Pages

Monday 14 May 2012

Puding Roti



Resepi ni saya ambik from kak Nani.Tengok pic macam sedap jer...bila dah jadi memang sedap...especially bahagian yang berkerak...saya suker sangat!!!....
So sapa-sapa yang berminat nak mencuba sila lah....resepi ini saya buat separuh dari resepi asal kak Nani.
Oh ya! Kak Nani juga ada menjual collagen dust, saya perasan sejak mengamalkan makan collagen ni, sakit belakang dan tangan saya berkurangan...Tidak lagi mengalami kesakitan macam dulu.Collagen ni diperbuat dari sirip ikan yu...so sapa-sapa yang allergic tu...kena minta nasihat doctor dulu.Tapi sepanjang saya mengamalkannya, tidak ada apa-apa alahan dan kesan sampingan yang memudaratkan.Pada yang berminat sila hubungi Kak Nani yer!!!!...

Bahan-bahan:
5 keping roti Gardenia Butterscotch
1 cwn susu segar
1 cwn diary whipping creamm,
1/2 cwn gula castor
3 biji telur Gred A
1 tsb esen vanilla
4 tsb butter
1 tsb gula perang
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
Kismis secukupnya

 Sos Custard
500ml susu segar*
Gula mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki*
2 tsb Tepung jagung*
1 tsp esen vanilla
*Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau.
Kemudian masak diatas api sehingga mendidih.Masukkan esen vanilla.
Kacau sentiasa agar tidak berketul dan sehingga likat .

Cara membuatnya:
Untuk Puding.....
Panaskan oven selama 5 min.
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserol
Susunkan roti
Campurkan susu, whipping cream, gula, telur dan esen vanilla dalam satu bekas dan kemudian pukul sehingga sebati
Kemudian tuangkan bancuhan ini keatas roti
Biarkan roti terendam selama sejam
Selepas itu taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis diatas permukaan roti sebelum dibakar
Bakar pada suhu 160'C selama 30 min.Kalau inginkan permukaan roti agak garing tambahkan lagi 10 min.
Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
Puding ini sedap dimakan dengan sos custard.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...