Pages

Sunday 19 May 2013

Florentine Cookies


Hari ini HL sediakan cookies yang simple sangat.Banyak stok bahan-bahan kekacang masih tersimpan so bila terpandang resepi ini di blog Ita Masam Manis so teringin nak mencuba.
Resepi ini menggunakan tepung florenta.Tepung ini boleh didapati dikedai menjual bahan kek.Tauke kedai sarankan HL guna Golden Florenta..katanya lebih sedap dari Florenta...sebenarnya peranan tepung sama sahaja..so boleh guna salah satu.Kalau ke kedai bahan kek just tanya tepung Florenta.


Pernah makan biskut kacang yang potong-potong tu!!...Florentine cookies ini lebih kurang biskut tersebut.Cuma cookies ini kita guna kekacang yang agak mewah seperti badam, biji matahari, pistachious dan kekacang yang lain lagi.Boleh dicampur-campur semuanya.HL menggunakan badam dan pistachious serta sedikit bijan.Ini saja yang ada...yang perlu dihabiskan.


Cara menyediakannya juga agak mudah dan senang sangat.Just campur tepung dan kekacang dan gaul semua sekali.Kemudian masukkan kedalam loyang yang dialas dengan baking sheet, lepas itu terus dibakar.Sewaktu pembakaran tepung ini akan mencair.
Bila siap dibakar dengan warna perang keemasan, keluarkan dari oven dan terus potong serta biarkannya sehingga sejuk.
Bila dah sejuk dah tak boleh nak potong pasal ia dah mengeras so kena potong sewaktu masih panas.


HL catatkan resepinya disini yer!

Bahan-bahannya:-
200g tepung florenta
200 g badam keping (HL guna badam keping 100g dan badam potong 100g)
100g biji kuaci (HL guna pistachious 100g)
Bijan hitam secukupnya (HL guna campuran bijan hitam & putih)

Cara Membuatnya:
Panaskan oven
Kemudian bakar bahan-bahan kekacang selama 5 min suhu 160'C
Gaulkan semua kekacang dengan tepung florenta sehingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper.Baking paper ini mengelakkan biskut melekat didasar loyang.
Ratakan nipis.
Bakar didalam ketuhar suhu 160'C selama 10min-20 min sehingga adunan mencair dan berwarna perang keemasan.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terus potong.
Biarkan cookies sejuk sepenuhnya sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba!!!...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...