Friday, 27 January 2012
Slice Cheese Cake
Kek ini saya terjah di blog jintanmanis .Masa mula-mula lihat diblog jintan manis teruja sangat nak mencuba.Saya pernah buat satu ketika dulu,tapi saya tak ingat ambil resepi dari mana....So kali ini bila saya baca feed back orang lain tentang kek ini, saya cuba buat juga....Alhamdulillah! menjadi rupanya,sangat lembut, gebu dan tidak manis sgt (saya sekeluarga tak suka sangat makanan manis) So memang memenuhi citarasa kami sekeluarga...Keluar saja dari oven..tak sabar-sabar nak makan...saya rasa anda semua juga patut mencuba buat kek ini...Kek ni boleh habis dalam sekelip mata saja..So saya salin resepinya disini untuk rujukan..
Bahan-bahannya:
5 keping slice cheese (saya guna jenama Anchor)
200ml susu segar
70g butter
70g tepung gandum (di ayak dahulu)
70g gula castor (kalau nak manis sikit, tambah gula dalam 10g)
4 biji telur gred B (asingkan putih dan kuning)
1 tsp esen vanilla
Cara membuatnya:
Loyang perlu dialas dengan kertas minyak dan preheatkan oven...15min
Carik-carikkan cheese dan masukkan dalam susu.
Kemudian masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan sehingga cheese larut.Kacau sentiasa
Masukkan butter dan kacau sehingga larut kemudian tutup api dan biarkan sejuk sebentar
Asingkan putih telur dan kuning telur.
Putih telur dipukul bersama gula sehingga menjadi meringue (soft peak foam)
Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheese tadi.Kemudian masukkan tepung dan pukul lagi.Pastikan adunan tidak berketul.
Kemudian masukkan meringue tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung,kaup balikkan sehingga sebati.Masukkan esen vanilla.
Curahkan adunan dalam loyang dan bakar cara bain marie.
Setkan suhu pada 170'C dan bakar selama 20 min kemudian turunkan suhu 140'C dan bakar lagi selama 40 min. (saya guna suhu 160'C selama 20 min sebab saya guna loyang springfoam hitam and then turunkan suhu 140'C dan bakar lagi selama 30 min)
Bila dah masak, keluarkan loyang berisi air.
Biarkan kek di dalam oven, renggangkan pintu oven, bila kek dah sejuk baru keluarkan dari loyang.
Kek ini boleh dihias ikut kreativiti masing-masing tapi saya makan begitu saja, mmg lembut dan gebu...
Tak rugi anda mencuba....!!!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment