Resepi cheese cake yang amat sedap ni saya cedok dari blog irma.Setelah berkali-kali try test..at last menjadi juga..memang sedap cheese cake irma ni...dah ramai agaknya yang mencuba.Saya guna biskut digestive sebagai base dia..pastu ikut sebijik-sebijik apa yang irma petua.Memang sedappp...ramai yang memuji...
Thanks a trillion to irma atas resepi yang amat sedap ni..so saya letak di sini supaya senang saya nak buat rujukan di kemudian hari..Resepi Irma..dia guna buah blueberry..tapi saya tak guna bila saya usha tengok harga buah blueberry...mahal juga yer!
So saya buat cheese cake tanpa buah blueberry tapi saya letak bluberry filling as topping dia and susun buah-buahan seperti strawberry dan buah kiwi.Strawberry tu..beli di Cameron Highland...and then saya curahkan chocolate cyrup...hmmm!!!!...sedap bangat....!!!!!!!....cake diatas tu hanya untuk makan-makan saja...tak bisa lagi dibuat jualan...so ini resepinya...
Cheese Cake Irma
1 bungkus biskut Digestive or biskut marie (saya guna biskut Digestive) terpulang banyak mana nak guna
2 ketul cheese Philadelphia
2 sudu besar butter
3 biji telur ayam Gred A (sila cuci yer b4 guna) lap sehingga kering
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil almond extract (saya tak guna)
1 1/2 cawan blueberry (saya tak guna)
Cara membuatnya...
Biskut dihancurkan guna blender kering.Lepas tu campurkan dengan butter tadi...Kemudian cuba kepal-kepalkan..kalau dah boleh kepal kepal tu..kira ok lah..kalau tak boleh..biskut masih berderai..sila tambah butter lagi sehingga boleh kepal...
Kemudian masukkan didalam baking tin yang di alas dengan kertas minyak untuk masakan..tekan-tekan sehingga rata.Saya guna baking tin yang boleh dibuka bahagian tepinya.Kalau tak faham boleh rujuk di sini
kemudian masukkan dalam freezer sehingga untuk digunakan..alas bahagaian atas dengan plastik umtuk mengelakkan bau makanan lain melekat...
Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese sehingga sebati dan berkrim..jangan terlebih pukul yer!
Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan tepung..pukul lagi..
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul lagi..selang satu minit.hingga sebati...jangan masukkan 3 biji sekaligus.
Masukkan esen vanilla dan almond extract (kalau nak guna) saya tak guna pasal tak ada...kaup balikkan hingga sebati
Kemudian masukkan dalam baking tin yang di alas dengan kertas minyak tadi..
Setkan oven pada 160' dengan masa membakar 50-55 minit.Ikut oven masing-masing..oven saya mmg ini yang saya setkan suhunya.Bakar guna teknik water bath yer!..selepas masak keluarkan bekas berisi air panas tersebut dan tinggalkan cheese cake di dalam oven dan renggangkan sedikit pintu oven...saya biarkan selama 1/2 jam saja..pasal dah mengantuk....lepas tu masukkan dalam peti sejuk.Lepas tu boleh keluarkan kertas minyak yang di jadikan alas cake dan hias ikut kreativiti masing-masing yer!...
Pesanan....letakkan bekas di dalam oven baru dituang air panas...untuk mengelakkan tumpahan air panas yang boleh mengakibatkan kecederaan...
No comments:
Post a Comment