Pages

Thursday 9 February 2012

Oreo Cheese cake

Cheese cake lg..kali ni oreo cheese cake lak! Order fr anak saudara saya yg tgh study kat Matrik Kulim...Dia teringin nak mkn coz selalu saya tag sj pic2 kek yg sedap ni kat dia...At last sy terima lamaran dia utk buat sebijik cheese cake..kesian lak rasanya klu tak buat..nanti dok teringat2 lg..tak mao la jd mak sedara yg kejam lak!!
...anyway didoakan agar Farah dapat menamatkan matrik ni dgn cemerlang sekali n then leh continue lg ke mana-mana U.Dpt p obersee lg syok!!Klu kita tak ubah diri kita sapa lg yang nak ubah kan..kita sendiri juga yg kena ubah..pendidikan adalah aset yg tak ternilai untuk anak2 generasi masa depan..juga untuk diri kita juga!...Tak kira brp pun umur kita..sentiasa kena membaca untuk menambah ilmu...
Ok lah..melalut panjang lak..ni resepinya..nak penerangan yang  detail sila BW ke blog irmadilondon
Saya minta izin salin resepinya di sini yer!

Resepi asal from irma
Bahan-bahan utk dasar biskut
2 cwn penuh biskut oreo (klu suka tebal, lebihkan biskut)
2 tsb butter
1/4 cwn brown sugar
1 tsp serbuk kulit kayu manis (saya tak letak)

Bahan-bahan untuk Cheese Cake
2 ketul cream cheese Philadelphia (1 ketul beratnya dlm 250g)
1 cwn gula castor
1/3 cwn sour cream
3 biji telur
2 tsb tepung gandum
1 1/2 tsp esen vanilla
1 biji lemon (perah dan ambil jusnya)
1 1/2 cwn biskut oreo yg dipatahkan (belah 4)

Hiasan
1 paket kecil milk chocolate
1/2 cwn whipped cream (saya guna blueberry filling n buah-buahan spt dlm  gambar)
 
Cara-cara membuatnya :-
Biskut oreo perlu dibuang cream dibahagian tengahnya.Kemudian kisar dlm pengisar kering...juga boleh beli yang dah siap hancur dikedai-kedai kek.
Kemudian gaulkan dengan butter yang telah dicairkan.Masukkan brown sugar dan serbuk kulit kayu manis.
Gaul lagi sehingga sebati dan boleh dikepal-kepalkan.kalau berderai juga, tambah butter sikit lagi..
Kemudian tekankan didalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak
Sejukkan didalam peti ais sebentar dan teruskan kerja untuk membuat adunan cheese cake lak..
 
Pukul cheese dengan mixer dalam 3-4 minit sehingga kembang.Gunakan kelajuan sederhana saja yer!Jgn terlebih pukul lak..agak-agak dah kembang tu sila berenti...
Kemudian masukkan gula dan pukul lg dlm 3-4 min sehingga sebati
Masukkan sour cream dan pukul lg, sehingga sebati..dlm 3-4 min juga..
Kemudian masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla, putar hingga sebati...jgn lama2 tau..dlm 2 min sj..
Pecahkan telur sebiji kedalam adunan cheesecake dan putar dlm 1 min..Kemudian telur yg k-2..1 min juga,sehingga telur yg ke-3...putar lg dlm 2 min hingga sebati
Selepas itu kaup tepi-tepi mixer yang bersepah tu...kaup balik dlm 1-2 min
Tuangkan bahan cheesecake dlm loyang tadi...kemudian masukkan biskut oreo yg dipatah-patahkan..
selepas itu bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan kaedah bain marie..selama 50min dgn suhu 160'C..
Bila dah masak, keluarkan loyang berisi air dan biarkan kek didalam  oven selama 1/2 jam..
Renggangkan sedikit pintu oven
Bila dah agak-agak sejuk,masukkan dalam peti ais, may be selepas 2 @ 3 jam ..dah boleh keluarkan dari loyang...
Kemudian hias ikut kreativiti masing-masing...
klu tak mau makan, biarkan kek didalam  peti sejuk yer!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...