Pages

Saturday 30 March 2013

Makan angin ke Melaka

Salam untuk semua...
Alhamdulillah..dah dapat stamina semula selepas seminggu berada di jalanan.Sebenarnya HL masih lagi dalam bercuti selama seminggu (macam cuti sekolah lak)..HL bawa anak-anak makan angin ke Melaka dan terus ke selatan tapi setakat Muar sahaja sebab dah tak larat nak drive hingga ke JB...so plan next time we all akan ke JB.
Memulakan perjalanan pada hari Sabtu 23 March..direct ke Melaka, perjalanan dilebuhraya memang lancar sekali mungkin sebab cuti seminggu jadi kenderaan tidak banyak sangat.Tapi tiba di lebuhraya susur keluar Nilai, we all terperangkap hampir 2 jam kerana kemalangan kecil kereta dan kereta.Mungkin mereka  menunggu petugas PLUS tiba ditempat kejadian so terpaksa berpanas di atas highway sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku.
We all sampai di Melaka jam 4.00 ptg..so terus menuju ke hotel di Banda Hilir.Agak-agak saja sewaktu memandu...tak susah untuk ke tempat tersebut.GPS slow..asyik sesat saja...

We all menginap di hotel ini....




Syaz Meridien Hotel
G-26,Jalan PM 13
Plaza Mahkota, Bandar Hilir
75000 Melaka Bandaraya Bersejarah
(Terletak dibelakang hotel Holiday Inn)

Syaz Meridien Hotel...terletak ditepi Selat Melaka, hanya rumah kedai 3 tingkat..tapi hotelnya bersih dan amat selesa sekali.Tak terasa langsung berada dibudget hotel...internalnya memang macam hotel bertaraf 4 @ 5 bintang.Layanan juga amat memuaskan hati we all...dengan reminder untuk meletak tiket parking walau hari cuti sekalipun.





Jam 8 a.m petugas bandaraya sudah menjalankan tugas...memang strict bandaraya Melaka ni..patutlah semua parking lot penuh.Tiada kereta diletakkan sesuka hati...Polis trafik juga sibuk menjalankan tugas mereka...kalau tiket parking tidak dipamerkan, terpaksalah menerima surat saman.We all pernah kena saman sewaktu kunjungan dulu sebab itulah kali ini we all alert dengan parking ticket.
Hari pertama keluar ke bandar Melaka dengan kereta, terperangkap didalam jem lagi...kereta bergerak macam siput...so HL suruh hubby turunkan kami semua dahulu dan dia cari parking..Hampir 2 jam terperangkap dan hubby mengambil keputusan untuk letak kereta kembali dihotel dan berjalan kaki sahaja semula ke Menara Taming Sari.Rupa-rupanya dekat saja hotel dan Menara Taming Sari.So, apalagi meronda dibandar Melaka sampai dah tak mampu nak angkat kaki lagi.





Hari ke-2, hanya berjalan kaki sahaja menyusuri bandar Melaka sebab tak sanggup terperangkap didalam jem lagi.

We all breakfast dan lunch di kedai ini....berdekatan dengan hotel dan makanannya sedap..




Best tau asam pedas dia..ada asam pedas tetel ,di Melaka saja ada asam pedas tetel..menurut kata tauke kedai tersebut..sebab ini juga first time hubby merasanya..kat Sg Petani tak der asam pedas tetel, Mereka juga menjual asam pedas ikan pari, ikan parang dan ikan tenggiri...dan macam-macam ikan lagi...Melaka ni memang terkenal dengan asam pedas...







Hari-ke-3, meronda Mini Malaysia...





Dan perjalanan diteruskan ke Muar hanya untuk makan mee Bandung Muar yang famous..






Kemudian bergerak semula ke Port Dickson untuk bermalam disana..



Hari ke-4, selepas selesai bersiar-siar di Teluk Kemang, perjalanan diteruskan untuk pulang ke Sungai Petani...masing-masing dah kepenatan..tak mampu nak berkata-kata lagi...semua dah terlelap accept orang depan saja..
On the way, hubby dapat call mengatakan yang wife kepada kawan sekerjanya meninggal dunia...mengidap tumor otak.. dan baru saja lepas bersalin anak ke-4..baru lepas pantang...HL berkesempatan bertemu dengan aruah kira-kira 3 minggu sebelum aruah pergi...So sampai di Sungai Petani around pukul 6.30pm...lepas maghrib we all bergerak ke Perlis untuk ziarah aruah.

Al-Fatihah...Semoga aruah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..
Semoga suaminya dan anak-anaknya tabah menerima dugaan ini..

Insyaallah...we all akan ke Melaka lagi sebab tak sempat pergi ke Kampung Morten...dan satu lagi we all dah jatuh chenta ngan Melaka...best bandaraya dia...sesuai untuk riadah dan cuti bersama keluarga.

Thursday 21 March 2013

SPM 2012-The result today....


First of all HL nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah untuk adik-adik or anak-anak (sebab HL ada anak yg ambil result arini juga) yang mengambil result SPM hari ini.
(Dah boleh menulis dah pasal dup!dap!dup!dap! dah hilang bila anak call HL tadi bagitau result dia!)
Tahniah beribu-ribu lemon untuk adik-adik yang dapat straight A's, maximum rasanya 12 A's....11A's Tahniah...10A's.. also tahniah.....yang lain-lain juga 9A's..8A's..7A's..6A's..5A's..4A's 3A's..2A's & 1A's........
a big big CONGRATULATIONS...
atas usaha anak-anak (termasuk anak HL..Alia dan Afifah) selama ini dah pun membuahkan hasil.
Bermakna perjalanan ini juga baru bermula..untuk meniti ke puncak jaya...Insyaaallah...
Bagi yang kurang A dan yang kurang memberansangkan atau tak der A langsung...janganlah berputus asa..
Mesti ada yang frust kan bila ingat ...öoo...aku dah study bagai nak rak tapi kenapa dapat macam ni"...
Ingatlah..ini bukanlah pengakhiran hidup anda..masih ada masa lagi untuk mencuba dan masih banyak ruang dan peluang terbuka luas dihadapan sana.
Yang penting...semangat...usaha dan tawakkal....
Tak semestinya yang gagal akan gagal selama-lamanya...setiap orang ada pilihan masing-masing
Buatlah pilihan yang bijak untuk future...



So, apalagi... mulalah search mana-mana kolej atau pusat-pusat kemahiran.Yang nak kerja n yg dah kerja...Try isi form SPA pula.Mana tau ada rezeki leh dapat keja gomen lak!
Bagi yang dah isi form UPU, still ada masa nak amend..Bagi yang belum tu...masih belum terlambat...Still boleh isi lagi..Tapi kena beli no. PIN dulu...
Yang nak menamatkan zaman bujang pula...Almaklumlah...dah dekat cuti sekolah ni...diucapkan...
Selamat Pengantin Baru...(tak per kawen muda lagi murah rezeki ngan anak-anak)

Anyway...apa-apapun...don't think -ve...always +ve because..
Kita ni kalau nak berjaya kena berubah...(berubah kearah yang lebih baik la!) pasal tak der sapa yang akan ubah diri kita kecuali kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya....



Anyway...untuk para-para bloggers dan para ibu bapa yang ada anak-anak ambil result hari ini....Tahniah diucapkan....

Selamat menempuh kehidupan yang semakin mencabar untuk adik-adik semua

Untuk anak-anak HL... Alia (UPSR) dan kakak (SPM arini)...Tahniah juga mama ucapkan...I'm happy sangat-sangat arini tau!!!!....

Especially untuk kakak....Jangan bersedih walaupun serba kekurangan sebab kekurangan itulah yang akan menjadi pembakar semangat untuk kakak berusaha lagi....

Insyaallah!!!!...mama akan sentiasa menyokong kalian....

(Sebak la pula bila dok tulis banyak-banyak ni)...
STOP dulu lah yer!

"We can buy a book but we cannot buy a knowledge"

Sunday 17 March 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Request daripada one of my ofismate..suruh try buat kek ni.Actually HL dah lama dok usha blog blogger lain yang dah buat kek ni.Semua memuji-muji kesedapannya.Pernah juga ternampak dijual di Tesco, tapi tak terasa lak nak beli.
Kalau semua dah puji, sure sedapkan...So, hari ini dengan semangat  waja ni, HL menggodek-godek kembali mixer yang dah lama berehat. Lama dah rupanya HL tak membaking...Sibuk sangat ke????...atau penyakit M dah melanda..
Tapi yang pastinya penyakit M tu lah yang banyak sangat melekat-lekat kat semua dinding-dinding urat saraf ni.



HL refer resepi ni di 2 blog blogger tersohor ni, blog lain pun ada juga.Bila asyik study saja, kejap buka blog sini, lepas tu blog yang lain lak...Hampir kesemuanya HL study.So, resepi semuanya mempunyai persamaan.
Mudahnya kan.....!!!





Bak kata blogger ini masam manis "..menggelungsur laju dianak tekak"...he!he!...memang sedap pun.Kek mungkin kek chiffon biasa saja tapi bila digandingkan dengan krim kustard yang sejuk, memang tak berhenti-henti memakannya.Sekali makan terus 5 cups, alahai!!!!...penternakan lelemak sedang bermula...macam mana ni...Sempat ke Nur Ikien nak merasanya...Kalau tak sempat kenalah buat sendiri kan!!!!....
Sesiapa yang berminat nak membuat sendiri dan makan dengan sepuas-puasnya..bolehlah refer di sini dan juga di sini.HL buat boleh dapat dalam 12 cup kecil dan 9 cup besar.Cukuplah untuk satu family 5 orang.Kalau nak dalam kuantiti banyak, doublekan adunannya.
Boleh juga dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan bagi yang berminat mengambil tempahan kek.
Kek ini juga mungkin agak mahal disebabkan penggunaan telur yang agak banyak di dalam adunannya.Telur kan dah semakin mahal sekarang ini...
So, resepinya HL tak note down kali ini, boleh refer di link yang HL tulis kat atas yer!!...

Selamat mencuba...!!!

Saturday 16 March 2013

Udang masak lemak lada hitam

Salam...dan apa khabar untuk semua...Mesti semua di dalam keadaan yang baikkan..
Minta maaf lah kerana pic yang dipost dulu..Sewaktu sedang update blog ni guruh berdentum-dentum, kilat sabung-menyabung dan hujan amat lebat so cepat-cepat HL download dulu pic-pic kedalam ni..
Risau sebenarnya, kat atas kilat sabung-menyabung, tangan lak dok kalut tekan keyboard...Lepas habis download terus shut down semua...
Dalam keadaan yang panas terik...tiba-tiba hujan turun membasahi bumi ini...Alhamdulillah....



Terfikir nak masak masakan ni sebab pagi-pagi lagi tengah menonton MHI, diaorang ada tunjuk demo masak gulai udang, HL tak ingat apa nama resepi yang sebenarnya...cuma ingat udang dan ulu saja..Yang lain-lain tu tak ingat...from sorang Chef di Sime Darby Convention Centre...Tapi boleh hafal lak resepi sepenuhnya...may be quite senang untuk diingati sebab masakan harian kan!!!So, sewaktu tengah memilih ikan dan lain-lain barang untuk dimasak dikedai runcit berdekatan..tiba-tiba ternampak udang laut ni..apalagi terus terasa nak masak macam dalam TV tu lah!...

Dalam TV dia tunjuk barang semua dah diproses dan tinggal nak masak saja...So HL agak-agak saja kuantiti yang diperlukan.

 


Bahan-Bahannya:
10 ekor udang laut
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili api (untuk kurang pedas kurangkan kuantiti)
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup (kalau tak ada, gunakan serbuk kunyit)
1 inci belacan
1 keping asam gelugur (asam keping)
2 batang serai (dititik)
1 tsb lada hitam biji (ditumbuk halus)
1 cwn air
1 cwn santan pekat
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Bawang merah, bawang putih, halia, cili api, cili merah, kunyit hidup dan belacan dikisar dengan sedikit air hingga halus
Panaskan minyak didalam periuk yang bersesuaian
Tumiskan semua bahan kisar dan kacau, biarkan sehingga pecah minyak dan naik bau
Kemudian masukkan air dan serai, biarkan mendidih sedikit
Masukkan santan, udang, serbuk lada dan asam keping
Kemudian perasakan dengan garam dan bahan perasa
Kacau sekali-sekala sehingga udang masak
(Boleh juga diadunkan dengan bahan tambahan, saya masukkan kacang buncis)
Masakan ini boleh dihidangkan dengan nasi dan ulam-ulaman serta sambal belacan

Sunday 10 March 2013

Chocolate Chip Fudge Cookies

 





Sumber : masam manis

1/2 cwn tepung gandum ~ 75 gm
1 st Baking Powder
1/4 st garam halus
1/2 st serbuk kopi segera
470 gm coklat masakan ~ di cincang
1/4 cwn mentega tanpa garam ~ 58 gm
1 3/4 cwn gua kastor ~ 370 gm
4 biji telur ~ A saiz
1 st esen vanilla
3 cawan cip coklat

Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat
Boleh gunakan kaedah double boiling, cairkan dalam microwave atau cairkan terus atas dapur, tapi hati-hati supaya cokat tidak hangus yang akan mengakibatkan pahit. Gunakan api yang perlahan.
Satukan tepung, baking powder, garam halus dan kopi segera, kemudian di ayak
Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat ~ anggaran 5 minit
Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan putar rata.
Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
masukkan cip coklat dan gaul sempurna
Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan kertas pembakar
Susun jarak-jarak kerana cookies ini mengembang bila di bakar
Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara

"PRAY FOR LAHAD DATU"

Wednesday 6 March 2013

Ikan cencaru bakar sumbat sambal kelapa

Salam semua...semoga sentiasa didalam barkah NYA walaupun negara kita tengah dilanda kemelut.
Salam Takziah untuk semua keluarga perwira-perwira negara yang terkorban sewaktu melakukan operasi di Lahad Datu.

Sesungguhnya yang kehilangan ahli keluarga lebih terasa kesedihannya berbanding dengan kita yang berada nun jauh di Semenanjung...menumpang juga kesedihan tersebut.Namun begitu ada juga orang-orang yang mempersendakan perkara ini.Kononnya ini satu sandiwara....Aduhai!!!...Tian Chua...fikirlah dengan akal fikiran takkanlah orang Malaysia nak memusnahkan negaranya sendiri.Takkanlah PM kita nak buat sandiwara dengan mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa...Ada saja statement pembangkang ni...untuk mengeruhkan lagi keadaan dan menaikkan amarah orang.

Saban hari hanya berita di TV dan akhbar harian yang menjadi tatapan.Sentiasa mengikuti perkembangan di sana...dan didoakan agar operasi menggempur yang dilakukan oleh polis dan tentera Malaysia berjaya mematahkan dan menangkap semua pengganas-pengganas tersebut.

Dikesempatan ini juga HL mendoakan agar sepupu HL Kapten Amir Ridhuan yang turut serta di dalam operasi tersebut serta berada di Sabah juga, sentiasa dilindungi NYA dari bala bencana dan berjaya menjalankan misinya dengan jaya sekali.Kegusaran dan kerisauan ibu dan ayahnya tidak mampu dibendung lagi bila memikirkan anak yang jauh bertugas disana.Semoga Kapten dan isterinya di Sabah sentiasa selamat.Seluruh keluarga di Semenanjung sentiasa mendoakan keselamatan Kapten sekeluarga.Teruskan perjuangan anda demi bangsa dan negara.Anda adalah seorang perwira...

OK...let's go to the topic today...

Hari ini just nak share masakan simple-dimple ni saja...
Ikan ni adalah hasil pancingan my other half.Ribut melanda dan hasil pancingan pun hanyalah ikan-ikan kecil ni sahaja.Normally kalau cuaca elok, ada beberapa ekor tenggiri dan talang yang dibawa balik.Tapi kali ini laut bergelora, so dapat ikan cencaru pun dah kira OK...Ikan baru memang segar dan manis.HL sendiri tak berapa pandai nak menggayakan masakan ikan cencaru ni, masakan ni sajalah yang HL tahu kalau guna ikan cencaru.Sumbat sambal biasa atau sambal kelapa...Senang dan mudahkan!!!...

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan cencaru (Di cuci bersih dan dibelah belakang)
1 cwn kelapa

4 biji cili merah
10 biji cili burung (kalau nak lagi pedas...sila tambah)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula
Sedikit air asam jawa

Cara-cara membuatnya:
Semua bahan-bahan diatas kecuali kelapa dimasukkan kedalam blender dan dikisar
Kemudian campurkan bahan kisar tersebut dengan kelapa dan digaul rata.
(Kalau nak warna kuning, masukkan serbuk kunyit sedikit kedalam bahan kisar)
Perasakan dengan garam dan gula.
Sumbatkan bahan tersebut kedalam ikan
Masukkan ikan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api sederhana
Selepas 15 minit, alihkan pemanggang
Biarkan hingga ikan betul-betul masak.
Selepas itu tutup api dan hidangkan ikan dengan nasi dan lauk iringan yang lain.








Sunday 3 March 2013

Dodol Tepung Pulut


Dodol adalah salah satu kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas, dari dulu hingga sekarang, masih diminati.Walaupun rupa paras tak cantik, hitam manis, tapi kesedapannya yang menjadi pilihan.Dahulu kala sewaktu HL masih anak-anak kecil, setiap hari Tok akan mengacau dodol untuk jualan, masa tu dodol dikacau didalam kawah yang amat besar dan menggunakan kayu api.Berjam-jam Tok akan mengacau untuk mendapatkan beberapa kilo dodol untuk dihantar kekedai-kedai untuk dibuat jualan demi mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup..


Pada masa sekarang, sudah tidak sesusah dahulu, bermacam-macam mesin direka untuk mengacau dodol.Menjimatkan masa dan cepat.

Dodol ini pula saya kacau dengan menggunakan periuk multipurpose high pressure cooker NOXXA from AMWAY.Cepat dan senang sangat.Kepada yang berniaga dodol, saya amat mengesyorkan periuk ni, cepat dan pantas, jadi dodol dapat disiapkan dalam masa yang singkat sangat.Yang suka dodol dan teringin nak merasa air tangan sendiri, cubalah dirumah...Insyaallah...

Resepi ringkas dodol saya sertakan disini...
Bahan-bahannya:
1 cwn gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1 cwn air
(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan sejukkan)

1 cwn tepung pulut
2 cwn santan pekat

Cara-cara membuatnya:
Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.
Kemudian tapiskan bahan larutan kedalam inner pot.
Tekan fungsi STIR FRY dan ON
Kacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.
Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejuk

Dodol ini sebenarnya didaerah yang berlainan mungkin kandungannya berlainan.Ada yang mencampurkannya dengan durian.Terpulang pada citarasa masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...