Pages

Thursday, 25 July 2013

Zara Sofea....

TAHNIAH....


 Zara Sofea dilahirkan pada 4th July tempohari.
Tahniah Chek Moon and Hubby dianugerahkan dengan baby secomel ini.
Geramkan...tgk pipinya yang bam-bam tu....
Semoga baby Zara dan ibunya diberi kesihatan yang baik sepanjang berpantang ini...


Friday, 19 July 2013

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Sumber : HomeKreation

     
Before this  ramai yang dah mencuba buat agar-agar ini...Seriuosly....memang sangat-sangat sedap....



Bahan-bahannya:
10g serbuk agar-agar
750ml air
160g gula pasir
1 tin (400g) susu cair
3/4 cwn serbuk milo
1 bungkus biskut Oreo (patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis)


Cara-cara membuatnya:
1)Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga larut
2)Masukkan gula & masak sehingga gula larut
3)Masukkan susu, kacau sebati dan masak hingga mendidih
4)Asingkan 2 cwn ke dalam bekas yang lain dan masukkan serbuk milo, kacau hingga sebati
5)Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dalam acuan dan biarkan mengeras sedikit
6)Panaskan campuran milo satu lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku
7)Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi
8)Taburkan biskut oreo
9)Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi
10)Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk


Tuesday, 16 July 2013

Air Jagung

Sumber : Ita Masam Manis

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..

Dah lama kan rasanya tak publish anything kat sini..Memang teringin sangat..kalau boleh hari-hari nak menulis di sini.Tapi apakan daya kekangan masa menyebabkan apa yang dirancang sentiasa tak menjadi.
Tapi tetap juga ada masa untuk mengintai ke blog blogger-blogger lain..Yang ni dah memang compulsory kena buat...



Anda di luar sana dah beli buku Ita masam Manis???...Saya dah...order direct from MPH...after payment settle, within 2 days dah sampai ke tangan...without any postage charges.Free postage until...tak ingat lak sampai bila...Kena check kat MPH online
Kandungan buku memang amat-amat useful..
Banyak resepi menarik di dalamnya sepertimana blog tuanpunya buku...
Buku ini ada 3 siri..
Siri Blogger Masakan : Manisan, Siri Blogger Masakan: Kek dan juga Siri Blogger Masakan : Biskut Raya.
Harga sebuah RM9.90...Berbaloi kan...
So, apa tunggu lagi...ini boleh dimasukkan dalam koleksi buku-buku masakan sedia ada selain daripada majalah Saji, Rasa dan sebagainya...


Air jagung...menu berbuka..serius sedap...betul!!!...tak tipu punya..
Actually ini menu air yang dibuat sendiri..hari-hari asyik minum air soya saja so teringin nak cuba air lain pula.
Punya lah malaskan...nak buat air!!!!Asyik beli saja...
Bila ternampak air ni dalam blog Ita...hati berkata-kata...kena cuba ni..bila tengok ingredientsnya yang agak mewah..sure sedap!!...
Yelah!...kalau nak compare dengan air jagung di luar sana yang dijual di bazar ramadhan...
Untuk berniaga tak bolehlah ikut resepi ni..mau melambung harganya...


 Nak resepi????...Okay...saya sertakan juga yer...boleh juga link ke sini...so saya copy paste juga...


AIR JAGUNG

Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair 
2 sudu besar Susu pekat manis

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais. 


Saturday, 25 May 2013

Tahniah Siti Nur

TAHNIAH!!!!.....

Di atas kelahiran cahayamata ke-2...seorang baby girl yang amat comel sekali... Aisyah Salma...cantik sekali namanya penuh dengan makna... So, dah sepasang anak Siti Nur...Anugerah Ilahi yang tidak terhingga...
Auntie Noor mendoakan agar Aisyah Salma membesar dengan sihat dan sentiasa membahagiakan kedua ibubapa sehingga akhir hayat....

Tuesday, 21 May 2013

Masak Lemak Pucuk Ubi

Salam untuk semua...
Lama betul tak bersiaran..
Teringin sangat nak publish disini, tapi apakan daya masa tak mengizinkan.
So, boleh jenguk kejap-kejap sajalah...sekejap pun dah kira Ok...berasap jugalah dapur cyber ni...
Hari ini just nak kongsi masakan ini sahaja
Pasti semua orang tahu buatkan
Alah!!!!...senang saja...
Yang sebenarnya nak kongsi pokok ubi ini
HL rasa ramai yang tak kenal pokok ubi ini
Zaman sekarang susah nak jumpa, tak sama macam pucuk ubi yang biasa dijumpai di kampung-kampung atau dibelakang rumah jiran ke!
HL sendiri pun tak tahu nama sebenarnya or nama saintifiknya.
Tapi kalau dah direbus and the dibuat ulam or masak lemak cili api...memang sedap!!!!
Daunnya juga kurang menyebabkan angin satu badan kita ni...Almaklumlah bila dah masuk age silver going to gold ni...macam-macam alahan and macam-macam penyakit menyinggah
 
So inilah pokok ubi tersebut...HL panggil pokok ubi kerinting ajelah!
 


 
 masak lemak cili api
 
Resepinya macam biasa saja.
Mula-mula pucuk ubi ni kenalah cuci dahulu and then just ambil daunnya sahaja dan rebus agak lebih kurang selama 5 minit
Kemudian just ambil daun yang dah direbus sahaja, airnya tak perlu,boleh buang...
 
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili burung or orang utara panggil "cabai Melaka"...and then campur sedikit ikan bilis dan asam keping.
Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi berserta santan kedalam periuk dan dimasak atas api sederhana saja.
Bila dah agak mendidih, masukkan daun ubi tadi dan dikacau sebentar.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

Sunday, 19 May 2013

Florentine Cookies


Hari ini HL sediakan cookies yang simple sangat.Banyak stok bahan-bahan kekacang masih tersimpan so bila terpandang resepi ini di blog Ita Masam Manis so teringin nak mencuba.
Resepi ini menggunakan tepung florenta.Tepung ini boleh didapati dikedai menjual bahan kek.Tauke kedai sarankan HL guna Golden Florenta..katanya lebih sedap dari Florenta...sebenarnya peranan tepung sama sahaja..so boleh guna salah satu.Kalau ke kedai bahan kek just tanya tepung Florenta.


Pernah makan biskut kacang yang potong-potong tu!!...Florentine cookies ini lebih kurang biskut tersebut.Cuma cookies ini kita guna kekacang yang agak mewah seperti badam, biji matahari, pistachious dan kekacang yang lain lagi.Boleh dicampur-campur semuanya.HL menggunakan badam dan pistachious serta sedikit bijan.Ini saja yang ada...yang perlu dihabiskan.


Cara menyediakannya juga agak mudah dan senang sangat.Just campur tepung dan kekacang dan gaul semua sekali.Kemudian masukkan kedalam loyang yang dialas dengan baking sheet, lepas itu terus dibakar.Sewaktu pembakaran tepung ini akan mencair.
Bila siap dibakar dengan warna perang keemasan, keluarkan dari oven dan terus potong serta biarkannya sehingga sejuk.
Bila dah sejuk dah tak boleh nak potong pasal ia dah mengeras so kena potong sewaktu masih panas.


HL catatkan resepinya disini yer!

Bahan-bahannya:-
200g tepung florenta
200 g badam keping (HL guna badam keping 100g dan badam potong 100g)
100g biji kuaci (HL guna pistachious 100g)
Bijan hitam secukupnya (HL guna campuran bijan hitam & putih)

Cara Membuatnya:
Panaskan oven
Kemudian bakar bahan-bahan kekacang selama 5 min suhu 160'C
Gaulkan semua kekacang dengan tepung florenta sehingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper.Baking paper ini mengelakkan biskut melekat didasar loyang.
Ratakan nipis.
Bakar didalam ketuhar suhu 160'C selama 10min-20 min sehingga adunan mencair dan berwarna perang keemasan.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terus potong.
Biarkan cookies sejuk sepenuhnya sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...