Pages

Monday 30 July 2012

Rendang Ayam Pedas


Ramadhan ke-9.Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di dunia.Para ibu setiap hari mesti sibuk menyediakan juadah untuk berbuka kan..samada di masak sendiri atau dibeli di bazar ramadhan yang sentiasa sibuk dan meriah dengan lauk-pauk berbagai pilihan. Tunjuk saja yang berkenan, maka pertukaran akan berlaku. Pendek kata macam-macam ada di bazar ramadan, daripada makanan harian sehinggalah bermacam jenis air minuman, kuih-muih, lauk-pauk dan berbagai nasi.Rambang mata dibuatnya,tak tau mana satu nak pilih.

 Begitulah juga hari-hari terpaksa fikir nak masak apa hari ini...selak buku resepi...walaupun dah khatam berpuluh-puluh kali. Tak cukup ngan buku, boleh surve blog blogger-blogger masakan juga. Banyak blog berkaitan masakan kalau kita rajin surve internet, sambil-sambil itu kita juga menyokong mereka dari jauh sebagai blogger yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada pembaca blog masing-masing.Tak pernah kering ngan idea

 Hari ini saya pun dah pening nak masak apa...nak masak yang simple-simple saja untuk bersahur nanti.Waktu berbuka tidak makan nasi jadi nasi hanya dihidangkan waktu sahur sahaja.Waktu berbuka banyak makan seperti mee, bihun dan kuih muih.Setelah puas menyelak buku resepi dan berjalan-jalan dari pintu ke pintu rumah blogger masakan, akhirnya singgah lagi di rumah CMG. Mat ni bermacam-macam idea ada. Sedap-sedap lak tu hidangan dia.....Jadi saya buatlah rendang ayam ni walaupun tak berapa menjadi sangat tapi sedappp...maklumlah bila dah malam-malam ni memang payah nak dapat barang-barang  untuk melengkapkan hidagan, saya masak kira apa yang ada sajalah... 
 Resepi untuk rendang ni boleh lihat di rumah CMG.Tapi saya letakkan disini juga untuk peringatan dimasa hadapan.Senang untuk saya refer nanti.Saya punya rendang versi tak lengkap...ikut bahan yang ada sahaja.Cuma rasanya memang sedap samada nak dimakan dengan nasi atau roti ke, dengan ketupat atau lemang pun boleh....Terima kasih untuk CMG yang tak jemu-jemu berkongsi dengan pembaca-pembaca diluar sini.Semoga murah sentiasa rezeki CMG dengan keikhlasannya itu...
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong ikut suka, cuci bersih dan toskan)
1 kotak santan
2 keping asam gelugur
1 camca besar penuh gula melaka
3 helai daun limau purut (saya tak guna, tak der stok)
2 helai daun kunyit (disiat-siat dan dimayang halus)
400ml air
2 1/2 camca besar kerisik (saya tak guna, tak der stok)
2 camca besar rempah rendang Baba's
Garam secukupnya

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 batang serai (dihiris halus)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga terbit bau harum.Masukkan rempah kari rendang , kacau rata dan terus menumis sehinnga pecah minyak.Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.
Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata sehingga mendidih.Tambah kerisik, asam gelugur dan sedikit garam. kacau lagi dan masak dengan api kecil sehingga rendang pekat dan ayam masak.
Masukkan gula melaka dan tambahkan garam secukup rasa.Kacau dan masak sekejap lagi. Terpulang pada diri sendiri samada nak rendang berkuah atau kering.Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata dan matikan api.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...