Pages

Thursday, 19 July 2012

Red Velvet Cupcakes And Death by A Chocolate Cupcakes




Salam..Agak lembab sikit blog ni sejak kebelakangan ini, anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM hujung tahufn ni, so agak busy dan teramat-amat busy dengan tugas seharian, siang hari di pejabat, bila di rumah menjadi surirumah merangkap driver anak-anak...menghantar ke tuition dan ke  mudian menjemput balik dari tuition.Hampir setiap hari ada tuition, so sometimes rasa teramat penat sangat....
Dalam hati ni rasa berdebar-debar sangat, anak-anak yang nak exam, emak pula yang lebih-lebih.UPSR cuma beberapa hari saja lagi, dari 12 Sept hingga 14 Sept...beberapa hari saja lagi tolak cuti, cuti raya lagi....Hopefully Alia akan mendapat markah yang sentiasa dihajatinya dan disebut-sebutnya selalu..Insyaallah!!!!....Selepas itu kakaknya pula Afifah akan menghadapi SPM...gigih belajar untuk mencapai markah yang dihajatinya...banyak peningkatan yang ditunjukkannya sepanjang tahun ini...Semoga kedua-dua anak ini berjaya di dalam exam mereka.
Lepas tahun ni kemungkinan tidak ada lagi peperiksaan seperti ini...tapi cara lain pula...macam-macam perkembangan persekolahan sekarang, tak sama macam generasi dahulu...anak-anak sekarang pun ramai yang cerdik pandai.Bonus untuk mereka juga....
Dalam pada itu sempat juga saya menyiapkan cup cakes permintaan daripada Alia sempena hari jadinya 20 July ini, untuk diberi kepada kawan-kawan sekelasnya dan guru-guru yang mengajarnya.Lagipun ini tahun terakhir Alia di sekolah tersebut, selepas ini belum tahu hala tuju lagi.Masing-masing akan bawa diri menuju destinasi seterusnya...
Saya hanya sempat ambil gambar cakes sahaja, yang lain-lain memang tak sempat pasal dah terlampau mengantuk sangat.Baking cakes dengan oven yang teramat kecil, benar-benar mencabar diri.Sebanyak 60 biji choc cakes saya buat, lepas tu nak packing lagi. Yang ni untuk murid-murid sahaja, untuk cikgu ditunda pasal dah terlampau mengantuk.Pukul 3 pagi baru siap semua.Saya ambil resepi untuk choc cakes daripada sini dan red velvet daripada sini.Semua kejadiannya memang amat-amat sedap sekali...Pada pendapat saya la...Choc cakes saya planning memang nak hias bagai ngan buttercream, but at last saya biar kosong saja pasal saya dah tak terdaya nak membancuh buttercream.Ingat nak tidur saja...
Pada pendapat saya, kalau nak mencuba resepi daripada seseorang, cuba sahaja...dah hasilnya kalau tak menjadi atau kurang menjadi, jangan salahkan pemberi resepi..sebab air tangan masing-masing berbeza...memang adunan sama, ikut sukatan yang diberi..tapi cara olahan mungkin berlainan.So, rasa tetap sama,  cuma kejadiannya mungkin berbeza...sebab cara mengadun atau cara membakar yang berbeza...Cara mengadun bancuhan perlu diambil kira, kalau resepi kata "kaup balik"..gunalah cara tu, janganlah pula pergi putar sampai 15 minit atau lebih...nanti jadi lain pula.Kalau dia kata tepung gandum, guna tepung gandum...kalau kata putar 2 min atau 3 min..ikut sahaja..Insyaallah menjadi...Kalau tak jadi juga...pandai-pandailah buka ÿou tube"...kat situ akan ditunjukkan cara pembuatannya...Sometimes kita lupa sesuatu...kalau fail, cuba lagi..sebaik-baiknya search banyak resepi dan cuba...Setakat hari ini saya banyak mencuba resepi daripada internet, tak ada yang mengecewakan lagi.Kalau ada pun, saya cuba kaji dimana silapnya dan saya cuba sampai jadi juga...

Saturday, 7 July 2012

Rainbow cupcakes


 


Salam sejahtera untuk semua...Cupcakes ini saya follow resepi red velvet, cuma saya omit cuka..Lagipun dah hujung-hujung waktu ni saya nak clearkan semua isi dalam fridge saya pasal bulan puasa dah dekat kan....n....anti nak kena refresh semula.
Sila bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau lebih...lepas tu letak color yang disukai.Yang lain-lain semua sama sahaja macam RV.Saya suka guna cup besar gedabak ni...cepat dibakar dan cepat habis

Tuesday, 26 June 2012

Teh Freeda


Ice cream yogurt


Ice cream yang dibuat tanpa kesempurnaan sebab bahan-bahan yang ada limited sangat.So kira apa yang dalam fridge saja...Resepi saya ambil daripada Ilhamdapur, tapi Ilhamdapur banyak letak buah-buahan.Saya tak der stok buah-buahan and then memang malas giler nak start keta ke Giant.
Rasanyaaaa.....emmmm!!!...sedappp....walaupun teksturnya tak macam ice cream Mc D, yelah! yang ni letak yogurt...homemade ice cream..yang ni percubaan sahaja, bila dah menjadi barulah berani nak buat susulan lagi...Insyaallah! akan ku cuba buat lagi...tapi bila????....Sebab aritu makan ice cream tuti frutti so dah dapat idea nak decorate..Bukan senang nak makan..kena usaha lebih sikit...Pada yang berminat nak mencuba, boleh blogwalking kat sini yer...Ilhamdapur, untuk perisa..campak-campak ajelah apa yang disukai..jangan letak bahan-bahan larangan sudah...Hiasan ikut kreativiti sendiri yer!

Sunday, 17 June 2012

Bubur kacang hijau + durian


Bila blogwalking ke rumah CMG...inilah hasilnya...resepi boleh ambil kat umah  Cik Mat...Sentuhan tangan cik mat..apa-apa makanan semua nampak sedap....

Friday, 1 June 2012

Cuti-cuti ke sarawak (26-28 may 2012)

kenderaan yg membawa kami sepanjang percutian,Pak Cik Rahim yang amat baik sekali srta sabar melayan kerenah penumpang-penumpangnya....kalau 

ingin berjalan-jalan di Kuching atau kws sekitarnya dengan menggunakan perkhidmatan Pak Cik Rahim, boleh hubunginya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...