Pages

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Apam Mekar


Resepi ini saya ambil dari chef hanieliza  yang femes tu, dari sini . So saya tuliskan resepinya disini supaya senang untuk saya buat rujukan dikemudian hari..

Bahan-bahannya:
250g gula castor
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
200ml susu segar
300g tepung gandum
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanilla

pewarna
acuan kertas

cara-caranya:
Panaskan kukusan
Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan tepung gandum, susu dan ovalette.Pukul lg sehingga gebu
Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk
masukkan pewarna merah kedalam satu adunan dan kacau hingga sebati dan juga satu mangkuk lg masukkan pewarna hijau.
satu mangkuk lagi tidak perlu ditambah pewarna
masukkan setiap adunan dalam piping bag
picitkan serba sedikit adunan berlainan warna kedalam mangkuk kertas
Letakkan acuan kertas dalam mangkuk apam dan kukus selama 15 min.
Gunakan api kuat yer!
Bila dah merekah...bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai..

Apam polkadot


Yang ni pun laporan tertangguh juga, dah agak lama buat apam polkadot ni.Saya ambil resepi ini daripada hana , pic step by step juga ada. Boleh BW ke blog Hana.Macam-macam resepi ada.
Sekarang ni dah ada macam-macam dot dan paten..ada angry bird juga...Tapi yg ni saya nak share resepi asasnya sj, design atasnya boleh buat apa saja paten...nak lukis apa pun boleh..terpulang pada tuan empunya diri...
Rasanya mmg sedap, lembut dan gebu , boleh dipelbagaikan fillingnya juga..saya guna blueberry and strawberry filling.Bagi saya resepi hana ni dah teramat ok pasal apamnya walaupun dibiarkan seharian, dia tidak keras.Untuk filling boleh juga guna peanut butter, nutella atau kaya...
Anak-anak kecil mmg suka kalau ada kuih colorful mcm ni...berebut2...So,ini resepinya yer...

bahan-bahanya:-
Bahan apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220 g gula castor (saya guna 200g sahaja)
150ml susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovalette
1 tsp Esen vanilla

Filling blueberry or strawberry
Pewarna & mangkuk kertas secukupnya

cara-cara membuatnya:
masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan yg maksima dalam 6-8 min
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengkut citarasa anda
Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag
picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas size M yang telah disusun didalam acuan lompang
Kemudian letakkan  filiing secukupnya
Picitkan lagi adunan samada sama warna atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh, menutupi filling
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, biarlah berlainan warna jadi boleh nampak pebezaannya
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 min.Guna api sederhana sj.
Lapkan air dibahagian dalam penutup kukusan setiap 5 min supaya airnya tidak menitis atas apam.
atau balutkan penutup dengan kain kasa supaya air tak menitis atas apam
Bila dah masak bolehlah angkat dan sejukkan diatas redai, jangan biar di dalam pengukus nanti bahagian bawah apam akan menyerap lembapan yang berlebihan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...