Pages

Saturday 28 April 2012

Samsung Galaxy Tab

Hajat di hati memang teringin sangat nak memilikinya...kena tengok budget dulu.Tiba-tiba Celcom ada menghantar pesanan ringkas kepada saya menyatakan yang saya boleh memiliki gadget ini dengan harga tawaran Celcom.Rasa sangsi juga, adakah ini sms palsu...So, saya pergi ke pejabat Celcom dan bertanya pada petugas counter.Selepas mereka membuat pengesahan sms tersebut dan saya dioffer gadget ini dengan harga RM588 untuk Samsung Galaxy Tab 7 plus dan RM888 untuk 10.1.Tapi syaratnya perlu melanggan broadband package RM98 selama 2 tahun, kalau terminate service broadband ini dlm tempoh tersebut, penalty RM700.
Tanpa berfikir panjang saya terus booking, yelah..sapa nak bagi dengan harga offer ni...memang yang diidam-idamkan ....within 2 days dah dapat gadgetnya...
So, sapa-sapa yang dapat sms offer ni, silalah berkunjung ke Celcom berhampiran untuk pengesahan...dan 1 sms hanya untuk 1 gadget...offer ini juga adalah untuk loyal customer yang terpilih sahaja.Tawaran sehingga penghujung June 2012.
Kira-kira saya ni memang loyal customer coz saya menggunakan nombor tersebut since tahun 2005 lagi, tak terfikir nak tukar-tukar nombor telefon pasal sepanjang penggunaannya tidak pernah ada sebarang gangguan yang tak diingini.
So, kenalah jadi loyal customer lagikan...manalah tahu lepas ni ada offer lain lagi...

Mee Kari




Ini adalah sesi tayangan yang agak lewat...sebenarnya buat mee ni dalam cuti last week tapi saya tak sempat nak taip entrynya...sibuk sangat..n bila balik kerja dah penat so tak der mood nak update apa-apa pun.Hari ini baru ada kesempatan ...Menjelajah ke rumah masam manis, membuatkan saya berasa teruja dengan hidangannya, tengok gambar pun dah rasa sedap.... so apalagi...bermulalah acara merempit ke kedai membeli bahan-bahan dan sesi penyediaan mee ini..Saya sertakan resepinya disini untuk rujukan....

Sumber :masam manis
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning (direndam sekejap dan dicuci kemudian dicelur dengan air panas)
8 ulas bawang merah-dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam dengan air panas dan dikisar (saya guna 2 sudu besar serbuk cili)
1 cwn udang kering-direndam dan kisar
1 cwn rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
1 cwn santan
2 inci halia-dititik
2 inci lengkuas-dititik
2 btg serai-dititik
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kilo daging (saya guna ayam)
10 ekor udang
fishball & fishcake
kerang
tauhu sponge

Bahan-bahan lain:
1 bungkus mee kuning (direndam sebentar dan dicuci bersih kemudian dicelur dengan air panas)
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang- dihiris halus
Bawang goreng
limau kasturi

Cara-cara membuatnya:-
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan rempah kari daging, serai, lengkuas dan halia, biar masak sehingga pecah minyak
Masukkan sedikit air dan biar ia mendidih
Masukkan ayam
Kemudian masukkan ayam dan asam keping, biar hingga merenih
Masukkan udang, kerang, fishball dan fishcake
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan tauhu sponge dan biar kuah mendidih sekejap
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Mee ini dihidangkan dengan telur rebus, tauge, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan limau kasturi






Tuesday 24 April 2012

Green Velvet Cakes




Kek ini saya buat untuk memenuhi permintaan anak saya yang minta saya buatkan kek b'day abah dia.Dalam keadaan yang agak kepenatan dan keletihan, saya penuhi juga permintaan dia.Mula-mula tu planning nak buat rainbow kek, alahai...color tak cukup lak so yg ada color ni saja..jadilah kek baldu hijau ni...tapi saya suka sangat ngan color hijau ni...very soft macam lumut...cantik sangat color dia.Kek ni memang tak jemu saya makan, saya betul-betul suka ngan rasa dia...makan berulang kali sampai tak ingat yang saya sedang menternak lemak-lemak tepu...Nak mehyahcaskan lelemak ni yang paling sukar sekali...So kena beringat-ingat...dan saya bawa ke ofis untuk dijamah oleh kawan-kawan saya ...supaya mereka sentiasa gebu dan sehatttt.....!!!!....

Saturday 21 April 2012

Nasi mandy

                                         
                                         nasi mandy dan ayam

                                         nasi mandy dan kambing

Ini adalah nasi arab atau nasi mandy yng memang sedang hangat dipasaran sekarang.Rata-rata ada restoran nasi arab sekarang ini.
Bagi sesiapa diluar sana yang kepingin makan nasi mandy disekitar Sg Petani, restoran ini terletak di Legenda Heights, bersebelahan dengan kedai perabut New Era.Di belakang ofis Ambangan Heights...
Harganya berpatutan dan ayam dan kambingnya juga dimasak dengan lembut dan aromanya yang lazat....So sesiapa yang mencari nasi mandy, cubalah ke sini.....
Iklan ini tiada apa-apa tau, sekadar berkongsi tempat makan saja....

Nasi Daging



Sumber : masam manis

Bahan-bahannya:-
1 kilo daging lempu (dihiris kecil-kecil dan rebus dengan 3 cawan air sehingga empuk)
3 cawan beras basmathi faiza (basuh, rendam sekejap dan toskan)
4 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 tsb minyak sapi (saya guna planta)
1 paket rempah kurma baba's (bancuh dengan sedikit air)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 inci kulit kayu manis
1 biji tomato (dicincang)
1 tin kecil kacang peas (boleh diganti dengan kismis)
Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:-
Panaskan minyak sapi dalam periuk untuk masak nasi.Kemudian tumis semua bahan-bahan yang dihiris halus
Masukkan juga kulit kayu manis dan serai .
Selepas naik bau, tumiskan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak
Kemudian masukkan air rebusan daging,daging, susu cair, garam dan tomato yang dicincang
Biar hingga mendidih kemudian masukkan beras
Alihkan periuk kedalam periuk elektrik
Masak nasi hingga kering air barulah masukkan kacang peas, gemburkan nasi dan biar hingga nasi masak sepenuhnya.
Bila dah masak, nasi ini boleh dihidangkan dengan air asam tomato.


RV cupcakes again......



RV lagi...yang ni order from kawan saya...really admire to bake this cake...Resepinya boleh refer pada resepi terdahulu.Toppingnya saya guna cream cheese dan mascarpone....mewah gitu!!!....

Sagu Gula Melaka



Teringinnya nak makan sagu yang lemak manis, bila didinginkan...lazatnyaaaa!!!!..Berebut-rebut makan ngan anak-anak.Diaorang pun suka...Actually ini kisah hampir tiga minggu lepas...disebabkan kesibukan dan kepenatan dek tugasan harian maka blog ini juga tertangguh...
Hari cuti pun sibuk sebab anak-anak ada tuition, ada aktiviti di sekolah...maka rutin harian hampir semuanya diatas kereta..hantar anak ke sekolah, kemudian ke kedai, kemudian balik rumah masak dan mengemas...lepas itu pick up anak-anak dari sekolah...rehat sebentar dan hantar mereka ke tuition pula....
Selepas pick diaorang dari tuition, fuhhhh!!!!!...barulah rasa lega sikit....rasa macam nak rehat panjang....sambil berangan berada ditepi swimming pool....minum ayaq oren..makan kek...he!he!....berangan aje!!!!.....
Okaylah...kita tengok resepi lak...walaupun senang nak buat...

Bahan-bahannya:-
200g sagu biji
2 liter air
2 helai daun pandan (disimpul)
1 tsp garam halus
1 tin susu cair (boleh diganti dengan santan)
1 tin laici (boleh diganti dengan buah-buahan lain)
1 buku gula kabung

Cara membuatnya:
Masukkan air dalam periuk
Kemudian masukkan sagu, daun pandan dan garam
Didihkan sehingga sagu bertukar jernih
Bila sagu dah betul-betul jernih, angkat dan tapis sagu, kemudian cuci sagu dibawah aliran air paip untuk membuang kanji
Masukkan sagu kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga beku
Didihkan gula kabung dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut
Bila dah larut, tutup api dan sejukkan air gula
Bila sagu dah beku dan sejuk, sendukkan kedalam bekas
Sagu ini boleh dimakan dengan susu cair dan air gula serta letak buah laici...

Wednesday 11 April 2012

Pertabalan Yang Di Pertuan Agong



Sekalung Tahniah diatas pertabalan DYMM  Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai YDP Agong Malaysia ke-14 dan juga DYMM Sultanah Hajjah Haminah Hamidun sebagai YDP Permaisuri Agong.Kali pertama pemerintahan baginda ialah pada tahun 1970-1975.Ini adalah perlantikan ke-2  baginda sebagai YDP Agong mengikut turutan di dalam sejarah perlembagaan Malaysia.Semoga Malaysia sentiasa aman damai dibawah pemerintahan Tuanku.
Daulat Tuanku!!!.....

Monday 9 April 2012

Donut....



Donut yang sedap ni..puji diri sendiri lagi..bila buat makanan sedap kena la bagi pujian kat makanan tersebut.Rezeki tu...Saya buat donut ni just nak try saja pasal saya tak pernah buat donut seumur hidup saya..tapi tak cantik la..macam-macam lenggok bentuknya..tak bulat betul pasal saya tak der rolling pin...rolling pin saya dah jadi macam ni......

N then saya uli guna tangan anugerah Tuhan ni aje la!...So tak ler cantik lenggoknya tu..tapi bolehlah kan...asal jadi...Saya tak terfikir nak cari solutionnya..lain kali saya buat bagi cantik-cantik lenggokannya tu...Kali ni kita rasa yang ini dulu yer!...
Bahan-bahannya:
250ml air
1 biji telur
6 1/2 tsp gula kastor
1 tsb planta
2 tsb shortening
1/2 tsp ovelet
1/2 tsp garam halus
2 tsb susu tepung
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp bread softener
1/2 tsp bread improver
500 g tepung high protein
1 paket yis mauripan

Cara-cara membuatnya:
Semua bahan masukkan kedalam bread maker...Tekan program untuk doh..
Bila dah siap diuli, keluarkan dari BM dan tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
Kemudian bulat-bulatkan doh, besar doh ikut kehendak sendiri...
Canaikan doh dengan rolling pin dan buat lubang ditengahnya
Bila semua dah selesai, biarkan adunan donut seketika,tutup dengan kain ...
Biarkan adunan donut naik 2 kali ganda
Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak dah panas, masukkan donut kedalam kuali...
Goreng hingga kekuningan
Angkat dan toskan..
Bila dah sejuk, gaul dengan gula kastor atau salut dengan coklat masakan yang telah dicairkan melalui kaedah  "double boiler".


Friday 6 April 2012

Kari kepala ikan Tenggiri

                                             

Ngeri ngan mulut ikan ni..itupun kalau ikan Jaws..tapi ini ikan tenggiri yang my other half pancing.Berjaya menaikkan ikan jenahak, tapi selepas cabut undi...kena fair among friends....so dapat ikan tenggiri lagi.Saya pun dah tak tahu nak masak apa ngan ikan ni, dah blur tahap maksimum...so paling senang masak gulai, sinonim ngan orang Utara...Gulai ke Kari?????....tapi saya panggil gulai...guna santan..kalau kari mamak tak guna santan..Sedap tau kalau makan ngan nasi panas-panas, ada sambal belacan, ulam-ulaman..ikan temenung (kembung) goreng garing lagi....Hidangan yang simple dan express...

Bahan-bahannya:
1 ketul kepala ikan tenggiri (belah dua ditengah dan cuci bersih)
2 ranting Daun karipole (betul kot ejaan ni...or daun kari...nama fofular dia)
2 ulas bawang merah (dimayang halus atau tumbuk)
3 ulas bawang putih (dimayang halus atau tumbuk)
1 tsp halba campur
6 tsb serbuk kari ikan (saya guna Baba's)(cairkan ngan air)
5 batang bendi (lebih pun ok)
2 biji tomato (terpulang nak letak ke tak)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Garam dan gula yang secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Panaskan 2 sudu besar minyak masak lam periuk (periuk tanah pun ok)
Bila minyak dah panas, tumiskan bawang dan halba campur
Kacau sehingga kekuningan dan wangi dan kemudian masukkan daun kari
Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicairkan....biar sehingga pecah minyak
Selepas itu masukkan santan cair dan bila dah agak mendidih, masukkan ikan
Masukkan bendi...bila dah masak , masukkan santan pekat dan tomato...
Masukkan garam dan gula...bila rasa dah ok bolehlah tutup api

Thursday 5 April 2012

Midnite....


Di saat dan tika ini saya betul-betul mcm pic kat atas ni...So saya tangguhkan dulu perkongsian ceta mlm ni....Good Nite!!!!!.........

RV cupcakes



RV cupcakes in the house lg...Order fr Ira for her majlis kesyukuran cum birthday anak dia.Cupcakes yg penuh tragis...Tuan umah tak reply any SMS or call....Mula la fikir macam-macam...So asyik usung ke sana sini CC ni...maklumlah tuan tanah ni busy sgt...weekend mmg jd bas sekolah...Penat mmg penat tp demi anak2 kena gagahi juga ...awal2 tahun ni sekolah mmg full ngan aktiviti...mostly everyday ada aktiviti n homework usah cakap lah....nasib baik mama depa ni cita2 nak jd cikgu..tapi tak kesampaian...so jd cikgu kat umah aja la. Sora usah cakap la..dr low tones sampai high tones...sampai ada sesetengah soalan tu jenuh fikir nak solve....Tp bila si kecik bebai tak leh jawab bahasa Arab, mama dia surrender...mmg tak leh tolong pasal mama depa mmg tak tahu arabic....so capai handphone kena call nenek depa la....nenek depa terer arabic ni...solve problem, anak kecik pun senyummmm saja.....
Berbalik pd kisah CC ni, sampai kat tuan umah..dah lewat malam...nasib ler!Nak buat macam mana...tak sempat nak deliver....Tp tuan umah puji sedapppp...he!he!...sy rasa mcm ada garden jer lam hati ni!!!...Thanks Ira...At least boleh asah skill lagi....tu buat corak atas tu!!!!...Suker sgt !!!!....

Wednesday 4 April 2012

Mini pavlova



Pavlova ini saya buat bersaiz kecil saja, saya rasa cara ini lebih terasa crunchynya...Lagipun ianya kurang manis dan pavlova ini juga masak sekata. paling penting senang nak makan.Kalau yang besar tu, saya kurang suka sangat so saya buat style mini...resepinya sama saja seperti yang bersaiz besar.Masukkan meringue dalam piping bag dan piping sebesar siling 50 sen.Resepinya daripada irma lagi.
Untuk whipping cream, tak perlu letak diluar untuk suhu bilik, just ambik direct from peti sejuk dan terus putar sampai dia gebu...kalau rasa lambat lagi nak makan pavlova ni, masukkan whipping cream tersebut dalam piping bag dan simpan lam freezer.Bila nak makan baru paipkan atas pavlova dan hias dengan buah yang anda suka..sebaik-baiknya buah yang masam....buah pun ambik direct from peti sejuk...makan pavlova ni macam makan ais krim..dia cair didalam mulut...memang sedaplah!!!...cuma jangan amalkan yer pasal dia manis sangat nanti kena potong kaki lak!!!...kena control sugar yang kita ambik seharian....Makan, makan juga...kesihatan kena jaga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...