek macam kek DayangJack ini.Kek ini memerlukan komitmen yang agak tinggi juga, kesabaran dan kesungguhan.Barulah menjadi...tapi bagi saya yang pertama kali mencuba ni, nak melapis tak berapa pro lagi, lapisannya tak sama semuanya...terketar-ketar tangan ni sewaktu nak meratakan adunan didalam loyang.
Saya buat berselang seli sebab saya nak sangat dan teruja nak tengok jalur-jalur tu..tapi saya guna tepung gandum pasal tiada tepung hong kong. Namun finishingnya agak kering sikit. Tapi boleh la...untuk amatur seperti saya ni. Tak kisahlah...next time boleh cuba lagi...banyak resepi yang Dayangjack share dalam blognya...bolehlah mencuba lagi lepas ni.
Banyak lagi sebenarnya nak cuba..tak apa sabar-sabar...kita buat satu-satu dulu...yang penting selagi ada blogger nak share resepi mereka selagi itulah ilmu pengetahuan akan bertambah.Terima kasih tak terhingga untuk DayangJack atas perkongsian ini.
Saya sharekan disini resepinya untuk dikongsi-kongsi sesama kita pula...Cubalah...sedap tau!!!....

Kek Lapis Keju Coklat
Sumber : DayangJack

Bahan-bahannya:
Bahan A
7 biji telur Gred A
250g tepung hong kong (saya guna tepung gandum 220g)
180g gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
75ml air ais

Bahan B
250g mentega berkualiti (pada suhu bilik) (saya guna Anchor)
140g cream cheese (pada suhu bilik) (saya guna Philadelphia)
7 sudu besar susu pekat manis

Bahan C
50g serbuk koko (diayak)
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit coklat emulco

Cara membuatnya:-
Panaskan oven selama 5 minit.
Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
Dalam bekas lain, pukul bahan B hingga berkrim
Satukan Bahan A dan B, kemudian putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu adunan dibiarkan kosong dan satu adunan lagi dicampur dengan bahan C. Putar hingga sebati
Bakar adunan kek  lapis demi lapis. Mula-mula adunan coklat dahulu.Anggaran 5 sudu besar satu lapisan, ratakan sehingga memenuhi permukaan loyang.
Bakar dengan suhu 180'C selama lebih kurang 5 minit.
Keluarkan dari oven dan tekan permukaan kek dengan penekan kek. Kemudian masukkan 5 sudu besar adunan tanpa coklat keatas lapisan pertama tadi. Ratakan sehingga memenuhi permukaan loyang.Kemudian bakar dan ulangi proses ini sehingga habis.
Bila telah selesai semuanya, bakar lagi kek dengan suhu 160'C selama 6 minit.
Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven.






Tuesday, 4 September 2012

Kek Lapis chocolate cheese

Kek Lapis Keju Kukus
Sumber : Facebook..saya tak ingat siapa pemberi resepi ini...anyway thanks a lot for the recipe..mmg heaven..dgn chocolate yang digabungkan dengan cheese..satu kombinasi yang hebat.

Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak Bahan A diatas api hingga larut, kemudian angkat dan biarkan sejuk)

Bahan B
1 cwn tepung naik sendiri
Bahan C
3 biji telur (pukul sampai kembang...blender pun boleh)

Masukkan Bahan C dalam bahan A tadi, kacau hingga sebati
Kemudian masukkan Bahan B kedalam adunan dan kacau lagi hingga sebati..sekiranya tepung berketul-ketul sewaktu mengacau adunan..guna pemutar dan putar adunan  dengan kelajuan paling minima.

Bahan Cheese
250g cream cheese
60g gula kastor (boleh kurangkan kalau tak suka manis...saya kurangkan menjadi 40g sahaja)
25ml air
1 biji telur
25g tepung gandum

Pukul Bahan Cheese kecuali telur sehingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.Ketepikan...

Cara membuatnya :
Panaskan pengukus, balut tutup periuk dengan kain untuk mengelak air menitik ke atas permukaan kek
Masukkan separuh sahaja adunan coklat kedalam loyang, kukus selama 10 minit...atau sehingga separuh masak
Kemudian masukkan adunan cheese ke dalam loyang diatas permukaan coklat tadi
Kukus lagi selama 10 minit
Masukkan lagi baki adunan coklat keatas permukaan cheese.
Teruskan mengukus sehingga kek betul-betul masak
Keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk....

Thursday, 19 July 2012

Red Velvet Cupcakes And Death by A Chocolate Cupcakes




Salam..Agak lembab sikit blog ni sejak kebelakangan ini, anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM hujung tahufn ni, so agak busy dan teramat-amat busy dengan tugas seharian, siang hari di pejabat, bila di rumah menjadi surirumah merangkap driver anak-anak...menghantar ke tuition dan ke  mudian menjemput balik dari tuition.Hampir setiap hari ada tuition, so sometimes rasa teramat penat sangat....
Dalam hati ni rasa berdebar-debar sangat, anak-anak yang nak exam, emak pula yang lebih-lebih.UPSR cuma beberapa hari saja lagi, dari 12 Sept hingga 14 Sept...beberapa hari saja lagi tolak cuti, cuti raya lagi....Hopefully Alia akan mendapat markah yang sentiasa dihajatinya dan disebut-sebutnya selalu..Insyaallah!!!!....Selepas itu kakaknya pula Afifah akan menghadapi SPM...gigih belajar untuk mencapai markah yang dihajatinya...banyak peningkatan yang ditunjukkannya sepanjang tahun ini...Semoga kedua-dua anak ini berjaya di dalam exam mereka.
Lepas tahun ni kemungkinan tidak ada lagi peperiksaan seperti ini...tapi cara lain pula...macam-macam perkembangan persekolahan sekarang, tak sama macam generasi dahulu...anak-anak sekarang pun ramai yang cerdik pandai.Bonus untuk mereka juga....
Dalam pada itu sempat juga saya menyiapkan cup cakes permintaan daripada Alia sempena hari jadinya 20 July ini, untuk diberi kepada kawan-kawan sekelasnya dan guru-guru yang mengajarnya.Lagipun ini tahun terakhir Alia di sekolah tersebut, selepas ini belum tahu hala tuju lagi.Masing-masing akan bawa diri menuju destinasi seterusnya...
Saya hanya sempat ambil gambar cakes sahaja, yang lain-lain memang tak sempat pasal dah terlampau mengantuk sangat.Baking cakes dengan oven yang teramat kecil, benar-benar mencabar diri.Sebanyak 60 biji choc cakes saya buat, lepas tu nak packing lagi. Yang ni untuk murid-murid sahaja, untuk cikgu ditunda pasal dah terlampau mengantuk.Pukul 3 pagi baru siap semua.Saya ambil resepi untuk choc cakes daripada sini dan red velvet daripada sini.Semua kejadiannya memang amat-amat sedap sekali...Pada pendapat saya la...Choc cakes saya planning memang nak hias bagai ngan buttercream, but at last saya biar kosong saja pasal saya dah tak terdaya nak membancuh buttercream.Ingat nak tidur saja...
Pada pendapat saya, kalau nak mencuba resepi daripada seseorang, cuba sahaja...dah hasilnya kalau tak menjadi atau kurang menjadi, jangan salahkan pemberi resepi..sebab air tangan masing-masing berbeza...memang adunan sama, ikut sukatan yang diberi..tapi cara olahan mungkin berlainan.So, rasa tetap sama,  cuma kejadiannya mungkin berbeza...sebab cara mengadun atau cara membakar yang berbeza...Cara mengadun bancuhan perlu diambil kira, kalau resepi kata "kaup balik"..gunalah cara tu, janganlah pula pergi putar sampai 15 minit atau lebih...nanti jadi lain pula.Kalau dia kata tepung gandum, guna tepung gandum...kalau kata putar 2 min atau 3 min..ikut sahaja..Insyaallah menjadi...Kalau tak jadi juga...pandai-pandailah buka ÿou tube"...kat situ akan ditunjukkan cara pembuatannya...Sometimes kita lupa sesuatu...kalau fail, cuba lagi..sebaik-baiknya search banyak resepi dan cuba...Setakat hari ini saya banyak mencuba resepi daripada internet, tak ada yang mengecewakan lagi.Kalau ada pun, saya cuba kaji dimana silapnya dan saya cuba sampai jadi juga...

Saturday, 7 July 2012

Rainbow cupcakes


 


Salam sejahtera untuk semua...Cupcakes ini saya follow resepi red velvet, cuma saya omit cuka..Lagipun dah hujung-hujung waktu ni saya nak clearkan semua isi dalam fridge saya pasal bulan puasa dah dekat kan....n....anti nak kena refresh semula.
Sila bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau lebih...lepas tu letak color yang disukai.Yang lain-lain semua sama sahaja macam RV.Saya suka guna cup besar gedabak ni...cepat dibakar dan cepat habis

Friday, 4 May 2012

Oreo cheesecake with blueberry filling




Order from my kakak ipar for majlis pernikahan adik iparnya...Untuk cheese cake ini sy still guna resepi yang sama,basenya saya guna biskut oreo dan toppingnya guna blueberry filling, strawberry, anggur dan cokelat snickers.Pastu saya mekapkan lagi rupanya dengan dark choc.....
Hopefully memuaskan hati pengantin....

Tuesday, 24 April 2012

Green Velvet Cakes




Kek ini saya buat untuk memenuhi permintaan anak saya yang minta saya buatkan kek b'day abah dia.Dalam keadaan yang agak kepenatan dan keletihan, saya penuhi juga permintaan dia.Mula-mula tu planning nak buat rainbow kek, alahai...color tak cukup lak so yg ada color ni saja..jadilah kek baldu hijau ni...tapi saya suka sangat ngan color hijau ni...very soft macam lumut...cantik sangat color dia.Kek ni memang tak jemu saya makan, saya betul-betul suka ngan rasa dia...makan berulang kali sampai tak ingat yang saya sedang menternak lemak-lemak tepu...Nak mehyahcaskan lelemak ni yang paling sukar sekali...So kena beringat-ingat...dan saya bawa ke ofis untuk dijamah oleh kawan-kawan saya ...supaya mereka sentiasa gebu dan sehatttt.....!!!!....

Saturday, 21 April 2012

RV cupcakes again......



RV lagi...yang ni order from kawan saya...really admire to bake this cake...Resepinya boleh refer pada resepi terdahulu.Toppingnya saya guna cream cheese dan mascarpone....mewah gitu!!!....

Thursday, 5 April 2012

RV cupcakes



RV cupcakes in the house lg...Order fr Ira for her majlis kesyukuran cum birthday anak dia.Cupcakes yg penuh tragis...Tuan umah tak reply any SMS or call....Mula la fikir macam-macam...So asyik usung ke sana sini CC ni...maklumlah tuan tanah ni busy sgt...weekend mmg jd bas sekolah...Penat mmg penat tp demi anak2 kena gagahi juga ...awal2 tahun ni sekolah mmg full ngan aktiviti...mostly everyday ada aktiviti n homework usah cakap lah....nasib baik mama depa ni cita2 nak jd cikgu..tapi tak kesampaian...so jd cikgu kat umah aja la. Sora usah cakap la..dr low tones sampai high tones...sampai ada sesetengah soalan tu jenuh fikir nak solve....Tp bila si kecik bebai tak leh jawab bahasa Arab, mama dia surrender...mmg tak leh tolong pasal mama depa mmg tak tahu arabic....so capai handphone kena call nenek depa la....nenek depa terer arabic ni...solve problem, anak kecik pun senyummmm saja.....
Berbalik pd kisah CC ni, sampai kat tuan umah..dah lewat malam...nasib ler!Nak buat macam mana...tak sempat nak deliver....Tp tuan umah puji sedapppp...he!he!...sy rasa mcm ada garden jer lam hati ni!!!...Thanks Ira...At least boleh asah skill lagi....tu buat corak atas tu!!!!...Suker sgt !!!!....

Wednesday, 4 April 2012

Mini pavlova



Pavlova ini saya buat bersaiz kecil saja, saya rasa cara ini lebih terasa crunchynya...Lagipun ianya kurang manis dan pavlova ini juga masak sekata. paling penting senang nak makan.Kalau yang besar tu, saya kurang suka sangat so saya buat style mini...resepinya sama saja seperti yang bersaiz besar.Masukkan meringue dalam piping bag dan piping sebesar siling 50 sen.Resepinya daripada irma lagi.
Untuk whipping cream, tak perlu letak diluar untuk suhu bilik, just ambik direct from peti sejuk dan terus putar sampai dia gebu...kalau rasa lambat lagi nak makan pavlova ni, masukkan whipping cream tersebut dalam piping bag dan simpan lam freezer.Bila nak makan baru paipkan atas pavlova dan hias dengan buah yang anda suka..sebaik-baiknya buah yang masam....buah pun ambik direct from peti sejuk...makan pavlova ni macam makan ais krim..dia cair didalam mulut...memang sedaplah!!!...cuma jangan amalkan yer pasal dia manis sangat nanti kena potong kaki lak!!!...kena control sugar yang kita ambik seharian....Makan, makan juga...kesihatan kena jaga....

Friday, 23 March 2012

Class Kek Hantaran





Hari ini sepanjang hari menghadiri kelas kek hantaran, berguru ngan Rani. Dah lama sangat berhajat nak belajar this favourite flower ngan Rani, tiba-tiba sahaja my friend chek moon ajak join.So apalagi...setuju ajelah...Ye lah..klu dok planning2, rasa-rasa tak menjadi...banyak benda juga yer yang kita dapat hasil dari berguru ni.Rani juga ramah orangnya..suka berbual..so apalagi semangat nak belajar tu lagi membuak-buak.
Mula-mula nak buat tu memang rasa kekok sangat, but Insyaallah..boleh training lg di umah lps ni.Teknik-teknik dah belajar cuma nak memahirkan aje lagi.
Memang puas hati tul dapat menghasilkan  kek secantik ini ...puji-pujian untuk diri sendiri lak!rasa macam tak caya..selama ini asyik tengok di blog orang je.Now dah depan mata..nak makan pun sayang...
Sesiapa yang berminat nak belajar leh contact Rani....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...