Hari ini semua bercuti rehat..tak kemana-mana, berehat saja dirumah, lagipun sibuk ngan urusan mengemas, mencuci dan segalanya.Rutin biasa bagi yang bekerja, hanya hujung minggu boleh lakukan semua tugas tersebut..lagipun sekolah baru saja bermula so rasa masa amat tight sangat, anak-anak seharian sibuk dengan urusan sekolah dan kerja sekolah yang agak banyak sebab tahun ini bermula Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) so banyak masa perlu dihabiskan dengan mengadap buku saja.Kerja sekolah perlu dihabiskan, kalau tidak ada yang kena denda kang...
Actually dah lama teringin nak makan tapai ni..memang favourite dari dulu sampai sekarang.Selalu saya beli dikedai makan saja, tak boleh nak beli banyak-banyak..yelah! satu bekas dadih RM1.00, kalau 10 bekas dah berapa...kekadang ada juga yang dijual dalam balutan daun getah..klasik gitu!!!.Tak ingat berapa harganya..Tapi memang saya amat suka dengan tapai.so saya cuba buat sendiri tapai ni..dah lama tak merasa tapai buatan sendiri
Resepi tapai ni simple saja yer!Semua orang boleh buat..So, let's go to the recipe...
Bahan-bahannya:-
1 kg beras pulut (basuh dan toskan)
1000ml air
1 biji ragi (dihancurkan sehingga halus)
Cara-cara membuatnya:
Masukkan beras pulut dan air kedalam periuk tekanan.
High pressure selama 7 minit. (Boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker biasa, saya biasa guna pressure cooker)
Bila pulut dah masak, keluarkan wap tekanan...kemudian buka penutup dan gaulkan pulut selepas itu tutup semula dan biarkan dalam fungsi warm selama 10 minit
Selepas itu, biarkan pulut betul-betul sejuk barulah ditabur ragi (gunakan penapis teh dan tekan-tekan ragi sehingga menutupi permukaan pulut)
Kacau pulut dengan senduk (jangan gunakan tangan yer!) sehingga bergaul rata dengan ragi
Kacau pulut dengan senduk (jangan gunakan tangan yer!) sehingga bergaul rata dengan ragi
Masukkan dalam cup dadih atau balut dengan daun pisang dan biarkan semalaman barulah boleh dimakan
No comments:
Post a Comment