Ini ialah resepi asas untuk membuat doh untuk roti bun
Bahan-bahan untuk doh:
600g tepung high protein
1 biji telur & air (campurkan telur & air hingga menjadi 340ml)
1 1/4 tsp garam halus
2 tsb mentega @ marjerin
6-8 tsb gula castor
2 tsb susu tepung
1 tsp esen buttermilk
1 tsp bread softener
1 tsp bread improver
1 tsb @ 1 bungkus yis mauripan
Cara-cara membuat doh..ikut turutan..menggunakan breadmaker
Mula-mula masukkan campuran cecair ke dalam breadmaker.Selepas itu masukkan mentega,garam halus, gula castor, susu tepung dan buttermilk
Kemudian masukkan tepung sehingga menutupi permukaan cecair
Masukkan bread improver, bread softener dan akhir sekali yis mauripan
Setkan ke programme DOUGH dan start.
Proses ini mengambil masa selama 1 1/2 jam
Apabila proses selesai, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
Boleh buat apa saja roti bun yang disukai dengan doh ini termasuk pizza
Masa pembakaran roti selama 20 min dengan suhu 180'C
No comments:
Post a Comment