Pages

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Hari ini tentu meriah kan...semua sekolah mengadakan sambutan hari guru masing-masing untuk meraikan penat lelah guru mengajar dan mendidik anak bangsa
 
 
Image from Pak Cik Google
 
Pastinya berbagai hadiah dan buah tangan yang diterima oleh guru daripada anak-anak didiknya.Tapi bukan itu yang diharapkan oleh seorang guru...mereka mahu anak-anak didiknya berjaya dan terus berjaya di dalam kehidupan.
 
Anak HL juga sibuk sangat membalut hadiah untuk diberi kepada gurunya.

HL juga mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, tak kira guru yang dah berhenti atau yang dah retired.Anda tetap seorang guru....
 
 
Image from pak cik Google

Kepada guru-guru di sekolah rendah...Sek Keb Utan Aji, Perlis...(77-81)(sekolah kampong der!)..Sek Tun Fatimah, Johor Bahru (SK82-87)...Terimakasih banyak-banyak diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru sekelian....Jasa dan pengorbanan anda semua tak ternilai harganya...

Untuk guru-guru yang mengajar anak-anak HL...Guru daripada Sek Keb Sungai Pasir dan Sek Men Keb Sg Pasir, Sg Petani, Kedah...Guru daripada Sek Men Taman Daya, Johor Bahru.....
Terima Kasih tak terhingga untuk para-para guru sekelian yang telah bersusah payah mengajar mereka.Jasa-jasa kalian amat dihargai dan akan dikenang sampai bila-bila.
 
Bunga Sirih Untuk Guru
 
Guru adalah ibu pengasuh budiman
Guru adalah ratu lebah
Lalu memujuk membelai kelopak
Cinta kasih saying
Lilinnya berbunga sinar cahaya
Madunya berbunga penawar jiwa
 
Guru adalah penyu pengasih
Lalu menabur bunga telur
Baktinya segar mewangi
Sepanjang pantai zaman
 
Guru adalah lampu penyuluh
Pedoman kehidupan
Guru adalah pendakwah
Lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
Memimpin insan
Ke jalan lurus ke padang luas
 
Bunga sirih bunga pinang
Terima kasih terima sayang
Budi bicara guru berjasa
Kami sanjung tinggi
 
J.M Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
 
 
Image from pakcik Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...