Hari ini teringin nak makan sup tulang...konon-kononnya nak buat bihun sup, tapi tak menjadi lak...My other half pagi-pagi lagi pergi pasar cari tulang, tulang pun kena beli yang berkualiti...maksudnya tulang tu kena ada lebihan daging. Ada sesetengah peniaga jual tulang...betul-betul tulang, daging dah tak der...Barulah betul-betul makan sup tulang kan!!...Kalau beli tulang, belilah tulang yang dagingnya masih melekat, tulang rusuk paling sedap.Kalau gear box tu, tak sanggup lak rasanya nak masak...kalau nak makan boleh pergi makan kat kedai makan aje la! Kat area SP memang banyak gerai or kedai makan yang khas jual gear box.Memang sentiasa dapat sambutan...
Sup style siam ni normally saya selalu makan kat kedai makan siam belakang ofis saya. Hari ini saya masak sendiri sup style siam lak...Saya kena asingkan sup ini dari sup biasa pasal sup siam agak pedas sebab dicampur cili api.Sup biasa untuk anak-anak yang tak tahan pedas...
So ini resepinya ....
Bahan-bahannya:-
1 kg Tulang rusuk dan tulang belakang yang masih berdaging (cuci bersih dan toskan)
7 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
2 batang serai (dititik)
2 biji bawang besar (dihiris memanjang)
4 biji tomato(belah 4)
1 bungkus sup bunjut Adabi
10 biji cili api (diketuk) (kalau nak power pedas, sila tambah lagi cili api)
2 biji limau nipis (perah untuk ambil jusnya)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 tsb minyak untuk menggoreng bawang merah
Daun sup dan daun bawang secukupnya untuk hiasan (diracik halus)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya untuk merebus sup
Cara-caranya membuatnya:-
Didalam periuk yang sesuai masak air sehingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sup bunjut
Kemudian masukkan tulang, rebus hingga empuk.
Saya didihkan air dulu baru masukkan tulang atau daging supaya sup tak jadi warna hitam...Ini emak saya yang ajar...
Bila daging dah empuk, di dalam kuali lain, sila tumiskan bawang merah untuk jadikan bawang goreng
Kemudian masukkan bawang goreng tersebut sekali dengan minyak kedalam sup
Masukkan cili api, bawang besar, tomato dan jus limau
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Kacau sekejap dan rasa dan jika dah ok semuanya, boleh la tutup api
Masukkan dalam mangkuk dan tabur dengan daun sup dan daun bawang
No comments:
Post a Comment