Pages

Sunday, 27 January 2013

Laksa

Salam untuk semua..
Apa khabar semua?Diharap semua pengunjung blog HL sihat-sihat semuanya, sekarang ni gangguan penyakit sukar dijangka.Kanak-kanak juga amat mudah demam yang berpanjangan.Silap-silap boleh pusing lebih dari 3 klinik, belum tentu baik...so kena juga berikhtiar sampai anak-anak sihat.Risau kan..bila anak sakit.Itulah perasaan sebenar seorang ibu..amat susah hati kalau anak sakit.Ibu sanggup berkorban apa saja demi kesihatan anak yang disayanginya.Tapi yang berlaku sekarang ada juga yang sanggup membuang zuriat mereka.Dicampaknya sesuka hati...Simpati dengan baby-baby tersebut..Kalau tak mahu, berilah kepada sesiapa yang memerlukan..Masih ramai insan yang mengharapkan berlakunya "magic" dalam kehidupan mereka..
Okaylah cerita selingan kita hentikan.Teruskan ngan cerita ni pulak....
Tetiba saja teringat nak buat laksa, dah lama tak makan dengan sepuas-puasnya laksa buatan sendiri.Actually bukan laksa buatan sendiri..tak pandai nak menguli tepung untuk buat laksa.Laksa kena beli juga tapi kuah buatan sendiri..citarasa sendiri.Citarasa orang utara...laksa Kedah lain dari laksa Penang..walaupun dua-dua negeri from utara.Laksa Penang manis sikit ada campuran nenas, daun pudina dan petis.Tapi laksa Kedah ka..Penang ka..dua-dua sedap...

Saya guna laksa Mak Siti..laksanya keci-kecil tak gemuk.Saya tak minat sangat ngan laksa yang gemuk-gemuk.So, rebus dalam 2 bungkus..sebab haluskan so kenalah rebus 2 bungkus.Seisi rumah asyik berulang makan saja.Kalau nak tahu...pada yang tak tahu la...dulu saya pun tak tahu juga.Orang akan makan bihun goreng dengan kuah laksa.Saya pernah try...patutlah orang suka..memang sedap.So jadi kebiasaan makan bihun goreng ngan kuah laksa.Trylah kalau nak tahu apa rasanya..don't worry takkan keracunan punya...malah bertambah sedap.Itu pandangan saya la..pandangan orang lain..saya tak tahu..

So pakat-pakat mai kita tengok resepi dia pula...

Bahan-bahannya:
1 kg ikan kembung atau ikan sardin (ikan dibuang perut, dicuci dan direbus)(Saya buang mata ikan..kesian dia --buta---sebab mak saya kata mata ikan akan menyebabkan kuah laksa berwarna gelap, so saya ikut petua mak saya)
1 bungkus laksa (direndam dan direbus sehingga lembut dan toskan)
20 biji Cili kering (direndam dan diblender hingga halus)
5 butir bawang besar (diblender halus dengan belacan)
2 inci belacan
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum secukupnya
Asam keping secukupnya
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
Garam dan perasa secukupnya

Ulam-ulaman:
Bawang besar dihiris halus
Daun salad dihiris
Telur rebus (dibelah dua atau empat)
Cili padi (dihiris halus)
Cili merah (dihiris)
Limau nipis
Timun dihiris memanjang

Cara membuatnya:
Ikan yang telah direbus, dipisahkan isi dan tulangnya.Kemudian blender isi ikan dengan air sehingga halus dan masukkan dalam periuk yang agak besar. 
Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan masukkan dalam periuk yang berisi isi ikan tadi.
Kemudian blender tulang ikan tadi dengan sedikit air, selepas itu tapis dan masukkan dalam periuk.
Masukkan juga cili kisar , bawang besar yang diblender dengan belacan, bunga kantan, asam keping, lengkuas.
Rebus kuah laksa sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa .Biarkan mendidih sekejap lagi, selepas itu tutup api dan bolehlah dihidangkan laksa dengan ulamannya. 
So, selamat menjamu selera......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...