Pages

Wednesday 29 February 2012

Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri


Ikan tenggiri yang dipancing...



Ikan Tenggiri yang dipancing oleh my other half..besar sgt...dlm 3 kilo lebih..Semua 17 ekor yang berjaya dipancing oleh team2 dia orang...So kena divide , sorang dapat dalam 3 ekor. Seekor hantar balik kampung and yang seekor lg sedekah kat jiran-jiran.So dalam fridge ada lagi sekor...
Saya buat asam pedas ni dalam 2 ketul saja, kalau buat banyak takut tak habis pula...so buat cukup-cukup saja. Pada saya asam pedas ni memang sedap, ada rasa pedas dan masam-masam...Tambah-tambah kalau boleh hirup kuah dia...makan pula ngan nasi panas-panas dengan ikan cencaru yang dipancing juga, saya rebus saja ikan cencaru tersebut, nak bakar bagai dah tak sempat pasal penat kerja tak hilang lagi dan anak-anak dah lapar sangat...  ada pula budu, cencalok dalam menu...semua saya makan..macam-macam negeri ada dalam hidangan...so ini resepi asam pedas..cencaru rebus semua org tau..

Asam Pedas Tumis

2 ketul ikan tenggiri
20 biji cili kering (direbus dan blender hingga hancur)
1 tsp jintan manis*
5 ulas bawang merah*
*tumbuk hingga hancur
Segenggam daun kesum
2 btg serai dititik
2 biji tomato
5 btg bendi (saya tak letak pasal tak der stok)
1" belacan (Belacan "Kola Perlis" mmg sedap..)
2 keping asam gelugor
Sedikit garam dan serbuk perasa
2 cwn air

Cara-cara membuatnya:-
Panaskan 2 sudu tsb minyak didalam periuk.
Tumiskan bahan tumbuk, serai dan cili yang diblender sehingga masak dan naik minyak
Kemudian masukkan 2 cwn air, asam gelugor,belacan... kacau sebati dan biar hingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan ikan dan daun kesum
Bila ikan dah hampir masak masukkan tomato,bendi, garam dan serbuk perasa, kacau sebati dan biar hingga masak
Bila dah masak, tutup api..dan sendukkan dalam mangkuk..hidang ngan nasi panas-panas..


Nasi Ayam Ipoh





Sekarang ni rasa masa semakin limited...banyak keja nak buat, nak settle..
Resepi-resepi yang saya letak lam blog ni pun semuanya edisi tertangguh.Tak boleh nak buat on the spot disebabkab kekangan masa.
Hari ni saya salin resepi nasi ayam Ipoh from blogger fofular ni...sapa lg klu bukan masam manis.Rajin betul Ita snap gambar yang cantik-cantik, mesti set-up giler2 punya...Cantik2 pic dia, org yg melihat pun teruja ngan kerajinan Ita...Betul!...tergoda ngan pic2 fr Ita, harap-harap Ita akan bertambah semangat untuk memasak dan mempamerkan persembahan masakan Ita yang 5 star tu...
Saya rasa dah 3 kali saya masak nasi ayam ni..sedap sgt..anak-anak semua suka...anak-anak saya cukup suka makan nasi yang ada color macam kuning2 sikit..may be dia orang rasa special dan sudah tentu rasanya sedap sangat kan....
Before ni buat nasi ayam ni, saya tak snap pic..kali ni saya snap juga..untuk simpanan sendiri and untuk rujukan diluar sana..Sesiapa saja yang berminat boleh cuba masak nasi ni...betul!..saya tak tipu..memang sedap...
Saya copy paste saja yer resepinya disini dan terima kasih tak terhingga untuk Ita  atas resepi ini...

 Nasi Ayam Ipoh....
Sumber : Quinnie Dan Masam Manis

Sup Ayam
air secukupnya 
4 bawang putih diketuk 
3 inci halia di hiris 
3 helai batang bawang 
1 biji sengkuang dipotong dadu 
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih. 
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Ayam Bakar atau Goreng


1 ekor ayam 
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka 
1 sudu besar madu 


Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. 


Nasi Ayam
4 mug beras 
4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan 
2 sudu besar sos tiram 
2 helai daun pandan 
4 sudu mentega


Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Cili Merah


10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah 
sedikit halia - ambil dari rebusan sup 
5- 6 biji bawang putih 
1 biji limau kasturi atau nipis 
sedikit air dari air rebusan ayam 
garam dan  gula secukupnya


Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata. 

Tuesday 28 February 2012

Marble Cake









Edisi tertangguh lg...kek ini sy buat since minggu lepas lg..dah hadam pun..tersangat busy sampai tak sempat nak ketuk keyboard.Hati ni meronta-ronta nak duduk depan PC, tak payah buat apa pun.Mengadap PC sj..tp sy tak boleh buat..pasal byk lg keja rumah yang tak settle.So, download pic dulu..dgn BB yg slow giler...last2 dr 2 hari jd seminggu...so kena juga curi2 masa juga arini..kasi settle...
Resepi kek ini saya ambil dari sini, sapa lg klu bukan CMG tersohor ni..
Tapi saya punya kek ada kecacatan, selepas keluarkan dari oven saya tidak keluarkan kek terus dari loyang so dia mendap,kulit luarnya pun kedut seribu mcm tak cukup Vit C lak..itulah kesilapan teknikal sikit.Ini adalah pengalaman dan jd pengajaran kat saya juga...Next time Noor kena hati-hati kay!!!!...pesanan utk diri sendiri...
Saya salin resepinya di sini untuk rujukan sapa-sapa yang berminat nak mencuba...Don't wori, resepi CMG ni mmg tulus dan ikhlas...saya suka sangat ngan resepi fr CMG b'coz tulus dan ikhlas....

KEK MARBLE
Sumber : CMG

Bahan-bahannya:
300g mentega (saya guna SCS butter)
280 g tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsb susu tepung* (* disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A
250g gula pasir
1 tsb ovalette (cake stabilizer)
30g gliserin (boleh ganti dgn susu sejat)
20g air
1 tsp esen vanilla
1 tsb coklat emulco

Cara Membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 180'C
Lenser tin ukuran 9"
Alas dasar tin dgn kertas minyak, lenser kertas td, ketepikan...
Putar mentega hingga kembang dan gebu.Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis.Gunakan kelajuan perlahan, gaul rata dan ketepikan
Dalam mixing bowl lain, pastikan bersih dan kering yer...Klu lembap sila lap hingga betul-betul kering...Tak mau mixing bowl yang basah-basah or lembab
Masukkan gula pasir dan ovalette, putar perlahan hingga gula dan ovallete bergaul rata. Masukkan telur semua sekali dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu
Perlahankan speed dan masukkan adunan tepung tadi.Putar sebati...Masukkan esen vanilla, gliserin dan air.Kacau rata.bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lg campur dengan coklat emulco. Kacau rata...Sudukan ke dalam tin kek secara berselang seli, buat hingga siap. Kemudian ambik pisau atau chopstik  dan buat lorekkan pada adunan kek tadi.
Kemudian bakar 50-55 min, bila dah masak, keluarkan dan cucuk dengan lidi di bahagian tengahnya. Jika lidi itu keluar bersih, bermakna kek telah masak.
Keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas jaringan.


Sunday 19 February 2012

Si Puteh Gebu



.Anak saya Aneesa nak kucing..Hari-hari kumpul duit sekolah dia,sebab nak beli kucing bulu kembang.Saya rasa kesian pulak..kumpul duit sampai tak makan kat sekolah.Hari-hari jengah mudah.my kerana nak beli kucing.Suami pula sampai pergi Jitra dr Sg Petani, kerana nak tgk kucing, tapi tak der rezeki...orang lain dah sambar dulu.
Saya pun dah mati akal, kat mana nak cari, tny kat pet shop tmn sejati, semua above RM500..tak byk choise,anak kucing RM500, kucing besar semua range RM600 above..mahal pulak rasanya...Rasa kesian sangat ngan Aneesa..everyday asyik tanya pasal kucing.Aneesa ni memang sukakan binatang...cita-cita nak jadi doctor haiwan...Insyaallah!!!...
Lagi satu pet shop kat Tmn Tunku Haminah,Tmn Ria..semua above RM1000...lg la mahal...
Takkan nak melabur sebanyak ni kat kucing...nasib baik ofismate saya bagitau ada satu lg pet shop kat Lagenda Heights, kucing dia semua RM500...So petang tu balik keja, saya terus pegi kedai tu...banyaknya kucing kat kedai auntie ni...besar kecik...macam-macam species semua RM500...
At last saya berkenan ngan si Puteh kat atas tu...terus bayar booking..mlm baru pergi semula kedai tu untuk ambil si Puteh.Sukernya Aneesa dapat Puteh...
Sepanjang bela si Puteh...patutlah ada orang mati-matian bela kucing..mcm bela anak...rupa-rupanya kucing ni boleh release tention juga yer...sepanjang hari penat di tempat keja..ngan kerenah manusia.Bila balik umah..semua cari Puteh..main ngan Puteh...saya pun cari dia dulu..belai-belai dia...
Actually dulu saya memang tak suka kucing..tak pernah ada kucing dirumah..mmg tak suka..tapi sejak ada si Puteh ni..dah jadi terbalik dah..Tiap-tiap minggu pegi pet shop..tgk kucing jer!..Rasa tak beli dah..mahallll!!!!...Tunggu je lah si Puteh ni jd ibu...Boleh dapat anak kucing free....

Carrot Cake (Order fr kakak ipar)




Thanks to kak Na for the above orders...lain kali order lg tau.

Nasi Lemak halba sambal bilis dan telur dadar



Bangun pagi, teringin nak makan nasi lemak, nak keluar beli rasa malas sangat. Anak-anak  lak ada aktiviti disekolah so kena sediakan sesuatu yang boleh mengeyangkan mereka sehingga lunch.Bahan semua ada, masak nasi lemak ajelah...paling simple...Tapi saya rasa ada juga yang tak pandai masak nasi lemak kan..kan..kan!!!!...Don't wori, belajar dulu lama-lama pandai le!...Saya dulu pun tak reti masak, bila ada minat, buat apa pun jadi...first time nak buat cekodok pun saya terpaksa selak resepi...sekarang dah terer dah!..
Ni resepi nasi lemak yer!

Bahan-bahannya:
2 1/2 cwn beras..(cuci bersih yer!)
3 cwn santan ( guna cwn utk sukat beras juga)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
1 btg serai
1 helai daun pandan (disimpul)
1 tsp halba (dicuci dan toskan)
1 tsp jintan manis (dicuci dan toskan)
1 tsp garam halus
 Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kemudian masak nasi seperti biasa sehingga masak.Bila nasi dah masak, gemburkan nasi...Kemudian sediakan sambal ikan bilis atau apa saja sambal dengan telur dadar atau telur rebus...
Selamat menjamu selera....



Saturday 18 February 2012

Kek Karamel Chocolate Moist




Setiap hari saya buka tutup blog dirabakers...teringin sgt nak buat kek choc moist ni.Tengok pic kat blog tuan empunya pun dah terliur sangat.Setiap hari juga saya studi macam mana cara nak buatnya sebab saya terfikir...klu karamel diletak ngan choc moist mesti hancus...rupa-rupanya kita kena bakar atau kukus dulu karamelnya sehingga masak dan beku.Barulah dituang adunan choc moist.
Percubaan pertama menjadi...suker sangat...anak-anak puji kata sedap.Bawa ke ofis..kwn2 kata sedap...so rasa happy sangat.Anda diluar sana patut mencuba kek ini..memang sedap...
Saya salin  resepinya di sini yer...  resepi asal  daripada munira baharum
~kek coklat moist~ (resepi munira baharum)

bahan A:
1 cwn serbuk koko*
1 cwn susu cair*
1 cwn susu pekat (saya guna 1/2 cwn shj)*
1 cwn gula (saya guna 1/2 cwn shj)*
1 cwn minyak msk*
*semua bhn di atas digaul sebati n msk atas api perlahan...
Bila bahan dah sebati, tutup api dan rehatkan sekejap


bahanB:
3/4 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil  baking powder*
*semua bahan diayak


bahanC:
4 bj telor (blender pun boleh)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:
bahan-bahan:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair (saya guna 1 tin)
50gm gula castor (saya guna 70 gm)
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur (saya guna 3 biji kuning telur + 2 biji telur saiz A)
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sikit karamelnye tu...(saya bakar 20min)
Kemudian keluarkan dari oven dan tuang adunan kek diatasnya
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai msk...suhu 160c...
Keluarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit atau sehingga betul-betul sejuk baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**

**pastikan karamel dibakar atau dikukus sehingga  beku , baru tuang adunan kek diatasnya...



Saya jamin sedap kek ni...anda diluar patut mencuba





Ayam sambal hutan


Resepi ini saya gandingkan dengan nasi jagung...Sedap sgt rasa masakan ni, saya ambil resepinya dari sini. Anak-anak pun suka sebab tidak berapa pedas sgt, klu nak pedas kena tambah cili lagi.Saya sediakan acar rampai juga.Tapi tak ambil gambar pun, saya rasa ramai yang pandai buat acar.
Kepada sapa2 yang berminat, boleh cuba masak hidangan ini..memang sedap dan tidak akan mengecewakan selera anda...
Saya copy paste yer resepi ni..Thanks a trillion to masam manis
Resepi Asal : Hjh Alijah Abdullah
Bahan-bahan
1 ekor ayam ~  di buang kulit dan lemak dan dipotong mengikut selera
2 cm lengkuas ~ dititik
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 sudu makan biji ketumbar (saya tak letak sebab tak der)
2 sudu teh jintan halus
15 tangkai lada kering ~ rendam hingga lembut
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2 cm kunyit hidup

Gaul ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar
Panaskan  1 senduk minyak dan tumis serai dan lengkuas sehingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata
Masak hingga bahan rencah garing dan terbit minyak 
Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat
Taburkan gula dan garam secukup rasa
Enak di makan bersama nasi dan roti.

Nasi jagung


Nasi Jagung Berserai
Sumber : CMG

Resepi nasi ni saya ambil from blog Cik Mat Gebu lagi.Cuba masak nasi ni untuk anak-anak...Mereka kata sedap sgt.Kadang-kadang idea memasak ni mmg tumpul terus..so kena la jenguk2 umah jiran..apa yer CMG masak..menarik juga nasi ni...Bila hari minggu memang saya akan cuba juga buat sesuatu yang lain dari hari biasa.Al maklumlah saya bekerja, so bila balik kerja saya teramat-amat penat...makan pun semua simple-simple.
Hidangan tengahari ni adalah resepi tertangguh juga..niat di hati nak update blog ni kalau boleh hari-hari.Tapi tak kesampaian juga...saya cuma update bila saya ada masa terluang saja.Kalau sibuk sangat or penat sangat..memang saya perlukan masa untuk rehat betul-betul.Blog pun akan sepi juga...
Ok disini saya salin resepinya yer!!!...

Bahan-bahan:-
4 cwn beras basmathi (cuci dan toskan)
1 cwn air dari jagung dalam tin*
1 cwn susu cair*
4 cwn air*
(* disatukan)
1 helai daun pandan-disimpul
1 cwn jagung dlm tin
1 cwn kacang peas dlm tin (yg ni saya tambah) 
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan tumis:-
1 biji bawang besar dadu (saya blender pasal anak-anak tak suka bawang, bila blender mereka tak perasan)
1 inci halia- diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk
1 btg serai-ditik
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung atau minyak masak

Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga harum
Masukkan beras dan gaul rata, goreng sekejap.Kemudian alihkan ke dalam rise cooker.
masukkan jagung, daun pandan, air+susu+jus jagung.
Masukkan sedikit garam, kacau dan biarkan nasi masak...
Bila nasi dah masak..gembur-gemburkan nasi tersebut...
Boleh dimakan dengan sambal ayam ..

Friday 17 February 2012

Pekasam ikan Puyu Aziah


Pekasam ikan puyu saya beli daripada Aziah, kawan satu ofis.Ikan puyu ni sebesar ibu jari je...bayangkan emak Aziah betapa rajinnya dia menyiang ikan yang kecil-kecil ni.Saya sendiri rasa tak sanggup...Pekasam ni sedap sgt..homemade...Dimakan dengan lauk-lauk sampingan sebagai juadah tengahari..Saya goreng saja sehingga garing dan kemudian campurkan cili dan bawang merah yang diracik..goreng hingga garing...sedap sgtt...masa nak goreng ikan ni, tak perlu cuci serbuk pekasam ni..just goreng terus sehingga garing.

Monday 13 February 2012

Sardine puff

Kali ini saya letakkan resepi yang paling ringkas dan simple...bahan-bahan mudah didapati.Sesuai untuk minum petang..

Bahan-bahannya:
Pastri puff jenama KAWAN (ada di jual pasaraya2) (saya beli di Giant Sg. Petani..di Tesco..dah cari tp tak der) (1 pack ada 10 kpg)
Sardine
2 biji Kentang
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara membuatnya:
Defrostkan kulit puff
Potong dadu kecil-kecil ubi kentang dan bawang besar
Boleh tambah 2 biji cili merah..kalau suka..potong halus juga
Sardine dihancur-hancurkan
Kemudian tumiskan kentang dan bawang besar sehingga lembut
Masukkan sardine, sedikit garam dan lada sulah
Kacau hingga sebati
Tutup api dan biarkan sejuk
Bila dah sejuk, letakkan diatas kulit puff pastri
Boleh buat seperti bentuk diatas atau cara lain
Kemudian sapu telur diatas kulit puff
lenserkan mentega atas loyang sebelum letak puff
Bakar dengan suhu 180'C selama 25 minit
(Inti utk puff boleh dibuat drp isi ayam atau daging...terpulang pada diri-sendiri)

Thursday 9 February 2012

Oreo Cheese cake

Cheese cake lg..kali ni oreo cheese cake lak! Order fr anak saudara saya yg tgh study kat Matrik Kulim...Dia teringin nak mkn coz selalu saya tag sj pic2 kek yg sedap ni kat dia...At last sy terima lamaran dia utk buat sebijik cheese cake..kesian lak rasanya klu tak buat..nanti dok teringat2 lg..tak mao la jd mak sedara yg kejam lak!!
...anyway didoakan agar Farah dapat menamatkan matrik ni dgn cemerlang sekali n then leh continue lg ke mana-mana U.Dpt p obersee lg syok!!Klu kita tak ubah diri kita sapa lg yang nak ubah kan..kita sendiri juga yg kena ubah..pendidikan adalah aset yg tak ternilai untuk anak2 generasi masa depan..juga untuk diri kita juga!...Tak kira brp pun umur kita..sentiasa kena membaca untuk menambah ilmu...
Ok lah..melalut panjang lak..ni resepinya..nak penerangan yang  detail sila BW ke blog irmadilondon
Saya minta izin salin resepinya di sini yer!

Resepi asal from irma
Bahan-bahan utk dasar biskut
2 cwn penuh biskut oreo (klu suka tebal, lebihkan biskut)
2 tsb butter
1/4 cwn brown sugar
1 tsp serbuk kulit kayu manis (saya tak letak)

Bahan-bahan untuk Cheese Cake
2 ketul cream cheese Philadelphia (1 ketul beratnya dlm 250g)
1 cwn gula castor
1/3 cwn sour cream
3 biji telur
2 tsb tepung gandum
1 1/2 tsp esen vanilla
1 biji lemon (perah dan ambil jusnya)
1 1/2 cwn biskut oreo yg dipatahkan (belah 4)

Hiasan
1 paket kecil milk chocolate
1/2 cwn whipped cream (saya guna blueberry filling n buah-buahan spt dlm  gambar)
 
Cara-cara membuatnya :-
Biskut oreo perlu dibuang cream dibahagian tengahnya.Kemudian kisar dlm pengisar kering...juga boleh beli yang dah siap hancur dikedai-kedai kek.
Kemudian gaulkan dengan butter yang telah dicairkan.Masukkan brown sugar dan serbuk kulit kayu manis.
Gaul lagi sehingga sebati dan boleh dikepal-kepalkan.kalau berderai juga, tambah butter sikit lagi..
Kemudian tekankan didalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak
Sejukkan didalam peti ais sebentar dan teruskan kerja untuk membuat adunan cheese cake lak..
 
Pukul cheese dengan mixer dalam 3-4 minit sehingga kembang.Gunakan kelajuan sederhana saja yer!Jgn terlebih pukul lak..agak-agak dah kembang tu sila berenti...
Kemudian masukkan gula dan pukul lg dlm 3-4 min sehingga sebati
Masukkan sour cream dan pukul lg, sehingga sebati..dlm 3-4 min juga..
Kemudian masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla, putar hingga sebati...jgn lama2 tau..dlm 2 min sj..
Pecahkan telur sebiji kedalam adunan cheesecake dan putar dlm 1 min..Kemudian telur yg k-2..1 min juga,sehingga telur yg ke-3...putar lg dlm 2 min hingga sebati
Selepas itu kaup tepi-tepi mixer yang bersepah tu...kaup balik dlm 1-2 min
Tuangkan bahan cheesecake dlm loyang tadi...kemudian masukkan biskut oreo yg dipatah-patahkan..
selepas itu bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan kaedah bain marie..selama 50min dgn suhu 160'C..
Bila dah masak, keluarkan loyang berisi air dan biarkan kek didalam  oven selama 1/2 jam..
Renggangkan sedikit pintu oven
Bila dah agak-agak sejuk,masukkan dalam peti ais, may be selepas 2 @ 3 jam ..dah boleh keluarkan dari loyang...
Kemudian hias ikut kreativiti masing-masing...
klu tak mau makan, biarkan kek didalam  peti sejuk yer!
 

Carrot cake


Kek yang sedap ni saya perolehi from blog sorang blogger yang femes lagi gebu, sapa lagi kalau bukan CMG. Saya sula BW ke blog CMG, dari perlis sampai johor saya jelajah cari makan..akhirnya singgah kat Sedenak..Best resepi2 fr CMG ni..dr resepi kg sampai NY..semua ada...Nak makan apa semua ada..browse sj lam internet n masak pastu makan..
Resepi fr CMG ni untuk 1 adunan, saya buat pertama kali...rasa macam tak cukup lak..Lps tu saya buat lg tapi saya kena doublekan adunan..kasi besar gedabak sikit mcm pic kat atas tu.Deco still amatur lagi, it's ok..untuk makan2 sefamily sj..Sori la!..tak ingat nak ambil pic potongan kek lak..
Saya suka nenas yang CMG sarankan..coz rasanya mmg sedap..Ini pendapat saya la! Pendapat org lain sy tak tau..saya pernah guna epal hijau..tp saya tetap suka nenas lg..kacang walnut juga boleh diganti dengan badam...sy pernah try guna badam..sedap juga...May be macam-macam buah kita boleh letak..buah dadu saja tak leh! Patah gigi kang..Pendek kata resepi CMG ni mmg dah complete...satu lg yg saya suka kek fr CMG kandungan gulanya tidak berlebihan..orang kata "manis buah"...Pada sesiapa yang rajin tu, BW ke blog CMG..pasti anda terliur...saya copy paste sj resepi ni fr blog CMG, CMG pulak dapat dari kak Ida 1001 resepi
Thanks a trillion to both of them...atas resepi yang sedap ni..

Sumber : CMG & kak Ida 1001 resepi
BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Wednesday 8 February 2012

Apam Mekar


Resepi ini saya ambil dari chef hanieliza  yang femes tu, dari sini . So saya tuliskan resepinya disini supaya senang untuk saya buat rujukan dikemudian hari..

Bahan-bahannya:
250g gula castor
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
200ml susu segar
300g tepung gandum
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanilla

pewarna
acuan kertas

cara-caranya:
Panaskan kukusan
Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan tepung gandum, susu dan ovalette.Pukul lg sehingga gebu
Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk
masukkan pewarna merah kedalam satu adunan dan kacau hingga sebati dan juga satu mangkuk lg masukkan pewarna hijau.
satu mangkuk lagi tidak perlu ditambah pewarna
masukkan setiap adunan dalam piping bag
picitkan serba sedikit adunan berlainan warna kedalam mangkuk kertas
Letakkan acuan kertas dalam mangkuk apam dan kukus selama 15 min.
Gunakan api kuat yer!
Bila dah merekah...bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai..

Apam polkadot


Yang ni pun laporan tertangguh juga, dah agak lama buat apam polkadot ni.Saya ambil resepi ini daripada hana , pic step by step juga ada. Boleh BW ke blog Hana.Macam-macam resepi ada.
Sekarang ni dah ada macam-macam dot dan paten..ada angry bird juga...Tapi yg ni saya nak share resepi asasnya sj, design atasnya boleh buat apa saja paten...nak lukis apa pun boleh..terpulang pada tuan empunya diri...
Rasanya mmg sedap, lembut dan gebu , boleh dipelbagaikan fillingnya juga..saya guna blueberry and strawberry filling.Bagi saya resepi hana ni dah teramat ok pasal apamnya walaupun dibiarkan seharian, dia tidak keras.Untuk filling boleh juga guna peanut butter, nutella atau kaya...
Anak-anak kecil mmg suka kalau ada kuih colorful mcm ni...berebut2...So,ini resepinya yer...

bahan-bahanya:-
Bahan apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220 g gula castor (saya guna 200g sahaja)
150ml susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovalette
1 tsp Esen vanilla

Filling blueberry or strawberry
Pewarna & mangkuk kertas secukupnya

cara-cara membuatnya:
masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan yg maksima dalam 6-8 min
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengkut citarasa anda
Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag
picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas size M yang telah disusun didalam acuan lompang
Kemudian letakkan  filiing secukupnya
Picitkan lagi adunan samada sama warna atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh, menutupi filling
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, biarlah berlainan warna jadi boleh nampak pebezaannya
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 min.Guna api sederhana sj.
Lapkan air dibahagian dalam penutup kukusan setiap 5 min supaya airnya tidak menitis atas apam.
atau balutkan penutup dengan kain kasa supaya air tak menitis atas apam
Bila dah masak bolehlah angkat dan sejukkan diatas redai, jangan biar di dalam pengukus nanti bahagian bawah apam akan menyerap lembapan yang berlebihan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...