Disini saya ingin berkongsi resepi nasi beriani menggunakan multifunction pressure cooker .Mula-mula tu rasa tak confident juga...maklumlah first time nak masak nasi beriani.Boleh ke aku buat ni..silap-silap haribulan nasi mentah lak.Tapi kalau tak cuba sure kita tak tau resultnya kan...So apa lagi kenalah mencuba juga...Dan hasilnyaaa......memang memuaskan hati.Nasi betul-betul masak dan kembang dengan sekata...
Nanti saya beritahu cara guna periuk ni..sebelum tu saya bagi resepi dulu.Resepi simple-simple dulu yer!...
Bahan-bahannya:
2 tsb minyak sapi
2 tsb minyak masak
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inch halia*
Bahan-bahan bertanda * perlu diblender dulu hingga hancur
1 helai daun pandan (disimpul)
Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga secukupnya
1 bungkus rempah beriani (saya guna rempah beriani Brahim's)
3 cawan beras Basmathi (cuci bersih)
3 1/2 cwn air
1/2 cawan air
100 g kacang gajus
1 tin kecil kacang peas
Bawang goreng
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan
Cara membuatnya:
Masukkan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk
Kemudian tekan fungsi "STIR FRY" dan tekan ÖN"
Biarkan minyak panas
Selepas itu tumiskan bahan yang telah dimesin halus, kacau sebentar dan masukkan daun pandan
Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Kacau hingga naik bau dan kekuningan
Selepas itu masukkan rempah beriani dan air 1/2 cawan
Kacau lagi sehingga hampir kering
Kemudian masukkan 3 1/2 cawan air dan kacang gajus
Selepas itu masukkan beras
Tutup periuk dengan betul (Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan tombol dalam kedudukan PRESSURE)
Tekan OFF dan tukar kepada fungsi "HIGH PRESSURE" dan ON, tekan sehingga nombor 8, (sebab kita hendak masak selama 8 minit guna fungsi HIGH PRESSURE)
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Bila angka menunjukkan no: 0 dan bunyi beep...menandakan nasi dah masak
Pusingkan dan angkat sedikit tombol untuk mengeluarkan tekanan udara yang terperangkap
Biarkan sehingga semua tekanan udara dibebaskan...(jangan cuba-cuba buka penutup kalau tekanan masih ada..)
Selepas semua tekanan udara telah bebas sepenuhnya, buka penutup dan gemburkan nasi kemudian masukkan kacang peas dan kismis.
Tutup periuk semula dan biarkan nasi selama 5-8 minit didalam periuk dalam fungsi WARM/PREHEAT
Bila nasi telah betul-betul masak , masukkan ke dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan hirisan daun bawang ,daun sup dan bawang goreng
Nasi ini boleh dimakan dengan lauk pauk iringannya yang sesuai
Periuk ini juga mampu menyelesaikan banyak masalah untuk kaum-kaum wanita yang selalu sibuk dengan masa yang amat padat.Juga sesuai untuk surirumah yang gemar memasak.
Fungsinya juga agak memudahkan kerja seharian kita, boleh menggoreng, menumis, memasak (seperti dapur biasa), merebus, mengukus (STEAM), memasak dengan api perlahan (SLOW COOK), memasak dengan tekanan tinggi atau rendah (HIGH PRESSURE/LOW PRESSURE) juga memanaskan makanan (PREHEAT).
Gambar ehsan dari en. GOOGLE
Periuk ini menggunakan elektrik sepenuhnya dan harganya juga agak berpatutan.
Periuk ini boleh didapati daripada pengedar-pengedar AMWAY yang berdekatan dengan anda atau juga daripada saya..... e-mel saya untuk keterangan lanjut lavenderblue70@rocketmail.com.
Selesaikan masalah anda yang padat dengan aktviti seharian dengan masakan-masakan yang lazat dengan menggunakan masa yang singkat dan menjimatkan.
Apa tunggu lagi.....
Banyak lagi resepi yang akan saya share disini dengan menggunakan periuk ini...Insyaallah! saya akan masukkannya satu persatu nanti...
Selesaikan masalah anda yang padat dengan aktviti seharian dengan masakan-masakan yang lazat dengan menggunakan masa yang singkat dan menjimatkan.
Apa tunggu lagi.....
Banyak lagi resepi yang akan saya share disini dengan menggunakan periuk ini...Insyaallah! saya akan masukkannya satu persatu nanti...
No comments:
Post a Comment