Pages

Thursday 10 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL - (27 apr-6 mei 2012)



Tiba-tiba teringat belum publish lagi story tentang ini.Rosak bahasa bila campur aduk macam ni kan.....Tapi rosak lagi bahasa anak2 muda sekarang..terlampau banyak singkatan..sampaikan anak remaja saya sms ....saya terpaksa ambil masa nearly 10seconds or more utk faham apa maksudnya..dan saya pernah menegur anak saya kerana guna shortform yang buat saya jadi keliru....Tetapi disebabkan sudah jadi kebiasaan mereka, hari ini berpesan..esok semua lupa..dan saya still lagi dapat sms short form..kesian kat mak dia ni....!!!
Tempohari  saya sempat lagi menyertai rombongan Persatuan Penulis Perlis (PEP) menghadiri Pesta Buku Antarabangsa di KL.Tak sangka sama sekali betapa ramainya pengunjung, ribuan manusia menghadirinya.Paling bangga bila ramai orang-orang Melayu meminati buku.Berpusu-pusu manusia keluar masuk bangunan PWTC, sehingga nak berjalan pun ambil masa nearly half and hour dari satu booth ke satu booth.Berada didalam dewan karangkraf saja pun dah berpinar biji mata...Rambang mata memilih dan menilik buku.Paling suka dapat autograph from penulis Ombak Rindu..sapa lagi kalau bukan Fauziah Ashaari.
Syarikat penerbitan Nukilan Unggul Publications juga sempat mempromosi karya sulung mereka...seperti novel diatas....dihasilkan daripada PEP karya asal daripa Ummi Zainab.Semoga banyak lagi karya-karya mereka dimasa akan datang untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di Malaysia.
Bila berada didalam kelompok mereka..penulis-penulis ini...Ya Allah!...betapa bezanya duniaku dan dunia mereka...terasa serba kekurangan...maklumlah kita ni banyak hentam kromo saja, asal jadi....sedangkan mereka sentiasa cuba untuk memartabatkan bahasa....Kadang-kadang alam sekeliling bisa merubah jiwa seseorang....
Ingatkan sempat untuk mengintai demo sulaman riben daripada Suzana Hamzah atau berjumpa dengan Prof. Dr Muhaya.. (senior saya masa sekolah menengah dulu)..favourite juga ni....Tapi semua tak berkesempatan sebab anak-anak saya sibuk dengan aktiviti memilih buku masing-masing.Terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan kerana didalam kesibukan ini takut terlepas pandang.Tangan saya juga tak lepas mengenggam tangan si kecik...takut hilang dalam ribuan manusia.Dalam control pun, anak saya yang besar hilang juga dari pandangan, nasib baik dah besar, dia tunggu didepan pentas dan ada telefon.Senang nak jumpa....
Bagi orang-orang KL mungkin ini pandangan biasa untuk mereka, tapi untuk saya,luarbiasa...sebab saya sudah terlalu lama tidak dihimpit masalah terpaksa beratur panjang untuk membeli barang-barang, traffic jam sampai 3 atau 4 jam..atau mungkin lebih...Sekarang rasa release sangat sebab saya keluar dari masalah kesibukan...pergi keja pun rasa smooth saja...no traffic jam.
Tapi kenapa tak jumpa yer buku-buku masakan Mat Saleh.Tak habis menjelajah kot!!!...
Hopefully tahun depan ada rezeki..nak pergi lagi la PBAKL ni...Best sangat!!!....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...