Pages

Wednesday, 29 February 2012

Nasi Ayam Ipoh





Sekarang ni rasa masa semakin limited...banyak keja nak buat, nak settle..
Resepi-resepi yang saya letak lam blog ni pun semuanya edisi tertangguh.Tak boleh nak buat on the spot disebabkab kekangan masa.
Hari ni saya salin resepi nasi ayam Ipoh from blogger fofular ni...sapa lg klu bukan masam manis.Rajin betul Ita snap gambar yang cantik-cantik, mesti set-up giler2 punya...Cantik2 pic dia, org yg melihat pun teruja ngan kerajinan Ita...Betul!...tergoda ngan pic2 fr Ita, harap-harap Ita akan bertambah semangat untuk memasak dan mempamerkan persembahan masakan Ita yang 5 star tu...
Saya rasa dah 3 kali saya masak nasi ayam ni..sedap sgt..anak-anak semua suka...anak-anak saya cukup suka makan nasi yang ada color macam kuning2 sikit..may be dia orang rasa special dan sudah tentu rasanya sedap sangat kan....
Before ni buat nasi ayam ni, saya tak snap pic..kali ni saya snap juga..untuk simpanan sendiri and untuk rujukan diluar sana..Sesiapa saja yang berminat boleh cuba masak nasi ni...betul!..saya tak tipu..memang sedap...
Saya copy paste saja yer resepinya disini dan terima kasih tak terhingga untuk Ita  atas resepi ini...

 Nasi Ayam Ipoh....
Sumber : Quinnie Dan Masam Manis

Sup Ayam
air secukupnya 
4 bawang putih diketuk 
3 inci halia di hiris 
3 helai batang bawang 
1 biji sengkuang dipotong dadu 
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih. 
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Ayam Bakar atau Goreng


1 ekor ayam 
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka 
1 sudu besar madu 


Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. 


Nasi Ayam
4 mug beras 
4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan 
2 sudu besar sos tiram 
2 helai daun pandan 
4 sudu mentega


Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Cili Merah


10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah 
sedikit halia - ambil dari rebusan sup 
5- 6 biji bawang putih 
1 biji limau kasturi atau nipis 
sedikit air dari air rebusan ayam 
garam dan  gula secukupnya


Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...