Pages

Sunday, 3 March 2013

Dodol Tepung Pulut


Dodol adalah salah satu kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas, dari dulu hingga sekarang, masih diminati.Walaupun rupa paras tak cantik, hitam manis, tapi kesedapannya yang menjadi pilihan.Dahulu kala sewaktu HL masih anak-anak kecil, setiap hari Tok akan mengacau dodol untuk jualan, masa tu dodol dikacau didalam kawah yang amat besar dan menggunakan kayu api.Berjam-jam Tok akan mengacau untuk mendapatkan beberapa kilo dodol untuk dihantar kekedai-kedai untuk dibuat jualan demi mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup..


Pada masa sekarang, sudah tidak sesusah dahulu, bermacam-macam mesin direka untuk mengacau dodol.Menjimatkan masa dan cepat.

Dodol ini pula saya kacau dengan menggunakan periuk multipurpose high pressure cooker NOXXA from AMWAY.Cepat dan senang sangat.Kepada yang berniaga dodol, saya amat mengesyorkan periuk ni, cepat dan pantas, jadi dodol dapat disiapkan dalam masa yang singkat sangat.Yang suka dodol dan teringin nak merasa air tangan sendiri, cubalah dirumah...Insyaallah...

Resepi ringkas dodol saya sertakan disini...
Bahan-bahannya:
1 cwn gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1 cwn air
(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan sejukkan)

1 cwn tepung pulut
2 cwn santan pekat

Cara-cara membuatnya:
Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.
Kemudian tapiskan bahan larutan kedalam inner pot.
Tekan fungsi STIR FRY dan ON
Kacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.
Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejuk

Dodol ini sebenarnya didaerah yang berlainan mungkin kandungannya berlainan.Ada yang mencampurkannya dengan durian.Terpulang pada citarasa masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...