Salam untuk semua pengunjung blog HL.HL rasa masih ramai yang masih bercuti sebab sekolah pun kebanyakkannya masih belum buka lagi.Dan yang sudah kembali bekerja tu..selamat menyambung tugasan selepas sekian lama bercuti..
Sepanjang cuti CNY, HL pun tidak kemana-mana pusat percutian sebab anak HL yang bongsu perlu sekolah semula pada hari rabu.HL pun kena bekerja juga..Cuma mengambil kesempatan untuk menjengah kampung halaman selepas sekian lama tak balik.Rindu ngan rumah yang ditinggalkan...suasana kampung yang tenang, tanpa kebisingan kenderaan yang lalu lalang.Di Perlis, HL tinggal di kampung so kurang sikit hiruk pikuk kenderaan.Di Sg Petani lak..tempat HL bekerja mencari rezeki, rumah HL betul-betul berhadapan main road kawasan perumahan, tiap-tiap hari sibuk dengan kenderaan.
Tapi pada masa sekarang, di Perlis cuaca amat panas sekali, terlalu terik sehingga sukar untuk melakukan pekerjaan diluar rumah kalau waktu tengahari.Orang Perlis panggil musim Timur...angin memang bertiup kencang.Waktu sebegini kalau melakukan pembakaran terbuka, perlu berhati-hati...sebab api ni bila kecil menjadi kawan..bila dah besar menjadi lawan.
Sebenarnya masih belum ada yang menarik tentang masakan yang boleh dikongsikan lagi.Berehat seketika, sementara menunggu penyakit rajin kembali semula.
Kenal tak dengan buah di atas..rasanya ramai yang tak tahu.Sebab pokok ini pun dah hampir pupus, hanya ada ditempat tertentu sahaja seperti dikawasan rumah.Dahulu pokok ini tumbuh liar di dalam hutan, tapi sekarang hutan pun dah tiada.Generasi baru memang takkan mengenalinya..
HL panggil buah ni "Buah Nanam"..tapi kalau di Kelantan di panggil buah "Katak Puru".Sedap tau buah dia.Rasa lemak manis, masam dan sedikit kelat.Anak HL suka sangat.Masa HL balik ni, buah baru nak jadi so cuma boleh ambil gambar sahaja lah.Buah dia berbuah lebat dibahagian pangkal pokok.Kalau yang hijau, masih kelat lagi so kena tunggu sehingga agak kekuningan baru sedap dimakan.Rasanya yang lemak manis dan masam2, memang kecur dibuatnya...(Tengah menaip entri ni pun terasa terliur sangat)...
Buah Roselle (Original)
Buah Betik
Buah Nona
Buah Belimbing Buluh
No comments:
Post a Comment