Pages

Tuesday 7 May 2013

Sekitar Pilihanraya Umum ke-13 - 050513

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pilihanraya umum ke-13 telah pun berlalu dan pembentukan kerajaan telah pun bermula.

Kepada calon-calon yang bertanding dan telah memenangi kerusi masing-masing , tahniah diucapkan.

Semoga YB-YB  semua akan menunaikan segala janji dan manifesto yang telah dilaung-laungkan untuk rakyat sebelum pilihanraya . Jangan pula selepas pilihanraya, segala janji tersebut hanya tinggal janji semata-mata.

Rakyat semua amat mengharapkan YB-YB ini mewakili suara hati mereka demi kemajuan Negara Malaysia yang tercinta.




 









Saya mengundi di kampung asal saya di Perlis...Suasana sewaktu menjelangnya hari mengundi..saya rasa biasa sahaja mungkin sebab negeri Perlis ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.


Kemeriahan pilihanraya juga sederhana sahaja.

So, bila nak melangkah masuk ketempat mengundi pun rasa selesa sangat sebab sampai saja dipusat mengundi , tak perlu nak beratur panjang, tak perlu nak berpanas ...dalam 10 minit everything settle.

Tapi...sapa tahukan....tahun-tahun mendatang macam mana lah agaknya cara pengundian dijalankan...entah-entah just tekan button computer saja.Who knows!!!!....

Tapi...UNDI adalah rahsiaaaaa!!!!......rahsia sangat sampai anak-anak bertanya pun...tak dapat jawapannya juga.

Yelah!!...kenalah buat cara begini sebab kalau diwar-warkan nanti bila sampai masa diaorang pulak nak mengundi...silap-silap diaorang pula tak reti nak tutup mulut.

Saya juga bawa semua anak-anak saya ketempat mengundi supaya diaorang dapat belajar dari awal lagi.Proses pembelajaran ini memang sepatutnya diterapkan daripada rumah.














Ini juga merupakan tahun pertama kita mengundi kena calit ngan dakwat.Macam teruja sangat...
Review lam FB pun, ramai yang paste jari-jari runcing masing-masing ngan dakwat.Alahai!...5 tahun sekali...apa salahnya kan!!!!...buat kenangan....
5 tahun lagi...belum tentu jari ini akan wujud lagi.Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...

Pusat mengundi ialah sekolah lama saya....Perubahan yang banyak sekali.Dulu-dulu bersekolah disekolah ini dengan keadaan bangunan yang buruk dan agak usang.Sekarang semua dah berubah....Bangunan usang dah digantikan dengan bangunan yang lebih cantik dan fasiliti yang lengkap.
Beruntungnya anak-anak yang bersekolah dizaman sekarang...semuanya serba lengkap.
So, belajar rajin-rajin yer!!!....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...