Assalamualikum..
Selamat bertemu kembali..
Sori la..pic dimasukkan dahulu, betul-betul not in good mood..ketidakselesaan bila banyak buat keja rumah and banyak bergerak.."slipped disk" and sakit belakang yang agak kerap kebelakangan ni yang membuatkan tak berapa selesa nak duduk menaip entri .Lebih suka bersandar dengan selesa sambil menonton TV especially bila dah addicted ngan korean drama..syok juga yer! Patut la ramai dok ralit depan TV bila menonton ceta Korea. Tak tahu lah sebab apa sakit ni datang kembali..may be pengurangan kalsium yang agak kritikal.Biasa la bila jarang amalkan minum susu Anlene...
Sambil itu dalam tempoh percutian yang agak panjang ni..panjang le juger bagi yang bekerja..nak menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki lagi.Agak sibuk ngan persiapan anak-anak untuk menyambung persekolahan, shopping compleks waktu ni memang banyak sale..hujung tahun katakan...so ambil kesempatan untuk membeli persiapan persekolahan mereka.Tahun ini 2 orang saja yang bersekolah, kakak pula baru habis spm..So, boleh save sikit bayaran baby sitter, tapi lepas kakak menyambung pengajiannya, terpaksa fikir soal baby sitter lagi...
Sambil relax-relax dirumah, terasa nak buat sesuatu..paling best buat kuih ni..agaknya sebab ni kot saya sakit belakang..maklumlah pulut ni kan berangin sikit..Tak kesah la..yang pastinya sedappp sangat...buat satu loyang saja..ngam-ngam untuk satu famili.Rasa-rasa serimuka yang dibuat sendiri lebih sedap berbanding dibeli sebab kita boleh menggandakan kuantiti bahagian atasnya..Abaikan permukaannya yang kedut seribu tu, saya tak tutup permukaannya sewaktu dikukus..malas kot!!...Tapi color hijaunya cantikkan..saya suker!!!...
Resepi ni saya terjah ke sini, saya suka cari resepi kuih-kuih melayu disini...tapi saya buat ni versi biasa saja..cuma ikut bahan yang ada saja.Yang penting sedap..resepi CMG jarang mengecewakan saya...kalau jelajah keseluruhan blog CMG macam nak cuba semua masakannya..bukan blog CMG saja saya terjah..banyak blog-blog lain saya terjah..kalau tak BW rasa macam tak lengkap...
Okaylah...resepi saya letak juga disini untuk rujukan tapi saya dah edit sikit ikut kesesuaian...
Bahan-bahannya:-
Bahan lapisan bawah
300g beras pulut
200ml santan cair
1 helai daun pandan disimpul
3/4 tsp garam halus
Bahan lapisan atas
300ml santan
4 biji telur gred A
4 helai daun pandan, dipotong kecil (diblender dengan santan dan ditapis untuk diambil airnya)
180 g gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau
Cara membuatnya:
Pulut dicuci dan ditoskan
Alas loyang bulat berukuran 9" dengan plastik dan sapu sedikit minyak pada plastik tadi
Masukkan pulut kedalam loyang dan masukkan santan serta daun pandan serta sedikit garam
Kukus selama 25 minit, selepas itu gemburkan pulut dengan garpu, buang daun pandan tadi.
Tekan permukaan pulut sehingga padat.
Sambung kukus untuk 5 minit lagi
Untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, tapis untuk diambil airnya.
Kemudian bancuh dengan semua bahan-bahan untuk lapisan atas.Kacau dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas.
Tenggekkan atas air mendidih, kacau sehingga bancuhan agak pekat
Berhati-hati tuang atas permukaan pulut tadi dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus untuk 25 minit lagi
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan hidangkan....
Selamat Mencuba......
Slm honey..slamat thn bru.tq sudi ke dpur zila..kunjugan bls kesini jgk.
ReplyDelete