Pages

Saturday, 18 February 2012

Nasi jagung


Nasi Jagung Berserai
Sumber : CMG

Resepi nasi ni saya ambil from blog Cik Mat Gebu lagi.Cuba masak nasi ni untuk anak-anak...Mereka kata sedap sgt.Kadang-kadang idea memasak ni mmg tumpul terus..so kena la jenguk2 umah jiran..apa yer CMG masak..menarik juga nasi ni...Bila hari minggu memang saya akan cuba juga buat sesuatu yang lain dari hari biasa.Al maklumlah saya bekerja, so bila balik kerja saya teramat-amat penat...makan pun semua simple-simple.
Hidangan tengahari ni adalah resepi tertangguh juga..niat di hati nak update blog ni kalau boleh hari-hari.Tapi tak kesampaian juga...saya cuma update bila saya ada masa terluang saja.Kalau sibuk sangat or penat sangat..memang saya perlukan masa untuk rehat betul-betul.Blog pun akan sepi juga...
Ok disini saya salin resepinya yer!!!...

Bahan-bahan:-
4 cwn beras basmathi (cuci dan toskan)
1 cwn air dari jagung dalam tin*
1 cwn susu cair*
4 cwn air*
(* disatukan)
1 helai daun pandan-disimpul
1 cwn jagung dlm tin
1 cwn kacang peas dlm tin (yg ni saya tambah) 
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan tumis:-
1 biji bawang besar dadu (saya blender pasal anak-anak tak suka bawang, bila blender mereka tak perasan)
1 inci halia- diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk
1 btg serai-ditik
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung atau minyak masak

Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga harum
Masukkan beras dan gaul rata, goreng sekejap.Kemudian alihkan ke dalam rise cooker.
masukkan jagung, daun pandan, air+susu+jus jagung.
Masukkan sedikit garam, kacau dan biarkan nasi masak...
Bila nasi dah masak..gembur-gemburkan nasi tersebut...
Boleh dimakan dengan sambal ayam ..

Friday, 17 February 2012

Pekasam ikan Puyu Aziah


Pekasam ikan puyu saya beli daripada Aziah, kawan satu ofis.Ikan puyu ni sebesar ibu jari je...bayangkan emak Aziah betapa rajinnya dia menyiang ikan yang kecil-kecil ni.Saya sendiri rasa tak sanggup...Pekasam ni sedap sgt..homemade...Dimakan dengan lauk-lauk sampingan sebagai juadah tengahari..Saya goreng saja sehingga garing dan kemudian campurkan cili dan bawang merah yang diracik..goreng hingga garing...sedap sgtt...masa nak goreng ikan ni, tak perlu cuci serbuk pekasam ni..just goreng terus sehingga garing.

Monday, 13 February 2012

Sardine puff

Kali ini saya letakkan resepi yang paling ringkas dan simple...bahan-bahan mudah didapati.Sesuai untuk minum petang..

Bahan-bahannya:
Pastri puff jenama KAWAN (ada di jual pasaraya2) (saya beli di Giant Sg. Petani..di Tesco..dah cari tp tak der) (1 pack ada 10 kpg)
Sardine
2 biji Kentang
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara membuatnya:
Defrostkan kulit puff
Potong dadu kecil-kecil ubi kentang dan bawang besar
Boleh tambah 2 biji cili merah..kalau suka..potong halus juga
Sardine dihancur-hancurkan
Kemudian tumiskan kentang dan bawang besar sehingga lembut
Masukkan sardine, sedikit garam dan lada sulah
Kacau hingga sebati
Tutup api dan biarkan sejuk
Bila dah sejuk, letakkan diatas kulit puff pastri
Boleh buat seperti bentuk diatas atau cara lain
Kemudian sapu telur diatas kulit puff
lenserkan mentega atas loyang sebelum letak puff
Bakar dengan suhu 180'C selama 25 minit
(Inti utk puff boleh dibuat drp isi ayam atau daging...terpulang pada diri-sendiri)

Thursday, 9 February 2012

Oreo Cheese cake

Cheese cake lg..kali ni oreo cheese cake lak! Order fr anak saudara saya yg tgh study kat Matrik Kulim...Dia teringin nak mkn coz selalu saya tag sj pic2 kek yg sedap ni kat dia...At last sy terima lamaran dia utk buat sebijik cheese cake..kesian lak rasanya klu tak buat..nanti dok teringat2 lg..tak mao la jd mak sedara yg kejam lak!!
...anyway didoakan agar Farah dapat menamatkan matrik ni dgn cemerlang sekali n then leh continue lg ke mana-mana U.Dpt p obersee lg syok!!Klu kita tak ubah diri kita sapa lg yang nak ubah kan..kita sendiri juga yg kena ubah..pendidikan adalah aset yg tak ternilai untuk anak2 generasi masa depan..juga untuk diri kita juga!...Tak kira brp pun umur kita..sentiasa kena membaca untuk menambah ilmu...
Ok lah..melalut panjang lak..ni resepinya..nak penerangan yang  detail sila BW ke blog irmadilondon
Saya minta izin salin resepinya di sini yer!

Resepi asal from irma
Bahan-bahan utk dasar biskut
2 cwn penuh biskut oreo (klu suka tebal, lebihkan biskut)
2 tsb butter
1/4 cwn brown sugar
1 tsp serbuk kulit kayu manis (saya tak letak)

Bahan-bahan untuk Cheese Cake
2 ketul cream cheese Philadelphia (1 ketul beratnya dlm 250g)
1 cwn gula castor
1/3 cwn sour cream
3 biji telur
2 tsb tepung gandum
1 1/2 tsp esen vanilla
1 biji lemon (perah dan ambil jusnya)
1 1/2 cwn biskut oreo yg dipatahkan (belah 4)

Hiasan
1 paket kecil milk chocolate
1/2 cwn whipped cream (saya guna blueberry filling n buah-buahan spt dlm  gambar)
 
Cara-cara membuatnya :-
Biskut oreo perlu dibuang cream dibahagian tengahnya.Kemudian kisar dlm pengisar kering...juga boleh beli yang dah siap hancur dikedai-kedai kek.
Kemudian gaulkan dengan butter yang telah dicairkan.Masukkan brown sugar dan serbuk kulit kayu manis.
Gaul lagi sehingga sebati dan boleh dikepal-kepalkan.kalau berderai juga, tambah butter sikit lagi..
Kemudian tekankan didalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak
Sejukkan didalam peti ais sebentar dan teruskan kerja untuk membuat adunan cheese cake lak..
 
Pukul cheese dengan mixer dalam 3-4 minit sehingga kembang.Gunakan kelajuan sederhana saja yer!Jgn terlebih pukul lak..agak-agak dah kembang tu sila berenti...
Kemudian masukkan gula dan pukul lg dlm 3-4 min sehingga sebati
Masukkan sour cream dan pukul lg, sehingga sebati..dlm 3-4 min juga..
Kemudian masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla, putar hingga sebati...jgn lama2 tau..dlm 2 min sj..
Pecahkan telur sebiji kedalam adunan cheesecake dan putar dlm 1 min..Kemudian telur yg k-2..1 min juga,sehingga telur yg ke-3...putar lg dlm 2 min hingga sebati
Selepas itu kaup tepi-tepi mixer yang bersepah tu...kaup balik dlm 1-2 min
Tuangkan bahan cheesecake dlm loyang tadi...kemudian masukkan biskut oreo yg dipatah-patahkan..
selepas itu bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan kaedah bain marie..selama 50min dgn suhu 160'C..
Bila dah masak, keluarkan loyang berisi air dan biarkan kek didalam  oven selama 1/2 jam..
Renggangkan sedikit pintu oven
Bila dah agak-agak sejuk,masukkan dalam peti ais, may be selepas 2 @ 3 jam ..dah boleh keluarkan dari loyang...
Kemudian hias ikut kreativiti masing-masing...
klu tak mau makan, biarkan kek didalam  peti sejuk yer!
 

Carrot cake


Kek yang sedap ni saya perolehi from blog sorang blogger yang femes lagi gebu, sapa lagi kalau bukan CMG. Saya sula BW ke blog CMG, dari perlis sampai johor saya jelajah cari makan..akhirnya singgah kat Sedenak..Best resepi2 fr CMG ni..dr resepi kg sampai NY..semua ada...Nak makan apa semua ada..browse sj lam internet n masak pastu makan..
Resepi fr CMG ni untuk 1 adunan, saya buat pertama kali...rasa macam tak cukup lak..Lps tu saya buat lg tapi saya kena doublekan adunan..kasi besar gedabak sikit mcm pic kat atas tu.Deco still amatur lagi, it's ok..untuk makan2 sefamily sj..Sori la!..tak ingat nak ambil pic potongan kek lak..
Saya suka nenas yang CMG sarankan..coz rasanya mmg sedap..Ini pendapat saya la! Pendapat org lain sy tak tau..saya pernah guna epal hijau..tp saya tetap suka nenas lg..kacang walnut juga boleh diganti dengan badam...sy pernah try guna badam..sedap juga...May be macam-macam buah kita boleh letak..buah dadu saja tak leh! Patah gigi kang..Pendek kata resepi CMG ni mmg dah complete...satu lg yg saya suka kek fr CMG kandungan gulanya tidak berlebihan..orang kata "manis buah"...Pada sesiapa yang rajin tu, BW ke blog CMG..pasti anda terliur...saya copy paste sj resepi ni fr blog CMG, CMG pulak dapat dari kak Ida 1001 resepi
Thanks a trillion to both of them...atas resepi yang sedap ni..

Sumber : CMG & kak Ida 1001 resepi
BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Wednesday, 8 February 2012

Apam Mekar


Resepi ini saya ambil dari chef hanieliza  yang femes tu, dari sini . So saya tuliskan resepinya disini supaya senang untuk saya buat rujukan dikemudian hari..

Bahan-bahannya:
250g gula castor
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
200ml susu segar
300g tepung gandum
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanilla

pewarna
acuan kertas

cara-caranya:
Panaskan kukusan
Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan tepung gandum, susu dan ovalette.Pukul lg sehingga gebu
Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk
masukkan pewarna merah kedalam satu adunan dan kacau hingga sebati dan juga satu mangkuk lg masukkan pewarna hijau.
satu mangkuk lagi tidak perlu ditambah pewarna
masukkan setiap adunan dalam piping bag
picitkan serba sedikit adunan berlainan warna kedalam mangkuk kertas
Letakkan acuan kertas dalam mangkuk apam dan kukus selama 15 min.
Gunakan api kuat yer!
Bila dah merekah...bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai..

Apam polkadot


Yang ni pun laporan tertangguh juga, dah agak lama buat apam polkadot ni.Saya ambil resepi ini daripada hana , pic step by step juga ada. Boleh BW ke blog Hana.Macam-macam resepi ada.
Sekarang ni dah ada macam-macam dot dan paten..ada angry bird juga...Tapi yg ni saya nak share resepi asasnya sj, design atasnya boleh buat apa saja paten...nak lukis apa pun boleh..terpulang pada tuan empunya diri...
Rasanya mmg sedap, lembut dan gebu , boleh dipelbagaikan fillingnya juga..saya guna blueberry and strawberry filling.Bagi saya resepi hana ni dah teramat ok pasal apamnya walaupun dibiarkan seharian, dia tidak keras.Untuk filling boleh juga guna peanut butter, nutella atau kaya...
Anak-anak kecil mmg suka kalau ada kuih colorful mcm ni...berebut2...So,ini resepinya yer...

bahan-bahanya:-
Bahan apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220 g gula castor (saya guna 200g sahaja)
150ml susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovalette
1 tsp Esen vanilla

Filling blueberry or strawberry
Pewarna & mangkuk kertas secukupnya

cara-cara membuatnya:
masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan yg maksima dalam 6-8 min
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengkut citarasa anda
Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag
picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas size M yang telah disusun didalam acuan lompang
Kemudian letakkan  filiing secukupnya
Picitkan lagi adunan samada sama warna atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh, menutupi filling
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, biarlah berlainan warna jadi boleh nampak pebezaannya
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 min.Guna api sederhana sj.
Lapkan air dibahagian dalam penutup kukusan setiap 5 min supaya airnya tidak menitis atas apam.
atau balutkan penutup dengan kain kasa supaya air tak menitis atas apam
Bila dah masak bolehlah angkat dan sejukkan diatas redai, jangan biar di dalam pengukus nanti bahagian bawah apam akan menyerap lembapan yang berlebihan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...