Pages

Friday 27 December 2013

SELAMAT TINGGAL..2013...SELAMAT DATANG 2014...

Mungkin ini entri terakhir di tahun 2013...Blog ini pun dah suam2 kuku...Tuan Blog sibuk memanjang...Di tambah pula dengan macam-macam kejadian di akhir-akhir penghujung 2013.
Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.
Semoga kesabaran sentiasa terpahat di hati ini untuk menempuhi lagi tahun-tahun mendatang dengan seribu satu macam ragam dan dugaan......

Ini ialah pic2 sewaktu berkunjung ke Phuket & Krabi tempohari.
Sekarang seolah-olah Thailand menjadi perhatian lebih kepada pelancung-pelancung.
Dahulu sibuk orang ke Jakarta, Bandung, Bali dan sekitar Indonesia.
Masing-masing mahu bertukar angin agaknya...
Memang seronok ke tempat-tempat seperti ini, mencabar betul bila berada di dalam bot, terapung-apung di tengah lautan Andaman.Kawasan yang dulunya pernah menjadi persinggahan Tsunami tahun 2004.Hingga hari ini, kesan itu seolah-olah hilang ditelan arus pembangunan.















Wednesday 27 November 2013

Kelas Kek Komersial 3 with Chef Amer




Sekali lagi Haslynda Delights menganjurkan kelas kek  komersial 3 dengan Chef yang terkenal tuuu....sapa lagi kalau bukan Chef Amer...yang kelakar ni...
Kelas bermula seawal pagi dengan kehadiran 12 orang peserta sahaja, dan berakhir jam 6 petang.
Dengan suasana yang mendamaikan dan sesekali keriuhan menjelma bila ada peserta mengajukan soalan.
Memang seronok rasanya dapat lagi menuntut ilmu dengan Chef...Rasa macam cepat sangat masa berlalu ...
Chef akan datang lagi ke Utara ini untuk kelas berikutnya pada bulan April dan May 2014.So, sapa-sapa yang berminat sila ikuti hebahannya melalui akaun FB Haslynda Delights.
Yang paling best bila Chef ajar cara-cara menghias menggunakan cokelat....OOOOO...mcm tu caranya nak buat deco guna cokelat...Chef siap promo lagi cokelat Le Bourne yang sedap sangat tu...So, lepas ini pakat-pakat beli Le Bourne buatan Malaysia.Kualitinya setaraf dengan international punya.
Sentiasalah sokong barangan buatan negara kita Malaysia...



Chef yang cool...


Sedang memberi petua awet muder...













Thursday 17 October 2013

Doakan untuk dia...

Please pray for her...
Mak cik saya sedang berada di ICU , KMC Alor Setar kerana komplikasi buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis

"Berilah kesembuhan untuk beliau..kerana hanya pada MU sahaja kami berserah dan memohon doa....." 


Nasi tomato & ayam masak merah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA





Thursday 3 October 2013

Kelas Western Food dengan Chef Amer-29 Sept 2013

Salam semua...lama sangat kan saya tak bersiaran...terlalu lama...masa pun semakin hari di rasakan semakin singkat..pejam celik-pejam celik dah nak hujung tahun pun..
Mesti ramai yang dah planning kan..cuti sekolah pun tak lama jer lagi...sure ramai yang dah booking hotel di pusat-pusat peranginan kan.Musim cuti sekolah ialah musim berjalan-jalan atau musim kenduri kahwin
Sebenarnya rindu sangat nak menulis di sini...tapi banyak sangat insiden yang tak diundang sepanjang hibernasi ni.Mana dengan serangan sakit gigi yang amat teruk...sepanjang bulan puasa asyik menahan sakit ja...Memang betul cakap orang sakit gigi memang sakit paling teruk...Ini lah first time saya sakit...
Bila dah cabut...semua sakit hilang...

Ini saya nak cerita pasal kelas masakan barat yang gempak daripada Chef Amer.Best la kelas dia....memang tak jemu dan Chef Amer juga pandai buat lawak...Banyak tip-tips yang Chef perturunkan...Terima kasih Chef....Pada hari tersebut kami di ajarkan dengan 13 resepi oleh Chef..dari meyediakan bahan-bahan masakan sehingga siap tiap-tiap hidangannya.
Kali ini kami belajar buat sos , menyediakan lamb chop dan chicken chop juga dengan 3 jenis spagetti dan penyediaan salad.
Memang marvellous lah resepi Chef...tak sia-sia dengan pelaburan sebanyak RM300 tersebut...Ilmu yang dicurahkan amat berguna sekali









Untuk makluman semua, pada 23 dan 24 Nov 2013 akan diadakan kelas kek komersial 3 di tempat yang sama di Bertam Perdana 2, Kepala Batas, Prai dan dianjurkan oleh Haslynda Delights.Sesiapa yang berminat, sila pm K.Linda di FB dia atau call 019-4085500....Cepat-cepat call K.Linda untuk booking tempat...rugi tau kalau tak rebut peluang ni...Bukan senang nak menuntut ilmu dengan sifu hebat ini.

Thursday 25 July 2013

Zara Sofea....

TAHNIAH....


 Zara Sofea dilahirkan pada 4th July tempohari.
Tahniah Chek Moon and Hubby dianugerahkan dengan baby secomel ini.
Geramkan...tgk pipinya yang bam-bam tu....
Semoga baby Zara dan ibunya diberi kesihatan yang baik sepanjang berpantang ini...


Friday 19 July 2013

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Sumber : HomeKreation

     
Before this  ramai yang dah mencuba buat agar-agar ini...Seriuosly....memang sangat-sangat sedap....



Bahan-bahannya:
10g serbuk agar-agar
750ml air
160g gula pasir
1 tin (400g) susu cair
3/4 cwn serbuk milo
1 bungkus biskut Oreo (patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis)


Cara-cara membuatnya:
1)Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga larut
2)Masukkan gula & masak sehingga gula larut
3)Masukkan susu, kacau sebati dan masak hingga mendidih
4)Asingkan 2 cwn ke dalam bekas yang lain dan masukkan serbuk milo, kacau hingga sebati
5)Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dalam acuan dan biarkan mengeras sedikit
6)Panaskan campuran milo satu lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku
7)Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi
8)Taburkan biskut oreo
9)Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi
10)Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...