Pages

Saturday 17 March 2012

Choc moist cupcakes




Bahan-bahannya:
Untuk kek sahaja
Resepi asal : munira baharum
Bahan A
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak
*Semua bahan-bahan A diatas gaul sebati dalam periuk dan masak atas api perlahan, bila semua bahan dah sebati, tutup api dan rehatkan kejap

Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
* semua bahan B diayak...

Bahan C
4 biji telur gred A (blender)

Buttercream chocolate topping
250g butter
1 cwn gula icing
1 tsp vanilla esen
3-4 tsb susu cair
3/4 cwn serbuk koko
Sedikit hiasan tambahan....

Cara-cara membuatnya:
Bahan B dan Bahan C campurkan ke dalam bahan A, kaup balik sehingga sebati.
Masukkan ke dalam cawan kek saiz sederhana, isipadu separuh sahaja....
Bakar didalam ketuhar dengan suhu 175'C selama 20 min
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan letakkan diatas redai dan biarkan kek sejuk...

Untuk buttercream chocolate topping, cara-caranya....
Putar mentega, kemudian masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit kedalam adunan, putar lagi dalam 3 min atau sehingga mentega sebati ngan serbuk koko
Masukkan sedikit demi sedikit gula icing, kalau nak manis lagi...sila tambah gula yer!
Putar sehingga sebati
Masukkan esen vanilla, putar dalam 2 min shj
Kemudian masukkan susu cair
Putar lagi dalam 3 min shj....
Kemudian masukkan semua adunan buttercream dalam kelongsong plastik..lubangkan hujung bucunya...picitkan adunan buttercream keatas kek dan hias ikut citarasa sendiri....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...