Saturday, 28 January 2012
Kek karamel
Hari ini saya nak share resepi kek karamel ini, resepi ini saya ambil dar blog masam manis.Saya membuatnya pun dah agak lama, kiranya ini resepi tertangguh.First time mencuba, tak jadi langsung,karamelnya tidak beku.Lepas itu saya terjumpa resepi ini di blog masam manis, dengan penerangan yang amat detail saya follow satu-satu....cuma cara lorekan lapisan kek saja saya tak pandai buat...tak kisah lah yer!Yang pasti cubaan ke-2 menjadi..dan sedapppp sgt..Thanks a trillion to masam manis atas resepi yang amat enak ini dan penerangan yang detail sekali...
Saya salinkan resepinya di sini...
Bahan-bahannya:
Untuk gula hangus
2 sudu besar gula pasir dimasak didalam loyang sehingga gula cair dan menjadi perang.
Kemudian sengetkan loyang tersebut sehingga gula menutupi keseluruhan ruang.
Padam api dan ketepikan...
Bahan untuk karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut
Kacau telur dan esen vanilla
Kemudian satukan kedua-dua bahan dan kacau lagi sehingga sebati
Kemudian tapiskan adunan kedalam loyang gula hangus tadi
Ketepikan...
Adunan kek (Bahan 1)
70g gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih
Kemudian masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda
Adunan Kek (Bahan 2)
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(Kedua-dua bahan ini diayak bersama)
Matikan mixer bahan 1 tadi, dan masukkan bahan 2 sedikit demi sedikit.Kaup balikkan sehingga sebati dan bergaul sempurna.Ketepikan...
Meringue
6 biji putih telur
70g gula castor
1 tsp krim of tartar
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tartar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga jadi soft peak foam
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan meringue ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balikkan sehingga sempurna dan bergaul rata
Bahagikan adunan kepada 3 adunan, letakkan pewarna yang anda suka
Kemudian tuangkan adunan kek ini ke dalam loyang dan selang selikan warna adunannya.
Kek ini perlu dibakar cara bain marie
Saya bakar kek ini dengan suhu 160'C selama 1 jam 20 min...atau sehingga betul2 masak.
Selepas dah masak, keluarkan loyang berisi air dan biarkan kek didalam oven dan renggangkan pintu oven.
Bila kek dah sejuk, bolehlah terlangkupkannya didalam bekas,karamel akan berada diatas...
Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih terasa keenakkan kek ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment