Pages

Thursday 28 February 2013

Sambal Hijau

Salam semua...hopefully semua sihat dan dalam mood yang paling happy sangat..Buat apa nak moody-moody kan!Bukannya dapat anugerah apa-apa pun..buat sakit hati ja ...
HL berjalan-jalan ke rumah Delima Zamrud, ternampaklah  gambar ni...aduhai!!!..sedapnyaaa tengok sambal ni..terasa-rasa dah kepedasan dia..best kalau makan pedas-pedas ni, tambah pula sambal ni boleh disimpan and bila nak makan boleh dipanaskan semula.Betul-betul menyenangkan kerja..
So, balik dari kerja, terus masuk rumah dan selongkar peti sejuk, cari bahan-bahannya..takut tak ada lak..kalau tak ada HL kena pergi beli dikedai.Aduh!!!...malas ooo kalau perlu keluar semula.Tapi after selongkar2, semua bahan ada...keluarkan bahan dan letak atas meja.Lepas maghrib baru nak operasi...Nak rehatkan minda jap sambil nonton RBDAD...(tak pernah miss follow ceta ni...geramnyaaaa ngan Faiz tu...suka sangat penaya abang dia).

Sekarang ni pula banyak watak-watak orang tua dimainkan oleh Rahim Razali, yelah!..pelakun veteran sekarang dah boleh dikira ngan jari..kalau Pak Rahim yang berlakon, memang best..teingat-ingat ceta Dayang Suhana..Orang sekarang sure tak tau..Korean movie dah take over..kalau tanya nama pelakon-pelakon Korea..memang dah set dalam minda.HL pun dah terminat ngan Korean movie ni..sekarang ni dok layan My  Ambition kot!!..agaknyalah!!...
Okaylah..resepi ni HL coretkan disini yer!..untuk rujukan dimasa hadapan dan juga bila nak refer time2 tengah desperate sangat.

Bahan-bahannya:
1 genggam cili api warna hijau (HL guna 2 genggam-kalau kecik gengaman tu..sikit sajalah)
2 labu bawang besar (dihiris baji)
3 ulas bawang putih
1 tsp udang kering (HL juga guna ikan bilis)
1 batang serai (dihiris halus)
2 biji cili hijau (boleh diabaikan kalau tak ada stok)
1 biji cili merah
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
Semua bahan-bahan kecuali cili api dimasukkan kedalam blender termasuk sedikit air dan dikisar.
Kemudian baru masukkan cili api dan kisar lagi .(Jangan halus sangat, bagi agak kasar sikit)..tapi HL dah terkisar halus sangat.
Panaskan minyak didalam kuali yang bersesuaian.
Bila minyak dah panas, tumiskan semua bahan kisaran tadi, biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan agak kering sikit dan tutup api.
Bila dah masak, sambal ini boleh digaulkan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau diletak berasingan dari lauk-lauk lain.
Sambal ini memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Walaupun HL guna cili agak banyak, tapi bila dah digoreng tak terasa sangat kepedasan dia..just biasa-biasa saja...pendek kata anak-anak pun boleh makan juga.

Terimakasih banyak-banyak kepada pemberi resepi..



Sunday 24 February 2013

Gulai Ikan Termenung (Kembung)



Apa khabar pengunjung blog HL semua?
Mesti semua sihat-sihatkan..harap-harap begitulah..kalau yang tak sihat tu, pergilah ke klinik berjumpa doktor.Itu yang terbaik dari dibiar penyakit itu berlarutan

HLmasih lagi dalam mood "kurenggg" nak membaking..Masih lagi terasa penat memunggah dan menyusun barang di rumah baru.Angkat almari, sofa , semuanya berat-berat..Buat sementara semuanya dibuat perlahan-lahan dulu, nanti lama-lama mesti selesai semua.Cuma ditahun 2013 ni, konsep English dibanned terus..HL dah tak larat nak mengemas, mengelap habuk bagai...so minimumkan semua sekali..mana-mana yang tak berkenaan dan HL rasa tak penting,semua masuk kotak dan simpan dalam stor.

Hari ini terasa macam dah lama tak post apa-apa masakan dalam blog ni.Rasa macam kurang sesuatu lak.Disebabkan hari ini HL just masak gulai ikan saja so HL post yang ni lah. HL rasa  masakan ni sure semua orang tahu buatkan.Pejam mata pun leh buat...tapi dari tak ada apa-apa..lebih baik adakan!!...Dah rindu sangat nak posting..gulai ikan pun kira ok la!!

HL guna ikan kembung saja, orang sini panggil ikan termenung.Sekarang ikan ini murah sangat...lambakan ikan kembung dipasaran so harga pun drop sikit.Kalau time mahal boleh mencecah sekilo RM10, tapi sekarang sekilo boleh dapat dalam RM1.80 saja.Kalau dijeti, ada yang jatuh sampai sekilo RM0.50 saja.Kalau dibakar ikan ni...memang sedap...cicah lak ngan air asam.Tambah ulam-ulaman kampung sikit.Memang bertambah-tambah makan nasi tu..
So, kita keresepinya kay!..Rasa macam tak larat nak menaip panjang-panjang..tangan still lenguh-lenguh  akibat mengangkat berat..

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
4 tsb minyak masak
6 biji bendi
2 biji tomato
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 tsp halba campur
Sedikit daun kari
4 tsb serbuk kari (dicairkan dengan sedikit air)
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
1 cwn santan cair
1 cwn santan pekat

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam periuk yang bersesuaian.Kemudian tumiskan bawang, halba campur dan daun kari.Biarkan sehingga layu dan kekuningan.
Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air.
Kacau rata dan biar sehingga rempah masak dan terbit minyak
Masukkan santan cair dan kacau seketika
Kemudian masukkan ikan  serta air asam jawa.
Bila dah mendidih masukkan bendi, santan pekat dan garam serta perasa
Kacau rata dan biar hingga masak
Kemudian masukkan tomato, biar seketika dan tutup api.
Bolehlah dihidangkan kari ini dengan nasi dan lauk-lauk iringan yang lain.
Kalau dibiarkan semalaman dan dipanaskan semula, sedap dicicah roti

Tuesday 19 February 2013

Al-Fatihah...Allahyarham Saudara Mustaffa Musa (15 Feb 2013)



As-Salam..
My friends from JB, from office HL dulu ,message HL thru FB.Terkejut dan terkedu seketika.... bila diberitahu bahawa Senior QS merangkap ex-boss masa di JB Bergabung,Johor Bahru..Saudara Mustaffa Musa telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Feb 2013 akibat jangkitan paru-paru.
HL dah agak lama tidak mendengar berita tentang aruah.Tidak juga menghubunginya walaupun ada FB sebagai jalan termudah.Kenapa yer????!!!!...sebenarnya tidak lupa langsung dengan teman-teman di JB tapi mungkin kesibukan dan kekangan masa yang membataskan ini semua.
Aruah ialah ex -boss HL sewaktu berkhidmat di JB Bergabung, Johor Bahru.Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada HL dan boss yang teramat baik and understanding..Memang HL tak jumpa dah boss sebaik ini.
Terputus hubungan bila HL berhenti kerja dan berpindah ke Utara..sehingga ke hari ini...hanya berita ini yang dikhabarkan oleh bekas teman sekerja.Memang terkejut sangat-sangat dan sedih.. juga serta kesal sebab asyik tangguh-tangguh untuk menghubungi aruah sekadar bertanya khabar.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah kehendak NYA.Tidak boleh dipertikaikan lagi....
Semoga Allahyarham..berbahagia di sana..ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin dan beramal soleh dan jasa-jasa Allahyarham sentiasa HL kenang sampai bila-bila selagi hayat ini.
Al-Fatihah........

* Mood: Mula terasa nak kerosek balik gambar-gambar lama dulu...ada lagi ke???...

Thursday 14 February 2013

Masak lemak pisang dan ikan masin



Menjelajah ke blog K.Noor Brunei, teringat-ingat dengan masak lemak K.Noor.Kat rumah pula ada pisang yang dibawa from kampung, so mulalah menggodek-godek masakan ini.Tapi masak secara ala kadar saja sebab baru pulang dari kerja jadi bateri pun dah blinking.Penat seharian ditempat kerja masih belum hilang dan masa pun dah agak lewat.So masak simple- simple saja.
Pic ni pun simple sangat, bermakna tiada sebarang prop digunakan.Hari minggu saja kalau ada resepi nak dikongsi HL akan menyediakan prop...
Masak lemak K.Noor agak pekat kuahnya dan menarik sangat.Tapi ini hasil cubaan HL yang pertama...tak apa next time HL buat lagi... 
Sesiapa yang berminat nak mencuba masakan ini silalah jelajah ke blog K.Noor.Di sini juga HL kongsikan resepinya, untuk rujukan HL dimasa depan.

Bahan-bahannya:
3 biji pisang muda (saya guna 4 biji)-dibuang kulit dan dihiris nipis secara menyerong
1 cwn santan pekat
1/2 tsb lada hitam (ditumbuk)
3 biji cili hijau dibelah (saya tak guna sebab tak ada stok)
1 keping asam keping
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 keping ikan kurau masin (saya guna ikan tenggiri)-rendam dahulu
Daun selasih secukupnya (saya tak guna)
Garam dan bahan perasa secukupnya

Cara membuatnya:
Masukkan santan ke dalam periuk
Kemudian masukkan bawang merah dan lada yang ditumbuk
Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali-sekala
Masukkan pisang dan asam keping, masak hingga pisang lembut
Kemudian masukkan ikan masin dan perasakan dengan serbuk perasa.
Rasakan kuahnya, jika dah ok tak perlu tambah garam,jika tawar tambah sedikit garam
Bila dah masak, bolehlah dihidangkan dengan lauk-lauk iringan yang lain

Cer Teka.. buah apa ni?

Salam untuk semua pengunjung blog HL.HL rasa masih ramai yang masih bercuti sebab sekolah pun kebanyakkannya masih belum buka lagi.Dan yang sudah kembali bekerja tu..selamat menyambung tugasan selepas sekian lama bercuti..
Sepanjang cuti CNY, HL pun tidak kemana-mana pusat percutian sebab anak HL yang bongsu perlu sekolah semula pada hari rabu.HL pun kena bekerja juga..Cuma mengambil kesempatan untuk menjengah kampung halaman selepas sekian lama tak balik.Rindu ngan rumah yang ditinggalkan...suasana kampung yang tenang, tanpa kebisingan kenderaan yang lalu lalang.Di Perlis, HL tinggal di kampung so kurang sikit hiruk pikuk kenderaan.Di Sg Petani lak..tempat HL bekerja mencari rezeki, rumah HL betul-betul berhadapan main road kawasan perumahan, tiap-tiap hari sibuk dengan kenderaan.
Tapi pada masa sekarang, di Perlis cuaca amat panas sekali, terlalu terik sehingga sukar untuk melakukan pekerjaan diluar rumah kalau waktu tengahari.Orang Perlis panggil musim Timur...angin memang bertiup kencang.Waktu sebegini kalau melakukan pembakaran terbuka, perlu berhati-hati...sebab api ni bila kecil menjadi kawan..bila dah besar menjadi lawan.
Sebenarnya masih belum ada yang menarik tentang masakan yang boleh dikongsikan lagi.Berehat seketika, sementara menunggu penyakit rajin kembali semula.






Kenal tak dengan buah di atas..rasanya ramai yang tak tahu.Sebab pokok ini pun dah hampir pupus, hanya ada ditempat tertentu sahaja seperti dikawasan rumah.Dahulu pokok ini tumbuh liar di dalam hutan, tapi sekarang hutan pun dah tiada.Generasi baru memang takkan mengenalinya..
HL panggil buah ni "Buah Nanam"..tapi kalau di Kelantan di panggil buah "Katak Puru".Sedap tau buah dia.Rasa lemak manis, masam dan sedikit kelat.Anak HL suka sangat.Masa HL balik ni, buah baru nak jadi so cuma boleh ambil gambar sahaja lah.Buah dia berbuah lebat dibahagian pangkal pokok.Kalau yang hijau, masih kelat lagi so kena tunggu sehingga agak kekuningan baru sedap dimakan.Rasanya yang lemak manis dan masam2, memang kecur dibuatnya...(Tengah menaip entri ni pun terasa terliur sangat)...


                                                                  Buah Roselle (Original)

                                                                       Buah Betik









                                                                Buah Nona



Buah Belimbing Buluh

Sunday 10 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013



Selamat Tahun Baru Cina untuk semua penduduk-penduduk Malaysia yang menyambutnya...diharapkan tahun ular ini bakal memberi satu fenomena yang luarbiasa supaya semua orang mampu hidup dalam keadaan yang sentiasa aman damai, harmoni dan saling tolong menolong sesama insan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...