Salam untuk semua...
Alhamdulillah..dah dapat stamina semula selepas seminggu berada di jalanan.Sebenarnya HL masih lagi dalam bercuti selama seminggu (macam cuti sekolah lak)..HL bawa anak-anak makan angin ke Melaka dan terus ke selatan tapi setakat Muar sahaja sebab dah tak larat nak drive hingga ke JB...so plan next time we all akan ke JB.
Memulakan perjalanan pada hari Sabtu 23 March..direct ke Melaka, perjalanan dilebuhraya memang lancar sekali mungkin sebab cuti seminggu jadi kenderaan tidak banyak sangat.Tapi tiba di lebuhraya susur keluar Nilai, we all terperangkap hampir 2 jam kerana kemalangan kecil kereta dan kereta.Mungkin mereka menunggu petugas PLUS tiba ditempat kejadian so terpaksa berpanas di atas highway sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku.
We all sampai di Melaka jam 4.00 ptg..so terus menuju ke hotel di Banda Hilir.Agak-agak saja sewaktu memandu...tak susah untuk ke tempat tersebut.GPS slow..asyik sesat saja...
We all sampai di Melaka jam 4.00 ptg..so terus menuju ke hotel di Banda Hilir.Agak-agak saja sewaktu memandu...tak susah untuk ke tempat tersebut.GPS slow..asyik sesat saja...
We all menginap di hotel ini....
Syaz Meridien Hotel
G-26,Jalan PM 13
Plaza Mahkota, Bandar Hilir
75000 Melaka Bandaraya Bersejarah
(Terletak dibelakang hotel Holiday Inn)
Syaz Meridien Hotel...terletak ditepi Selat Melaka, hanya rumah kedai 3 tingkat..tapi hotelnya bersih dan amat selesa sekali.Tak terasa langsung berada dibudget hotel...internalnya memang macam hotel bertaraf 4 @ 5 bintang.Layanan juga amat memuaskan hati we all...dengan reminder untuk meletak tiket parking walau hari cuti sekalipun.
Jam 8 a.m petugas bandaraya sudah menjalankan tugas...memang strict bandaraya Melaka ni..patutlah semua parking lot penuh.Tiada kereta diletakkan sesuka hati...Polis trafik juga sibuk menjalankan tugas mereka...kalau tiket parking tidak dipamerkan, terpaksalah menerima surat saman.We all pernah kena saman sewaktu kunjungan dulu sebab itulah kali ini we all alert dengan parking ticket.
Hari pertama keluar ke bandar Melaka dengan kereta, terperangkap didalam jem lagi...kereta bergerak macam siput...so HL suruh hubby turunkan kami semua dahulu dan dia cari parking..Hampir 2 jam terperangkap dan hubby mengambil keputusan untuk letak kereta kembali dihotel dan berjalan kaki sahaja semula ke Menara Taming Sari.Rupa-rupanya dekat saja hotel dan Menara Taming Sari.So, apalagi meronda dibandar Melaka sampai dah tak mampu nak angkat kaki lagi.
Hari ke-2, hanya berjalan kaki sahaja menyusuri bandar Melaka sebab tak sanggup terperangkap didalam jem lagi.
We all breakfast dan lunch di kedai ini....berdekatan dengan hotel dan makanannya sedap..
Best tau asam pedas dia..ada asam pedas tetel ,di Melaka saja ada asam pedas tetel..menurut kata tauke kedai tersebut..sebab ini juga first time hubby merasanya..kat Sg Petani tak der asam pedas tetel, Mereka juga menjual asam pedas ikan pari, ikan parang dan ikan tenggiri...dan macam-macam ikan lagi...Melaka ni memang terkenal dengan asam pedas...
Hari-ke-3, meronda Mini Malaysia...
Dan perjalanan diteruskan ke Muar hanya untuk makan mee Bandung Muar yang famous..
Kemudian bergerak semula ke Port Dickson untuk bermalam disana..
Hari ke-4, selepas selesai bersiar-siar di Teluk Kemang, perjalanan diteruskan untuk pulang ke Sungai Petani...masing-masing dah kepenatan..tak mampu nak berkata-kata lagi...semua dah terlelap accept orang depan saja..
On the way, hubby dapat call mengatakan yang wife kepada kawan sekerjanya meninggal dunia...mengidap tumor otak.. dan baru saja lepas bersalin anak ke-4..baru lepas pantang...HL berkesempatan bertemu dengan aruah kira-kira 3 minggu sebelum aruah pergi...So sampai di Sungai Petani around pukul 6.30pm...lepas maghrib we all bergerak ke Perlis untuk ziarah aruah.
Al-Fatihah...Semoga aruah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..
Semoga suaminya dan anak-anaknya tabah menerima dugaan ini..
Insyaallah...we all akan ke Melaka lagi sebab tak sempat pergi ke Kampung Morten...dan satu lagi we all dah jatuh chenta ngan Melaka...best bandaraya dia...sesuai untuk riadah dan cuti bersama keluarga.
jalan2 carik info
ReplyDelete=)