Doh yang selesai diuli oleh breadmaker.Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan agin yang terperangkap
Proses pembakaran..180'C selama 20min
Roti yang siap dibakar....guna taburan bijan
Topping sausage, daging burger, sayur campur, mayonis dan sos cili thai dalam
piring Micasa ....
Resepi roti ni saya buat secara general saja, guna bread maker...kalau nak uli dengan tangan..pun boleh.Terpulang pada diri masing-masing.Resepi ni untuk semua jenis roti bun, kalau nak rasa yang berlainan, pandai-pandailah adun dengan perasa tersendiri seperti guna cheese, chocolate atau apa saja.Kali ini saya bakar dengan topping daging burger, sausage, sos cili thai, mayonis, sayur campur...ini saja yang ada dalam fridge.Macam topping pizza...Lebihan doh saya buat cheese bun tapi dah terlebih set time lak...terhangit sikit..lupa lak nak set time yang betul...terlebih masa bakar...So ini resepinya...secara general saja...
Bahan-bahannya:-
1 biji telur (pecahkan didalam cawan pengukur dan tambahkan air kedalam telur sehingga bacaan menunjukkan 320ml)
50g planta
100g gula castor
1 1/4 tsp garam halus
4 tsb susu tepung
600 g tepung high protein
1 paket (11g) yis mauripan
1/2 tsp bread improver (jika perlu)
1 tsp shortening
1 tsp bread softener
Cara-caranya:-
Masukkan air dan telur kedalam bekas.Kemudian masukkan shortening, planta, gula castor, garam, susu tepung.
Selepas itu masukkan tepung sehingga menutupi permukaan air.
Masukkan bread improver dan softener.
Akhir sekali masukkan yis.
Jangan kacau semua bahan-bahan ini.
Guna bread maker sehingga menjadi doh.
Selepas siap doh, bolehlah bentukkan doh seperti dikehendaki dan sapu campuran telur dan susu cair di permukaan doh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 15-18min.
No comments:
Post a Comment