Sedappp...kek ni!...Dalam banyak2 kek, saya suka kek ini...Saya guna buttermilk yang saya kirim chek moon beli kat KL, kalau nak cari di SP ni memang la tak der!Kalau Buttermilk tak der, leh guna yogurt ka, susu ka...kena campur ngan lemon juice sikit.Tapi saya suka buat RV ngan buttermilk...klu dah sesak sgt buttermilk memang tak der, baru saya guna options 1 or 2.
RV ni saya tak tahu edisi yang ke berapa pasal saya dah banyak kali buat kek ni...First time buat macam-macam jadi, ada yang tak masak, ada yang terlebih rasa cuka...macam-macam!Tapi saya sentiasa buat sampai saya dapat kek yang sedap...kena buat juga sampai menjadi macam resepi yang saya copy ni..irmadilondon
Hari ni kena buat juga RV ni pasal buttermilk dah nak expired tak lama lagi...kena perabih juga!Tapi topping cheese saya cair sikit pasal saya tak letak butter, dah settle godek2 cheese untuk topping baru terperasan yang butter still dalam fridge.Terpaksalah guna cream cheese yang agak cair tu...tapi dah letak lam peti sejuk, dia beku juga..Kali ni RV saya memang menjadi..pastu bawa pegi office untuk food tester rasa...Kalau dah ramai yang kata sedap tu...memang betul sedap yer!Pagi-pagi morning dah breakfast ngan RV..class gitu!!!....Ada lebihan cheese buat dalam glass macam kat atas tu..Hiasan.. ikut kreativiti sendiri yer!...
So, inilah hasil saya godek-godek RV..
Bahan-bahannya:-
Bahan A
250g tepung kek or tepung gandum*
1 tsp baking powder*
2 tsp serbuk koko*
*diayak bersama
1/2 tsp garam halus
Bahan B
240ml buttermilk*
2tbsp pewarna merah*
*campurkan keduanya dan kacau sebati
kalau tak der buttermilk, boleh guna yogurt asli atau susu segar dicampur dengan perahan lemon atau 1tsp cuka.Biarkan sebati selama 10 min
bahan C
113g butter
300g gula castor (saya guna 280g sahaja)
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
bahan D
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping-cream cheese frosting
250 g cream cheese philadelphia
250g mascarpone
100 g butter atau shortening
1 tsp esen vanilla
1 cwn gula aising
360ml whipped cream
Cara-cara membuatnya:-
Didalam mixer, pukul butter selama 3 min
Masukkan gula castor dan pukul lagi selama 3 min
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..selang dalam 1 min..pukul lagi hingga sebati
masukkan esen vanilla..pukul lg 1 min saja
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli, mula dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga
Masukkan garam halus, pukul perlahan
Dalam bekas lain, masukkan baking soda dan cuka, tunggu sehingga bunyi berdesir habis kemudian masukkan dalam adunan kek tadi
Pukul secara perlahan dan kaup balik sehingga sebati
Masukkan dalam loyang 8 inci untuk 2 adunan...2 kali bakar sebab oven saya kecil sangat
bakar selama 30 min dengan suhu 160'C
Bila dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai
Untuk topping...Pukul cream cheese,mascarpone dan mentega
masukkan gula aising dan esen vanilla, pukul lagi dalam 2 min
Bila dah sebati, masukkan whipped cream
Pukul perlahan hingga sebati
Sapukan adunan cream cheese ini diantara 2 belahan kek
kemudian lepa seluruh adunan kek dengan cream cheese ini atau boleh dihias cream ini ikut cara anda tersendiri.
masukkan dalam peti sejuk...
selepas itu bolehlah dimakan...
No comments:
Post a Comment