Thursday, 15 November 2012
Kek Pisang
Bahan-bahannya:-
2 cwn tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat*
*Ayak semua bahan bertanda
1 cwn gula castor
3 biji pisang (dilenyek)
1/2 cwn minyak mazola
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
sedikit chocolate rice
Cara-cara membuatnya:
Griskan loyang dan preheat oven selama 15 minit
Putar telur hingga kembang
Masukkan gula dan putar lagi hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanilla, putar hingga sebati
Masukkan tepung dan putar perlahan hingga sebati
Selepas itu masukkan chocolate rise dan minyak masak, kaup balik hingga sebati
Masukkan dalam loyang yang telah digris dan bakar selama 45 min dengan suhu 170' celcius
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment