Pages

Saturday 21 April 2012

Sagu Gula Melaka



Teringinnya nak makan sagu yang lemak manis, bila didinginkan...lazatnyaaaa!!!!..Berebut-rebut makan ngan anak-anak.Diaorang pun suka...Actually ini kisah hampir tiga minggu lepas...disebabkan kesibukan dan kepenatan dek tugasan harian maka blog ini juga tertangguh...
Hari cuti pun sibuk sebab anak-anak ada tuition, ada aktiviti di sekolah...maka rutin harian hampir semuanya diatas kereta..hantar anak ke sekolah, kemudian ke kedai, kemudian balik rumah masak dan mengemas...lepas itu pick up anak-anak dari sekolah...rehat sebentar dan hantar mereka ke tuition pula....
Selepas pick diaorang dari tuition, fuhhhh!!!!!...barulah rasa lega sikit....rasa macam nak rehat panjang....sambil berangan berada ditepi swimming pool....minum ayaq oren..makan kek...he!he!....berangan aje!!!!.....
Okaylah...kita tengok resepi lak...walaupun senang nak buat...

Bahan-bahannya:-
200g sagu biji
2 liter air
2 helai daun pandan (disimpul)
1 tsp garam halus
1 tin susu cair (boleh diganti dengan santan)
1 tin laici (boleh diganti dengan buah-buahan lain)
1 buku gula kabung

Cara membuatnya:
Masukkan air dalam periuk
Kemudian masukkan sagu, daun pandan dan garam
Didihkan sehingga sagu bertukar jernih
Bila sagu dah betul-betul jernih, angkat dan tapis sagu, kemudian cuci sagu dibawah aliran air paip untuk membuang kanji
Masukkan sagu kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga beku
Didihkan gula kabung dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut
Bila dah larut, tutup api dan sejukkan air gula
Bila sagu dah beku dan sejuk, sendukkan kedalam bekas
Sagu ini boleh dimakan dengan susu cair dan air gula serta letak buah laici...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...