Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti untuk semua rakyat Malaysia.Hari ini adalah hari cuti , tak kira untuk sektor awam atau swasta.Pelajar sekolah juga turut bercuti..itulah untungnya jadi rakyat Malaysia.
Wednesday, 2 May 2012
Saturday, 28 April 2012
Samsung Galaxy Tab
Hajat di hati memang teringin sangat nak memilikinya...kena tengok budget dulu.Tiba-tiba Celcom ada menghantar pesanan ringkas kepada saya menyatakan yang saya boleh memiliki gadget ini dengan harga tawaran Celcom.Rasa sangsi juga, adakah ini sms palsu...So, saya pergi ke pejabat Celcom dan bertanya pada petugas counter.Selepas mereka membuat pengesahan sms tersebut dan saya dioffer gadget ini dengan harga RM588 untuk Samsung Galaxy Tab 7 plus dan RM888 untuk 10.1.Tapi syaratnya perlu melanggan broadband package RM98 selama 2 tahun, kalau terminate service broadband ini dlm tempoh tersebut, penalty RM700.
Tanpa berfikir panjang saya terus booking, yelah..sapa nak bagi dengan harga offer ni...memang yang diidam-idamkan ....within 2 days dah dapat gadgetnya...
So, sapa-sapa yang dapat sms offer ni, silalah berkunjung ke Celcom berhampiran untuk pengesahan...dan 1 sms hanya untuk 1 gadget...offer ini juga adalah untuk loyal customer yang terpilih sahaja.Tawaran sehingga penghujung June 2012.
Kira-kira saya ni memang loyal customer coz saya menggunakan nombor tersebut since tahun 2005 lagi, tak terfikir nak tukar-tukar nombor telefon pasal sepanjang penggunaannya tidak pernah ada sebarang gangguan yang tak diingini.
So, kenalah jadi loyal customer lagikan...manalah tahu lepas ni ada offer lain lagi...
Mee Kari
Ini adalah sesi tayangan yang agak lewat...sebenarnya buat mee ni dalam cuti last week tapi saya tak sempat nak taip entrynya...sibuk sangat..n bila balik kerja dah penat so tak der mood nak update apa-apa pun.Hari ini baru ada kesempatan ...Menjelajah ke rumah masam manis, membuatkan saya berasa teruja dengan hidangannya, tengok gambar pun dah rasa sedap.... so apalagi...bermulalah acara merempit ke kedai membeli bahan-bahan dan sesi penyediaan mee ini..Saya sertakan resepinya disini untuk rujukan....
Sumber :masam manis
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning (direndam sekejap dan dicuci kemudian dicelur dengan air panas)
8 ulas bawang merah-dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam dengan air panas dan dikisar (saya guna 2 sudu besar serbuk cili)
1 cwn udang kering-direndam dan kisar
1 cwn rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
1 cwn santan
2 inci halia-dititik
2 inci lengkuas-dititik
2 btg serai-dititik
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kilo daging (saya guna ayam)
10 ekor udang
fishball & fishcake
kerang
tauhu sponge
Bahan-bahan lain:
1 bungkus mee kuning (direndam sebentar dan dicuci bersih kemudian dicelur dengan air panas)
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang- dihiris halus
Bawang goreng
limau kasturi
Cara-cara membuatnya:-
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan rempah kari daging, serai, lengkuas dan halia, biar masak sehingga pecah minyak
Masukkan sedikit air dan biar ia mendidih
Masukkan ayam
Kemudian masukkan ayam dan asam keping, biar hingga merenih
Masukkan udang, kerang, fishball dan fishcake
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan tauhu sponge dan biar kuah mendidih sekejap
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Mee ini dihidangkan dengan telur rebus, tauge, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan limau kasturi
2 inci halia-dititik
2 inci lengkuas-dititik
2 btg serai-dititik
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kilo daging (saya guna ayam)
10 ekor udang
fishball & fishcake
kerang
tauhu sponge
Bahan-bahan lain:
1 bungkus mee kuning (direndam sebentar dan dicuci bersih kemudian dicelur dengan air panas)
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang- dihiris halus
Bawang goreng
limau kasturi
Cara-cara membuatnya:-
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan rempah kari daging, serai, lengkuas dan halia, biar masak sehingga pecah minyak
Masukkan sedikit air dan biar ia mendidih
Masukkan ayam
Kemudian masukkan ayam dan asam keping, biar hingga merenih
Masukkan udang, kerang, fishball dan fishcake
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan tauhu sponge dan biar kuah mendidih sekejap
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Mee ini dihidangkan dengan telur rebus, tauge, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan limau kasturi
Tuesday, 24 April 2012
Green Velvet Cakes
Kek ini saya buat untuk memenuhi permintaan anak saya yang minta saya buatkan kek b'day abah dia.Dalam keadaan yang agak kepenatan dan keletihan, saya penuhi juga permintaan dia.Mula-mula tu planning nak buat rainbow kek, alahai...color tak cukup lak so yg ada color ni saja..jadilah kek baldu hijau ni...tapi saya suka sangat ngan color hijau ni...very soft macam lumut...cantik sangat color dia.Kek ni memang tak jemu saya makan, saya betul-betul suka ngan rasa dia...makan berulang kali sampai tak ingat yang saya sedang menternak lemak-lemak tepu...Nak mehyahcaskan lelemak ni yang paling sukar sekali...So kena beringat-ingat...dan saya bawa ke ofis untuk dijamah oleh kawan-kawan saya ...supaya mereka sentiasa gebu dan sehatttt.....!!!!....
Saturday, 21 April 2012
Nasi mandy
nasi mandy dan ayam
nasi mandy dan kambing
Ini adalah nasi arab atau nasi mandy yng memang sedang hangat dipasaran sekarang.Rata-rata ada restoran nasi arab sekarang ini.
Bagi sesiapa diluar sana yang kepingin makan nasi mandy disekitar Sg Petani, restoran ini terletak di Legenda Heights, bersebelahan dengan kedai perabut New Era.Di belakang ofis Ambangan Heights...
Harganya berpatutan dan ayam dan kambingnya juga dimasak dengan lembut dan aromanya yang lazat....So sesiapa yang mencari nasi mandy, cubalah ke sini.....
Iklan ini tiada apa-apa tau, sekadar berkongsi tempat makan saja....
Nasi Daging
Sumber : masam manis
Bahan-bahannya:-
1 kilo daging lempu (dihiris kecil-kecil dan rebus dengan 3 cawan air sehingga empuk)
3 cawan beras basmathi faiza (basuh, rendam sekejap dan toskan)
4 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 tsb minyak sapi (saya guna planta)
1 paket rempah kurma baba's (bancuh dengan sedikit air)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 inci kulit kayu manis
1 biji tomato (dicincang)
1 tin kecil kacang peas (boleh diganti dengan kismis)
Garam secukupnya
Cara-cara membuatnya:-
Panaskan minyak sapi dalam periuk untuk masak nasi.Kemudian tumis semua bahan-bahan yang dihiris halus
Masukkan juga kulit kayu manis dan serai .
Selepas naik bau, tumiskan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak
Kemudian masukkan air rebusan daging,daging, susu cair, garam dan tomato yang dicincang
Biar hingga mendidih kemudian masukkan beras
Alihkan periuk kedalam periuk elektrik
Masak nasi hingga kering air barulah masukkan kacang peas, gemburkan nasi dan biar hingga nasi masak sepenuhnya.
Bila dah masak, nasi ini boleh dihidangkan dengan air asam tomato.
RV cupcakes again......
RV lagi...yang ni order from kawan saya...really admire to bake this cake...Resepinya boleh refer pada resepi terdahulu.Toppingnya saya guna cream cheese dan mascarpone....mewah gitu!!!....
Subscribe to:
Posts (Atom)

