Pages

Thursday, 26 January 2012

Butter Cake




Butter cake ni sebenarnya dah agak lama saya buat, walaupun pertama kali mencuba, menjadi juga...itu yang seronoknyaaa...Especially bila kek ni baru dikeluarkan dari oven..sedapnyaaa!!!Resepi ni saya ambil dari blog irma.Boleh juga refer ke blog mamafami.Terpulang pada diri masing-masing yer!
So saya salin resepinya di sini yer!...

Bahan-bahannya:-
5 biji telur ayam Gred A (Sila basuh dan lap hingga kering yer!)
180 g gula kastor (saya guna 150g shj)
200g tepung naik sendiri (saya guna tepung superfine,tepung naik sendiri dah kehabisan) (boleh juga guna tepung gandum + 3/4 sudu teh baking powder, ayak yer tepung ngan baking powder)
250g butter (saya guna butter SCS macam yang Irma propose...mahal gak yer!)
1/2 sudu teh esen vanilla
chocolate rise secukupnya untuk tabur atas kek @ kismis

Cara membuatnya :-
Lenserkan loyang dengan butter, kemudian alaskan dengan kertas minyak
Preheatkan oven...15 min
satukan butter dengan gula dalam mangkuk adunan, putar dengan kelajuan perlahan selama 2 min.Bila dah sebati putar lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan.Pastikan gula dan betul-betul hancur.
Turunkan kelajuan mixer dan masukkan telur satu persatu.Selepas masuk semua telur, barulah putar lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan sebati, putar dalam masa 2-3 min shj yer!
Kaup tepi dinding mixer agar semua adunan sebati.
kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi dalam 2 min.
Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit, selepas habis tepung, barulah naikkan kelajuan mixer dan putar lagi selama 2 min.
Kemudian bila dan siap, tuangkan adunan dalam loyang bakar dan tabur chocolate rise...
Bakar selama 40-45 min.Saya guna suhu 160'..terpulang pada oven masing-masing..
Bila dah masak, kek akan renggang dari loyang...so kalau tak renggang tambah masa bakar dalam 5-10 min.Selepas itu keluarkan kek dari oven dan sejukkan selama 1/2 jam dan bolehlah keluarkan kek dari loyang.
Lepas tu bolehlah dimakan.....sedap, lembut dan gebu especially bila guna butter mahal...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...