Assalamualaikum...
Hari ni nak share resepi ayam panggang yogurt dengan menggunakan pemanggang ajaib..memang famous pemanggang ni sekarang ni..kat TV pun selalu ada promotion dalam rancangan APA KATA WANITA...siap tunjuk cara memasak lagi..tapi saya jarang mengikutinya sebab selalu tak ingat bila masa siarannya.
Selama ni selalu lihat gambar saja, so bila dah memilikinya..saya akui pemanggang ni memang bagus dan sesuai untuk kegunaan seharian.Lagipun ada penutup yang boleh mengelakkan percikan minyak atau cairan panas so bagi anak-anak yang baru belajar masak pun tak rasa takut.Ye lah..budak-budak kan seriau ngan percikan minyak panas...Oleh sebab itu tudung periuk jadi perisai.
Berbalik pada resepi ni..saya adaptasinya daripada sini.Teruja sangat bila tengok ayam bakar Zila..tambah pula ada yogurt.Tapi saya tak sempat la nak adakan prop bagai..sebab kepenatan kerja dan semestinya memang tak sempat.So ambil gambar biasa-biasa saja.Kalau hari cuti may be different sikit..Itu pun kalau saya rajin nak masak...
So saya salin resepinya di sini kay!..Cuba-cubalah buat dirumah atau sewaktu berkelah ke..sedap tau!!!..
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dipotong empat dan dicuci bersih) * saya potong ayam kecil-kecil .
1 cawan yogurt
3 tsb minyak zaitun @ minyak masak
2 tsb jus lemon
Garam secukup rasa
2 tsb gula
1 tsb serbuk cili
1 tsb jintan kasar- ditumbuk
1 tsb jintan halus-ditumbuk
1 tsb rosemary-ditumbuk
1 tsb ketumbar biji- ditumbuk
1 tsb lada hitam kasar-ditumbuk
1 inch halia - ditumbuk
1/2 tsb serbuk kunyit
2 batang serai - dititik
Cara-cara membuatnya:
Sediakan semua bahan-bahan..satukan semua bahan dan lumur pada ayam dan diperap selama 1-3 jam.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil, susun ayam yang hendak dibakar
Bakar sehingga masak dan garing..suhu oven 200Ç lebih kurang 50 minit.
Ikut kesesuaian oven masing-masing.
Saya bakar dengan pemanggang ajaib ni selama 30 min sahaja..
Bila dah masak, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment