Pages

Tuesday 21 May 2013

Masak Lemak Pucuk Ubi

Salam untuk semua...
Lama betul tak bersiaran..
Teringin sangat nak publish disini, tapi apakan daya masa tak mengizinkan.
So, boleh jenguk kejap-kejap sajalah...sekejap pun dah kira Ok...berasap jugalah dapur cyber ni...
Hari ini just nak kongsi masakan ini sahaja
Pasti semua orang tahu buatkan
Alah!!!!...senang saja...
Yang sebenarnya nak kongsi pokok ubi ini
HL rasa ramai yang tak kenal pokok ubi ini
Zaman sekarang susah nak jumpa, tak sama macam pucuk ubi yang biasa dijumpai di kampung-kampung atau dibelakang rumah jiran ke!
HL sendiri pun tak tahu nama sebenarnya or nama saintifiknya.
Tapi kalau dah direbus and the dibuat ulam or masak lemak cili api...memang sedap!!!!
Daunnya juga kurang menyebabkan angin satu badan kita ni...Almaklumlah bila dah masuk age silver going to gold ni...macam-macam alahan and macam-macam penyakit menyinggah
 
So inilah pokok ubi tersebut...HL panggil pokok ubi kerinting ajelah!
 


 
 masak lemak cili api
 
Resepinya macam biasa saja.
Mula-mula pucuk ubi ni kenalah cuci dahulu and then just ambil daunnya sahaja dan rebus agak lebih kurang selama 5 minit
Kemudian just ambil daun yang dah direbus sahaja, airnya tak perlu,boleh buang...
 
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili burung or orang utara panggil "cabai Melaka"...and then campur sedikit ikan bilis dan asam keping.
Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi berserta santan kedalam periuk dan dimasak atas api sederhana saja.
Bila dah agak mendidih, masukkan daun ubi tadi dan dikacau sebentar.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

1 comment:

  1. salam..

    ni sayur kampung yang saya suka sangat makan terutama masakan mama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...